29 September 2010

kelip-kelip mata

aku penah dengar orang kate, kalau mate kiri kelip-kelip sendiri, itu ade petande tak baik. hah?! alamak takotnye. tapi kate orang dulu2 ni boleh pecaye ke? erm... entah aku tak percaya lah. dan tak mau pecaye. khurafat! huhu. yelah tak de bukti pun kan. dalam buku2 agama takde sebut pun pasal tu. kalau dengar ceramah pun tak penah pulak ustaz ke ustazah mention pasal benda ni. jadi aku anggap itu hanyalah kepercayaan orang dulu2. argh!!! pedulikan.

hah sekarang ni tengah tengok citer PHIRANA. wow! hebat die punye stating. gile masyhuk arr. huhu. tak caye tengok sendiri. mungkin kat wayang hari tu ade kene cut kot. ni ori punye.. aku tak nak mention ape2. tapi ingat!!! >18 tahun je. adik2 kicik tak mau tengok yer. bute mate hati nanti. hahaha.

-------------------------------
alhamdulillah test instrument selesai akhirnye. dan aku jangkakan dapat lah markah lebih sikit daripada test satu hari tu. mudah2an. amin. lalala
keluar cepat... semua ikut... yes2... diorang sume tunggu aku...
hahahaha aku happppppyyyyyyy
yeayyy!!!!!

short entry

good luck!

instrumentation...

gagaagag

nak full marks...

28 September 2010

bile aku terfikir

aku baru baca paper KOSMO. tajuk 'jual klip video lucah remaja'. jeng..jeng..jeng..
dahsyat zaman sekarang ni. macam2 benda mustahil dah berlaku. tanda akhir zaman. get ready!!!
hhehe tapi ape yang aku nak coretkan di sini. korang terfikir tak, perampas/penguatkuasa yang merampas perisian tersebut turut layaannn klip video tersebut? hehehe mane boleh tak tengok kan. rezeki depan mate kot. hahaha. tapi tak tau lah kot2 memang ade yang betul2 jujur. tapi dunia sekarang ni tak leh nak percaye lah. ade je benda yang tak tejangkau dek akal boleh berlaku. hah?! macam mane diorang tau ape yang ade dalam klip video tuh? mesti sebab diorang dah tengok kan. hahaha. kantoi!! kalau sorang tak pe lah. yang ketua nye ke. ni kang takot ade yang tak percaya, kene ajak ramai2 tengok. huhu. free show lah jawabnye...

lagi satu. almaklum lah. my pa as polis kan. tiap tahun bawak balik mercun... erm??!! pelikkan.. huhu tapi we enjoy main mercun free. hahaha. sikit je daripada jumlah rampasan. yang lain kan kene bakar. tapi kalau dikire, agak2 satu balai ade berape anggota? fikir lah sendiri. sebab aku pun tak tau. hahaha. tu baru balai kecik2. dapat lak yang ibu pejabat daerah. kontinjen lagi. ermmm anak polis gak senyum lebar time raye. macam aku. wakakaka. so dont jeles!!!

tapi aku selalu dengar orang kate anak polis ni jahat! ops aku terase. tapi aku tak buat jahat pun. tapi memang ade lah segelintir nye. owh anak polis buat salah sikit label jahat yer. pastu anak orang lain menyetan tak pulak kene.
eh sebab ayah die tak polis lah.
owh macam tu rupe nye.

wat ever lah. aku bangge jadi anak abah. aku pun ade simpan hasrat nak bergelar anggota PDRM suatu hari nanti. andai diberi kesempatan oleh ALLAH. izinkan lah orang memanggil aku. Inspektor noriffah. hahaha. lebih daripada tu alhamdulillah. dapat pulak pegang KPN. ops jangan berangan. wanita jangan diberi pangkat tertinggi. lingkup nanti. porak peranda negara.

tapi tu lah. no comment lah pasal benda2 ni. nanti jadi isu. aku kene tangkap masuk jail. uish tak mau. hanya sebab blog. jadi macam sape blogger tu... turun naik mahkamah... huh selisih malaikat 44... sekian...

27 September 2010

jalan jalan

selamat pagi malaysia. cewahh. hari ni aku mai kampus dari rumah. naik LRT la... pe lagi. pas tu naik bas U23 sampai kampus. aku nak story sikit sebab aku teringat hal semalam. time aku naik LRT nak balik rumah petang tu.

ke hujung ke pangkal. ke sana sini berlari2. usik tu pegang ni. adoi fenin I tau. sampai ada lah staf dalam LRT muncul. ni cerita pasal sorang budak cina lah. dalam usia 4-5 tahun kot. dia naik LRT ngan bapak die. tapi bukan ni yang aku nak highlight kan. aku cume nak puji sikap ayah dia. saba je layan kerenah anak die tuh. kalau ikut hati aku ni, kalau anak aku buat lagu tuh. hai siap lah. kena lem-lem je dek aku. kalau kat rumah lain lah. lantak kau lah nak berlari2 tu. kang tesungkam padan muka sendiri. hahaha. biar aku gelakkan dulu. ni ha dalam LRT. tempat awam kan. nasib lah tak ramai orang. tapi tu lah sebenarnya. syabas kepada ayahnya. ayah dia tak marah pun. tegur baik je. senyum lagi tu. itu lah contoh sikap yang perlu diambil kire. bukan duk tengking2. aish. al kepantang aku tuh.

lagi satu alhamdulillah malaysia ada pengangkutan canggih manggih gini kan. bak kata PM laa ni 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
elok lah tu. dengan tambah lagi LRT yang ada 4coach. hai lagi senyum lebar aku.
hah macam ni. tak pe lah. aku pun memang takde niat nak belaja luar2 negara ni. biar aku senang lenang kat negara sendiri. kan? tapi tahniah gak pada yang berjaya menjejakkan kaki ke oversea ni. bangga la aku sebagai rakyat malaysia. tapi aku akan pastikan aku dapat menjejakkan gak kaki kat luar negara. tapi poie bojalan yo. seminggu dua sudah. nak duk betahun2. opss no comment. tak leh cakap lebih. nanti ALLAH bayar cash.

makkah pun luar negara jugak kan. ermm??!! one day will be... insyaALLAH...

hargailah mereka..

salam. hai selamat masih malam lagi. hehehe. aku ingin terus menghargai orang sekeliling. bak kate aku seblum ni, mak abah tok sah citer lah yer. sejak lahir sampai mati pun tak sudah nak hargai mak abah. INGAT! keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. itu lah yang perlu dicari sepanjang hidup ini yer kawan2 semua. ok2 tak mau citer panjang lebar tinggi. stret to the point. orang seterusnya. taraaa!!!

giant terminal 1 s'ban
eh sape ni yer? memang tak de kena mengena LANGSUNG dengan aku. yer aku tau. pertalian darah apatah lagi pertalian agama. memang tak de. kenal pun tak. sebelum tu, harap dimaafkan atas pengambilan gambar secara curik2 ni. hehehe.
inilah salah seorang pekerja giant kat seremban. one day aku pegi tu, saje gatai tangan nak amek gambo budak ni. kalau korang tengok pun dah boleh agak kan keadaan dia macam mane. tapi cube bayangkan kesungguhan yang ditunjukkan.

untuk makluman, tiap kali waktu makan, mak die bawak makanan, makan same2 ngan die kat giant ni. aku tak tau umo die, name die n wat ever lah. maklumat ni aku dapat daripada sumber yang boleh dipercayai bersama bukti(x dpt di tunjukkan. maaf). selalu aku tengok kan, orang sindrom ni, tak leh wat keje ke. selalu begantung ngan orang lain ke. tapi budak ni telah mengubah pendapat aku selama ni. aku kagum ngan die. syabas! aku tak kan mudah membuat penilaian terhadap orang lain dengan sewenang2 nya. i'm sorry...

--------------------------------------------------------

cerita dipisahkan kerana ni nak citer benda lain lak. hehehe. alkisah tentang rumate tersayang. sayang?! yes i sayang u so much. walaupun tak pernah dengar dengan kate2 daripada mulot aku sendiri kan. perlu ke? tak perlu la. cukuplah kau tau. nape tadi? ko nangis pegi bilik sebelah? aku tau kau ade masalah. aku jenis yang tak suke nak tanya2. walaupun aku tak sebuk duk tanye2, tapi dalam senyap2 aku tau. walaupun bukan semuanya. at least aku tau. prihatin lah jugak. ahaks! ada ape2, boleh citer kat aku. tapi memang terus terang aku bagitau, aku memang tak pandai tak reti nak advice orang. tapi untuk dengar citer, on jer. aku penah dan boleh kate selalu gak tengok kau nangeh. kau penah tengok aku nangeh tak? mungkin penah sekali due. sebab aku banyak nangeh dalam bilik air or atas katil seblum tido. aku pandai cover. sebab time dulu2, mostly aku nangeh sebab family. bukannya ada masalah besar pun, tapi hati ku sensitif. hukhuk.

aku nak kau tabahkan hati. muhasabah diri. tenangkan hati. berlatih pujuk diri sendiri. supaya dapat sedapkan hati. aku selalu buat macam tu and its work! believe me ok! trust me as your rumate.
aku penah cube untuk tak balik rumah selalu, kesian kau tinggal sorang2 dalam bilik, tapi tak boleh. nak buat macam mane... aku lebih pada keluarga... tapi , at least aku tak main lari2 tanpe bagi tau kan. hehhe.
ok lah paling penting mintak tolong lah kat ALLAH. gerenti dapat punye. tapi bukan on the sport lah. hanya ALLAH yang tau bile masanya.
untuk itu, percayalah

ujian yang ditimpakan oleh ALLAH terhadap hambaNya, adalah mampu untuk diatasi.
pertolongan adalah daripada ALLAH, orang sekeliling cume medium penyampai pertolongan tersebut.
syukurlah dengan kehidupan sekarang. ambil iktibar daripada sekeliling.
kadang2 aku boleh nampak pengajaran daripada sekian orang yang bodoh kat atas dunia ni.

love u ika!

pesanan ini adalah bukan untuk korang semate2, tapi lebih kepada aku sendiri. setiap orang pasti tak leh lari daripada pelbagai masalah kan. ini lah warna warni kehidupan. walaupun aku suke warna biru je, tak suke hijau & kuning. aku kene pujuk diri dan terima warna sekeliling aku yang pelbagai. begitulah kehidupan. hidup kite bukan dengan benda2 yang kite suke je kan?! betul tak apa yang bagitau? betullah... hehehe. alhamdulillah aku masih bernafas saat ini menikmati segalanya di bumi ini...










*aduh nape serius malam ni. maaf2. huhuhu. dah tak leh nak kawal.

26 September 2010

hai hai hoi hoi

fuhhh(trademark awal ashaari)..hehehe alhamdulillah baru je selesai kursus kad hijau. green card lah. tau ke ape benda alah tu?? aku xde masa nak story pasal benda tuh kat sini. korang klik link CIDB ni, korang tau lah ape yang termaktub di dalamnya. huhu.
lembaga pembangunan industri pembinaan
inilah kejadahnya aku pergi kursus tadi. bayar 60hinggit. dapat sarap ngan lunch. berbaloi lah jugak. 
contoh

hah ini pulak contoh kad yang bakal aku dapat nanti dalam tempoh 1 bulan daripada sekarang. 
owh sebelum terlupa, penceramah tadi bernama Mohd Rahman bin Selamat. memang sesuai lah dia bagi talk pasal keselamatan. sebab nama ayah dia selamat. ooppss hehehe. tapi betullah. dia sendirik cakap tadi. memang senang nak ingat name die. ni lah serba sedikit perihal aku berkursus ini hari. 

budak2 ni pegi opeh house umah asis. hai melepas. semalam rumah qilah pun tak pegi. xpe lah. x de rezeki lah tu. hari ni lak rumah aku buat makan2 gak. malas nya nak balik naik public... adooiii ade sape2 nak hantarkan? hehehe. ke ada yang nak jemput. ngeh...ngeh.. :D
wei budak2!!! makan untuk aku sekali.

alamak! tengok kak long dah hanta mesej suruh balik. mak pun tengah2 course tadi 2 kali call. nampaknya keluarga memang tak lain tak bukan amat perlu diutamakan. huhu. tak pe lah. tak bekesempatan nak taip lebih panjang dan lebar. 
"cukup sampai di sini sayang"
"rela ku mengundur diri.."

ahaks dah la tak lancar. lagu pe2 ntah. ok full stop!

25 September 2010

hargailah mereka..

owh hari ni x de mase nak letak2 gambo yer. nak taippp je. haha. sebab aku gune fon ni ha. leceh2. nak edit teks pun x dapat.
aku agak la, mesti ada tertanya2 kan, awatnya aku dok sebuk2 nak hargai orang kan. mak abah sendiri x nak dhargai ke?!
bukan macam tu. ikutkan, mak abah ni perlu dhargai tiap mase. kalau nak cite satu2 lam blog, parah ar. skang ni pun betri fon dah weak. kan syurga tu letak bawah tapak kaki ibu. lagi pun keredhaan allah terletak pada keredhaan ibu bapa. jadi, xyah cite lah betapa aku m'hargai mak abah. sampai sudah, blog aku xde topik lain.
aduh.! betri memang x m'izin kan untuk aku menaip. sambung lain kali na...

24 September 2010

hargailah mereka.

taraa!! nampaknya aku tengah rajin ni. ok aku akan sambung cerita semalam. teng..teng..teng.. agak2 gambar sape aku nak letak eyh??!! hihihi..

hensem x saya? :P
hahaha. pakcik mane plak ni? semalam dah mak cik cleaner. x kan x leh guest kan sape. tuh driver bas lah. adooiii. nak story sikit lah pasal diorang ni. hari2 aku guna perkhidmatan diorang. nak pegi balik kelas. or nak balik rumah ke. untung nya ada diorang ni kan. kalau lah    diorang xde kat sini. aduh mesti kena naik benda alah ni nak pegi kelas. mahal! cekik darah! terima kasih yer pakcik2 bas yang ada kat UTM ni x kire lah yang swasta ke tidak.


proton jer pon... NGV lak tu...ops
alamak terlebih sudah! tapi betullah kalau nasib baik dapat lah teksi lawo2. wangi2. dapat nasib x baik. erm... paham2 sudah. tunggu dah la berjam2. huhu.

eh dah lari ni. kejar balik cerita pakcik bas UTM yer. hehehe. diorang ni baik2 belaka. x sombong pun. apa salah nya pagi2 tuh tegur diorang kan. "selamat pagi pakcik!" tapi kalau aku senyum je sudah. hahaha. baru lah terubat hati diorang. bayangkan, kita semua belum bangun tido lagi, diorang dah sampai. panaskan enjin bas. setahu aku trip 1st jam 6.30 pagi. last trip 10.30 malam. x pun kul 11. kita kelas kul 9 sampai paling lewat pun kul 5 kot. itu pun dah ngeluh. "aduh penatlah. banyak keje lah." itu lah ini lah. (same goes to me ok!) ahaksss!!! jujur ni.
kesian kan mereka. sehari suntuk duduk kat sini. makan minum kat sini. perkara paling penting aku rasa, saat nak turun daripada bas tu, cuba ringankan mulut untuk berkata dengan ikhlas.
kalau aku x buat macam tu pagi2, terasa amat bersalah. huhu. yelah diorang penat hantar pegi balik kampus dari kolej. eh korang ingat pegang stereng tuka2 gear tuh macam petik jari ke. susah tau! aku drive kete pun penat. inikan bas yang besar gabak tuh ha. nak balas budi lebih2, x terpikir plak. jadi terima kasih sudehhh. diorang pun dapat gaji. hahaha.


oklah sampai di sini sahaja. menaip pun penat macam drive plak. hahaha.
aku rasa ada lagi manusia2 yang aku nak hargai dalam blog aku ni. so, keep following me!

*sebelum terlupa. kecik hati pakcik bas kang. huhu. syarikat bas swasta UTM ialah ELTABINA JAYA.

23 September 2010

hargailah mereka

1st of all. nak story skt psl url blog aku ni. stupanaseh? apa menatang tu? huhu. aku sendiri tak penah dengar. korang penah ke? hebat la kalau penah. taip dlm pakcik makcik google pun no result tau. nak tau aku dpt word ni drpd mana? haha. drpd mimpi woo. tidur tgh2 hr buta ni lah dpt nya. aishhh apa ke pelik lah url blog aku. xpe lah asl kan jgn aku yg pelik sudah. nnt org lain lak susah.
td kan syida pgl la aku dgn ika g blk dia. tau apa yg dia nk tnjuk??!! fulamak!!! dahsyat oooo. korg kalau tgk nangis pny la ak cnfirm. hahaha. shhhh rahsia. x mo bg tau. wek2. :P. nak tau tny syida. hahaha. x de lah. td syida tnjuk video anak NAZA kereta tuh kahwin. memang gempak habis. sermat seyh. duit belanja buat semua tuh leh bg aku x? aku x yah blaja lg duk goyang kaki kat rumah. half milion ok! betul x syida? ish sbnr nya apa yg ak nak story bkn psl ni. sori yer. citer sal lain lah. tuh nampak x tajuk kat atas tu? 
----------------------------------------------
makcik sapa lah ni? huhu
haha. sapa ni? bkn mak cik aku. bkn mak cik kamu. tapi... mak cik cleaner...apa ke jadah2 nya aku letak pic dia besar2 sini. huhu. sajalah nak story skt. alang2 x tau nak buat apa senja2 kala ni hah. pagi tadi dan pagi2 kebiasaanya lah kan. bila nak bertolak ke kelas.(eh main tolak2 sampai ke?). selalu lah jumpa makcik2 cleaner/akak2 cleaner. x kire lah floor aku ke ground floor ke. tgh2 jalan tu ke. asalkan ada yang pakai baju label AZAM URUS(tema warna syarikat diorang lah) tu confirm lah tanpa berdolak dalih lagi itu lah makcik cleaner UTM. "ee busuk. tutup hidung." selalu x cakap gitu? jangan tipu lah. ngaku jer sebab aku pun penah buat. hehehe. yelah tau2 je kan apa yang diorang bawak. tolak tong2 yang besar gedabak tu sana sini. masuk lift. tengah2 jalan air leleh2. eeyeekk. dengan bau2an lagi.
eh ni gambaran melampau sangat. huhu

aduh! terseksa hidung. sampaikan ada segelintir umat nabi muhammad sekarang pandang serong kat cleaner2 ni. yelah diorang bawak sampah. benda busuk kan. kita ni duk pakai lawa2 bawak buku mahal2 dressing tip top minyak wangi ratus RM. nak pegi kelas je pun. mana standard dengan diorang. pakai uniform. pegang penyapu. tolak tong sampah. pegang benda busuk2 lendir2. pegang penyapu, mop. uish! kita nak ke? tau2 dah guna, dah makan, buang je dalam tong sampah. yang kita tau esok2 pagi cleaner2 ni kutip. betul x??
tapi penah fikir x? cuba bayangkan diorang semua ni pun nak masuk U macam kita. nak belajar tinggi2 sampai tingkat 4. eh lain plak peginya. nak lawa2 wangi2. siapa yang nak kutip sampah? nak mop lantai? korang ada nak buat?? 
tulah nak habaq mai kat sini. nun baca balik tajuk aku tuh... diorang x mintak jadi sebegitu.
"tidak ku duga lahir ke dunia~~tidak ku duga jadi begini~~bukan ku pinta jadi keliner~~bukan ku rayu bantu simpati"(ak keje ni ad gaji lah. x mintak korg pun) ahaks! lirik by stupanaseh...

aduh penat gak taip2 ni. oleh itu, aku akan sambung bila2 aku ter'rajin'. tadaaa.

to be continue...




21 September 2010

keluar lagi

12 syawal

syidaikalily, n me always, pergi jusco lagi. tak perlu tanya lah mana, wangsa maju lah. mana lagi. huhu. macam2 kami nak beli. tapi, 1st sampai, tempat di tuju adalah...

tak besar begini signboard nya
bagi senang cerita, kami semua order menu sama... taraaaa...
double cheese burger
alhamdulillah kenyang. walaupun apa yang di makan tidak seperti gambar di atas. tapi kami tetap bersyukur kerana masih dapat makan. duit masih ada. mulut masih mampu mengunyah. gigi masih utuh menghancurkan makanan. hehehe.
habis makan dah, ika pun berkata "sedap pula aku duduk sini". "ok! kau duduk sini, kami nak pergi jalan cari barang". tak nak pula. kata dah sedap duduk mCd. ika2. inilah roomate sejati. terbaik lah ika. baru dapat hadiah birthday semalam. ika bagi selendang warna pink campur hijau. malam ini pula, dapat roti sosej. oh roomate terima kasih tak terhingga. aku selalu dengar, kita akan dapat apa yang kita bagi. aku percaya. aku berani kata sebab aku pernah rasa. tapi dengan seikhlas hati. yang mengharap balasan, selalunya tak dapat apa2.
sekadar hiasan

percayalah.. eh ternyanyi lagu siti pula. hehe. 

---------------------------------------------------------------------

ok2. sambung balik cerita di jusco. lepas makan pergi MPH. syida nak cari pensel PILOT. ceh syida beli pensel di jusco. apa barang kedai cina sri rampai kan syida.?! ahaks! jangan marah. adalah jumpa family beli buku sampai RM440.50. wow!!! buku apa?! musykil2. tak sempat nak tanya tadi.
inilah pensel yang syida nak beli kalau ada siapa2 yang tak tahu. hahaha. ika beli majalah 7teen. lily beli apa tadi? tak perasan. huhu. aku? tak beli apa2. tapi aku jumpa majalah menarik. 'how to spot a 


destinasi berikutnya, masuk jusco. turn aku nak cari barang. baik punya! aku boleh beritahu jenama. TRIUMPH. hahaha. ops tak kan tak tahu. tak tahu cari di internet ya. itulah hajat aku yang sebenar.

habis lah cerita. sebelum balik, singgah part dapur2, ada yang beli roti, makanan2 ringan. bekalan sepanjang duduk di KSJ.

kami pun pulang ke kolej...

-TAMAT-