30 October 2010

jangan gelak! tolong ajar

hehehe. tetiba rase nak edit itu ini. bukan pandai sangat. just want to try.

29 October 2010

oit ape hal?

syok2 tengah online depan pintu, abang aku balik. depan pintu ade meja ok! tak de keja aku duk betul2 depan pintu. aish!
muka macam gini.



oh my god. ape kes? setiap kali balik macam tu. cube lah senyum sikit. bagi salam ke, ape ke.

ingat yer u all. walau ape pun masalah kat luar sana tuh. office ke. kampus ke. jangan bawak sampai rumah. tolong lah! sakit hati kalau tengok muka macam tu tau. daripada hati tengah girang gumbira, tukar jadi gundah gulana. aduhhh...


*tengah tengok p.ramlee the musical @104 astro ria. perggg dahsat giler. hip hop lagu nya. tapi menari zapin. bagus2. transformasi dalam industri muzik di malaysia. tetiba ternampak abang ketuk drum. encem! hikhik gatai... tapi untuk pengetahuan, aku memang suka bab ketuk-ketuk ni ok! aku kan pemain cak lempong. hehehe... kalau tengok mane-mane band pun lah, aku memang cari siape yang main drum. he must be cooool. haish!!! tapi camera man jarang nak focus kat part belakang2 kan?! asek gitaris jer yang femes. aku cadangkan lepas ni, drum tolong letak depannn sekali. heh!

| musical yang best | 4 stars |

n9 mesti kalah kan kelantan!!!

Hobin Jang Hobin

Hobin Jang Hobin...3x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang
Hobin jang hobin...3x

Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi
Hobin jang hobin...x3

Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong. molopong..
Hobing jang hobin...3x

Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...3x

Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan monggollabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah...
Hobin Jang Hobin...3x

Hobin bin bin bin hobin jang hobin..............
Hobin... hobin... hobin jang hobinnnnn........
Hobin jang hobin....


yeay!!! nantikan perlawanan ini di bukit jalil. aku tak pegi pon. lalala~~
sokong dari rumah jer... jadi lah.
nak nyanyi lagu ni, aku pon tak bape paham. adeh! not pure n9 maybe. huhu...


nice by 'paint' only... hehe

bukan give up tapi malas

hah! tengok. ini lah litar yang kami dah siapkan. thanks to ika, syida & ifah... hehehe.





tak de lah susah mane pun buat benda alah ni. hahaha. sekali jalan, siap part LED. sekali lagi siap 7 segment. sekali siap keypad & motor. hah! bukan susah pun sebenarnye. kan?

cume program jer mengelamkabutkan kami sekelas. hahaha. bayangkan, nak buat benda yang tak nampak hasilnya. copy paste itu adalah adat. heee. edit je lah mane-mane yang patut kan. last-last group 9 (kami lah tu) dapat buat 3 program jer. suis. LED. 7 segment. jadi lah...

untuk hardware kejadah semua ni. success!!! hihihi. bukan sahaja litar ini nampak cantik dan kemas. tapi berfungsi yer. ahaks! masuk bakul angkat sendiri.(sebab aku dah tebuk lubang kat bakul, boleh la pas masuk bakul angkat sendiri) ngeh.. ngeh.. ngeh..

ok kawan-kawan. aku tau program daripada sumber yang same kan. kantoi! semua program itu adalah untuk litar yang tak gune decoder(7447). so, aku merelakan anda semua meminjam board kami untuk menguji program yang korang buat. ok tak syida & ika??? pandai-pandai aku jer... hihihi...

dan.. dan.. jangan lupe. kami test program, litar masih berfungsi. jika selepas kamu guna, ianya telah rosak... jadi... paham sendiri lah yer...

27 October 2010

cis penipu!

hah! habaq mai kat aku, sape kate minum nescafe jadi tak ngantuk. tipu! tipu! tipu!
aku dah bedal satu gelas nescafe ais. baru berape jam, mate aku dah pedih. tu tande nye sangattt lah ngantuk. huhuh.

sape lah memandai kate minum nescafe boleh tahan ngantuk kan.

dah lah esok test 'transmission system'. bab bace-bace ni memang nombor sepuluh lah dalam senarai subjek aku. tolong lah aku ya Rabb. mudah-mudahan ape yang aku bace sekali lalu ibarat 'scanning' ni, terus masuk dan save dalam kepala otak. ulang banyak kali pun same tak paham nyer.

good luck test & present!

mimpi boleh percaya tak?

sebelum itu, selamat pagi! ok aku baru dapat mesej daripada si kembong. shahril lah. puan suriani nak start kelas jam 12.30 hari ni. sebab die ade meeting pukul 2 nanti. so be on time ok my friends!!! hehehe
-------------------------
aku nak cerita sikit pasal mimpi aku malam tadi.
aku mimpi yang aku dah berbaik-baik dengan jiran yang aku gaduh tuh. huhu. alangkah bagus nye kalau mimpi itu betul. aku nak sangat berbaik-baik balik. dah lah jiran sekampung. sedara pulak tu. time kecik main sama-sama. dah besar mule lah buat kepala. aduh!!! cepat lah tegur aku balik. heeeee...

dalam mimpi aku pun  heran, macam mane dia boleh tegur aku eyh. padahal kitorang gaduh. aku pun syukur lah kami dah berbaik. last-last...

teetttt... teetttt... teetttt...

subuh sudah. mimpi jer. alaaaaa... macam mane ni???!!!

26 October 2010

tips buatan sendiri

hahaha. ifah akan mule jelajah pengarutan nye. harap anda yang membaca ini semua bersedia... 
jeng. jeng. jeng.

<<<<<>>>>>

satu : bile nak masuk bilik, bacalah basmalah. jangan main redahhh jer. nanti setan senyum-senyum ikut kite masuk bilik. hihi. tak mau. then, sebelum masuk, ucap kan salam. sebab, sepeninggalan kite seharian. entah jin mane-mane duk dalam bilik kite nih. bersuka ria. berpesta. huhu. kalau yang baik tuh, tolong jaga bilik kite. owh thanks to jin! heee...


dua : nak masuk toilet pun, baca basmalah. ingat, mulakan dengan kaki kiri yer. bile nak keluar, baru kaki kanan dulu. hehehe. macam bagus! 
memang bagus punnn. lalalala~

tiga : nak keluar dari rumah or bilik pun, kena baca basmalah. nak lagi selamat, tenang, dan happy, baca ayat kursi sekali. 2 kali pun boleh. hehehe. lebih lagi bagus. insyaAllah selamat.

empat : bila naik kenderaan, kaki kanan dulu yer. basmalah jangan lupe! sebelum jalan, baca doa naik kenderaan. tak kan tak tau..??! ustaz aku dulu ade pesan lagi. jangan lupe siap-siap mengucap. mane lah tau...... innalillah. huhuhu


lima : lepas makan, cakap alhamdulillah. next, letakkan sikit air dalam pinggan tuh. orang kate bagi rezeki tak putus. kalau nak lagi best, tuang air dalam pinggan sampai melimpah. baru lah rezeki kite melimpah ruah. hahaha. ok! jangan ikut tip ni.

enam : sebelum mula belajar, selawat dulu. baca doa penenang hati. bile dah sudah, u should said 'alhamdulillah'. thanks to mr n mrs lecturer.

tujuh : shhh... azan. nanti tak leh nak ngucap time nazak. shhhhh!

lapan : hah! kamu patut suka. kalau malas nak belajar. sebelum masuk kelas, letak beg siap-siap kat luar. masuk kelas nak sign jer. then keluar lah. konon-konon nak pegi tandas. hehehe. tips from sofie.

sembilan : sebelum tidur, kibas-kibas katil sambil ucapkan 'lahaula wala kuwata illabillah hilalihilazim'. ustaz aku pesan, tu untuk halau jin-jin yang tengah syiok baring-baring atas katil kite. kalau kite main rebah badan, takut kena pulak anak-anak jin tuh, jadi kite kene halau dulu. nanti mak ngan ayah jin marah woo. ok?!

sepuluh : last lah. bile dah bangun tidur. ucaplah 'alhamdulillah'. ni mesti! sebab kite telah dibangunkan semula. syukur diberi peluang untuk hidup lagi dan buat ape-ape yang kite suka. hehehe...


itu sahaja. kalau ade lagi... 
owh mungkin tak de. daaaaa---

tak nak tambah emak lagi

1 message received :
"akak ngah wat pe?"
from : emak

kring.. kring..
"mak, hantar mesej kat ipah ke?"
"bile?"
"baru ni ha. baruuu jer lagi."
"bile mase pulak? mak masak. makan lagi. bile mase nye nak hantar mesej kat kau hai."
"iyer mak... tak pe lah mak. entah sape-sape."

huhuhu. malam tadi terkejut aku dapat mesej gitu. sejak biler aku ni dipanggil akak kan? pelik2. bile di check it out, dalam contact aku ade dua nama 'emak'. dan aku tak tau, emak siape lagi sorang tuh. mungkin sedara-mara aku main-main henset dulu. mungkin nombor sedara-mara aku kot. so, aku tak delete. aku just tukar contact's name kepada 'emak siape ni?'.
hahaha. ok kan?

25 October 2010

my life

salam sejahtera salam perpaduan salam 1 malaysia...
uish! macam MPM pulak. huhuhu

oklah. dah lame mengepost entry yang entah ape-ape kan, kali ni aku nak citer-citer sikit pasal aku. daripada kocik hingge lah dah bosar godang ni hah. orang kate dah bulih na kawen ni. hihihi. gatai.. gatai..
mungkin ade segelintir insan sekeliling tak tau pasal aku. mungkin lah. kalau dah tau tuuu, alhamdulillah. terima kasih lah kerana sudi ambik tau pasal ifah yer. cerita nye bermulaaa... teng.. teng.. teng..

aku lahir pada 14 september 1990 di hospital samuel KL. korang tak tau? jangan tanye aku.
"mak, mane hospital tempat ipah lahir tu?"
"entah lah. mak tak ingat." adeh!

dalam mase dua bulan, time berpantang. aku duduk lah dengan family aku kat bukit aman. dan-dan jer time aku lahir, makcu aku dapat keje. time abang & akak aku lahir, tak pulak keje makcu aku ni. haish! spoil betullah. aha! for your information, kami dilahirkan dekat-dekat. 1985-1986-1987---1990. 
"mak, kenape ipah jarak tige tahun?" ish mane boleh macam ni. kalau ipah lahir 1988, mesti sekarang tak yah buat projek mikro-p.. mak niii... huhuhu.
tak baik.. tak baik.. jangan marah mak. sayang mak!!! muahxxx. heeeee...

jadi, setelah mak kene keje balik. aku pun kene lah hantar balik kampung. duduk dengan atok, ibu saudare & sepupu aku. abah aku tak percaye orang indon untuk take care of me. so, hukhuk... bye KL. bye mak abah kaklong angah eri... i'll be missing you all.

ok, anda boleh bayangkan macam mane hidup berjauhan dengan family. tapi nasib baik lah, family aku ni jenis suke balik kampung. tak de lah jauh kan. dalam sejam setengah dari KL ke N9. jadi, aku pun rase lah kewujudan mak abah & siblings.
walaupun mule-mule, macam segan silu malu-malu kucing gitu dengan family, lame-lame ok jugak. mestilah! air dicincang tak kan putus kan. aku rapat dengan adik beradik aku pun start form 2 rase nye. sebab time tu, aku telah diberi mandat... hehe. kepercayaan lah. untuk datang dan balik sendiri ke KL. naik bas jer... memang boleh kate tiap minggu jugak lah aku datang KL. ermmm. dah lame-lame baru lah ngam. susah ooo nak rapat dengan family ni. rase macam ade gap tau bile dah lame berjauhan. hohoho ayat skema tak leh blah.

ok next. dah habis SPM, dapat plkn pulak. habis PLKN baru lah aku duk lame sikit kat rumah PJ. sebab ambik lesen kereta. habis-habis tu pulak, dapat belajar kat UTM kl ni hah. lagi lah aku duduk kat PJ lame-lame. lagi lah kami sefamily bertambah rapat. alhamdulillah. termakbul jugak doa hamba Allah sorang ni.
dah banyak sangat aku menangis sebab family. huh! memang banyak. terlalu banyak. sejak otak pandai berfikir. semenjak pandai menilai keadaan sekeliling. sejak diri boleh mentafsir 'siapakah aku?'

aku tak boleh lupe kan pengorbanan ibu (ibu saudare yang jage tuh) dan kak yah (sepupu). terima kasih anda berdua. tanpa mereka, mungkin aku tak berada dalam KSJ ni. mungkin tengah menjahit membantu ibu siapkan tempahan baju. hehehe.
time sekolah rendah aku buat itu ini sendiri. kalau sampai sekolah, segala jenis borang yang kena isi. mesti lawa-lawa jer tulisan. yelah... mak bapak isi kan... sampai borang aku... ish siape yang isi kan ni?? tulisan burokkk! hahaha. mane ade cikgu cakap macam tu lah. memang lah burok. budak kecik isi borang. alahaiii...

entahlah. happy je lah dengan hidup ni. tu semua. DUGAAN!

dah 2 minggu tak balik kampung ni. aish. rindu bangat sama orang kampung.

assignment vs blog

hahaha. ingat kan malas nak berblog tadi. almaklum lah sebuk dengan assignment. hihi. sebuk lah sangat yer tak. tapi sebenarnye, tak tau nak tulis ape. yang penting, assignment tidak menghalang aku same sekali untuk berblog. heeee...
lambakan assignment telah membuatkan aku jadi tak tentu arah. huh! tak dapat nak berpikir dengan logik. adehhh... huru hara lah kejap minggu ni yer. hope dapat settelkan semua this week jugak. study week akan menjadi holiday week untuk aku. hahaha(gelak jahat). time study week tak mau pikir pasal assignment dah. nak studyyy jer. hehehe. study ke? hujung minggu ni jer dah ade plan. genting or melaka??!! choose.. choose.. yang penting dua-dua under sponsored. kite ni student kan. so, kene pandai cari lubang-lubang yang free jer. hak mane yang bayar-bayar tu, kasi tepi dulu. hehehe.
yang aku tau buat mase ni :

|25/10|9-11 malam|-presentation transmission system
|27/10|1-2 petang|-presentation communication engineering
|28/10|9-10 pagi|-test 2 transmission system
|28/10|11-4.30 petang|-presentation micro-p

hah! banyak tak? banyak kan?! kan?! an.. an..

so, wishing you all  
best of luck!

24 October 2010

true of the truth

hakhak. penah dengar name permainan ni?? sure tak pernah kan....
memang lah... sebab sang pencipta nye merupakan budak DDP. yang memang senget-senget sengal-sengal belaka. opsss! termasuklah saye. heee...
name jer pergi kem bina insan... tapi kami tetap seperti dulu... hahaha. siap boleh cipta permainan lagi...
diadaptasi daripada true or dare... bukan true and dare yer sang sophie... hihihi...
ok this is fine. tapi bagi aku tak cukup mase lagi tuh. banyak lagi benda nak kene citer. setakat 2 3 jam main mane cukup. betul tak?? betul kan... an.. an..
nak citer pasal benda ni, sophie ngan lily dah sentuh sedikit sebanyak kan. aku nak bagitau lah sikit, ade orang text me n ika with this :
"salam. mintak tolong perlahankan suare(or senyap sikit... lbh krg gitu lah ayat nye). kami nak tidur."
from : unknown
heyy u know me. ifah si mulut laser. aku pun :
"w'salam. akan diusahakan. maaf bagi pihak. siape ni?"
hah... tak balas pulak. hantar je lah mesej daripada henset sendiri. nak gune orang punye pulak. uish! tak pe lah. dimaafkan. sebab kami memang bising malam tu. tapi orang lain pun bising jugak kan?! kan?!

**********
nak story sikit lah. pasal 2 orang mahasiswa yang dah sangattt berubah. berubah ke arah yang baik tau. proud both of you. i likeee. hehehe. tahniah yer. semoga perubahan kamu berdua akan berkekalan hingga akhir hayat.
agak-agak yang tau siape, tau lah yer. tak nak sebut nama. tapi bagus lah. kalau nak suruh aku berubah macam tu... huhuhu. ermmm bile lah agaknye? kene kuat semangat. semoga pintu hati aku terbuka nak membuat perubahan macam tu. amin...

hah! lagi satu want to tell all of you here. cewah... berspikang pulak. 
ape-ape yang diceritera kan dalam blog, harap di sebarkan merata habis dalam blog sahaje. tak mau bawak keluar. ape-ape yang tak boleh nak diluahkan dengan kate-kate, sile lah luahkan di sini. hehehe... shhhhh. this is my secret of the story.

22 October 2010

dilema

hahaha. skudai---masjid??? mane satu nih?
skudai-rm25
masjid-free(paling suke.. heee)

korang pilih mane? huhu. susahnye buat pilihan. dah kene pujuk. ayat baeeek punye oleh azmi.
ok aku pilih skudai!
tau la KBI(kem bina insan) amattt lah baik untuk diri ini. tapi tak pe lah. 1st time nak pegi skudai ni. ok2. jangan tukar keputusan lagi.
fullstop!

next week baru balik kampung. harap sanak saudare paham yer.

20 October 2010

bosan

arghhh!!! lambat nye ika ngan syida ni sampai kampus. sampai 2 entry aku boleh buat hari ni. semua dah buat. bace kosmo. prepare presentation. lalu-lalang kat facebook. blog walking. post entry. ni post lagi. aduh... hah! aku tau ape yang aku tak buat lagi hari ni... 
-makan-
ok. itu belum terlaksana lagi. aku memang tengah lapar. huhuhu... eh makan itu kan penting. kite makan untuk hidup. siape hidup untuk makan, itu orang tak berguna name nye. ceh! lebih baik jangan hidup.

tetibe teringat kat orang yang gemuk-gemuk. huhuhu. bukan nak ngutuk bukan nak perli. tiap orang ade kelemahan sendiri. tapi kan... kenape mereka gemuk? hihihi... soalan yang munasabah kan. tak kan munasarawak pulak. hahaha. ok mengarut tuh.

kadang-kadang pelik pun ade. orang gemuk ade yang makan sikittt sangat. tapi gemukkk pulak. ade jugak orang yang kurus kering tapi makan banyakkk. macam mane tuh? mungkin tahap metabolisme yang tak tentu arah.
aku tau, orang yang gemuk mesti ade niat nak kurus kan. eyh siape yang nak gemuk?? ade?? berisi boleh la. maksud aku yang dah sampai tahap obes ni. kesian kat diorang. susahnye nak bergerak. susah nak cari baju, seluar. nak pergi tempat sane-sini pun terhad. jadi pemalas. or malas itu punca mereka gemuk? ops!!!
no comment. kalau dah gemuk. suke kunyah makanan ringan depan TV, depan pc. duduk saje kat rumah. tak nak keluar rumah exercise. sah! memang tak de usaha nak turunkan berat badan. harap kat mulut jer kate, nak kurus... nak kurus... tapi??!!

ade jugak bile dah gemuk... ade usaha nak turunkan berat badan. contohnye jalan kaki petang-petang. keluar exercise. jangan la harap dapat berlari macam orang lain. step by step kan. kalau betul-betul niat nak kurus, mesti ade orang nak tolong punye. cube sabar sikit yer.

dan tolong yer sangat-sangat pade insan-insan yang luar biase badannye. pakaian tu bagi la sesuai sikit. yer aku tau, yang kurus pun kene jugak pilih pakaian yang elok-elok. tapi selalu aku tengok, yang gemukkk ni lah suke pakai baju terlebeh-lebeh sangat. sedar-sedar sikit badan kamu tu macam mane. huhuhu. malu lah nampak itu ini. baru pempuan yang tengok. cube tanye pendapat lelaki??!! hurmmm...

*pesan untuk akak aku ni. cepat lah usaha turunkan berat badan anda. nak kawen dah tahun depan. aku tak nak jadi pengapit kalau kamu tak kurus. nanti takut pelamin robohhh. hahaha.
memang ade berani post sini. sebab akak aku tak de FB n blog. ngeh.. ngeh..

alamak!! tengah blog walking aku jumpe ini blog same dengan template dengan aku daa. hahaha. tak pe lah. share eyh... berkongsi itu kan menambah kasih sayang. hahaha...

mesti post

berape hari bulan hari ni kawan-kawan???
20/10/2010
huh! lagi satu tarikh yang amaaattt cantik. bukan senang dapat. dan tarikh ni tak kan berulang lagi. so, aku rase mesti nak post something hari ni. tak kire lah ape-ape pun kan.

pagi-pagi lagi dah pegi kampus. sampai-sampai jer aku terus g PSZ. nak online. tapi semua pc ade masalah elektrik. alah pak cik ni. p lah repair. orang nak online ni. nak update blog. huhu.
tak pe lah. aku pegi jer cc di lorong gelap ni. hahaha. nasib baik internet laju. kalau takkk... 
kalau tak, ape???
hehehe. tak de ape-ape. 
aku bukan leh buat ape pun.

owh hari ni, kalau ikut perkiraan dan tilikan aku dalam bilik tadi, kumpulan aku for sure kene present. subjek Communication Engineering. aduh! this subject ha... read-read only tau. no kire-kire. my head is very-very semakkk with this. huhuhu. bukan semua orang same. ade yang suke bab hafal-hafal ni. ade yang boleh duk tenuuung buku tu lame-lame. tapi aku, pensel mesti di tangan. mesti nak tulis-tulis. nak kire-kire. subject yang bace-bace ni, memang ubat untuk aku tidur jer. agak-agak nak tidur tapi tak ngantuk lagi kan, ambik buku tasawwur.. tak pun buku comm. eng. gerenti tak sampai 10 minit lelap. hahaha.
tak percaye?! cube buat...

ermmm. jam baru 9.40. present pukul 1 kang. ape aku nak buat ni yer??
nak ngarut-ngarut sini kurang idea. ish...

***************
hah. tadi bace kosmo online. ade lah berita-berita gempakkk! sikit.
aku paling tertarik dengan tajuk "USM bolot 7 anugerah di London".
tahniah kepada mereka. harum gak name malaysia kan. tak sia-sia mak bapak hantar belajar. cari duit sane-sini untuk anak kan?

-------------------------------
untuk itu, aku pun nak wish thanks sooo much mak abah. tak lupe abang kakak. bagi duit tiap bulan. hehehe. tak yah pinjam ptptn. nanti tak yah susah-susah nak ganti. bile dah keje, ganti kat mak abah jer... tapi sampai mati nanti... cukup ke ape yang aku ganti? buat nye aku yang pergi dulu... harap mak abah halalkan. amin...

19 October 2010

kem MADI-sg tekala

best! itu yang aku nak luahkan firstly. pertame kali menjadi ajk dapur. walaupun digelar ajk bidan terjun. tak kesah la. terima kasih kepada semua yang memberi kepercayaan kat aku untuk melaksanekan tugas ini. hehehe.
ifah syida n diba memang terbaek. hakhakhak. masakan tidak. kamilah orang paling penting dalam kem. perkare ini memang diakui benar oleh semua peserta dan sesiape yang join this camp ok! of kos penting, kalau tak... tak makan la semua yer. huhu. ish takde lah sampai macam tu sekali. cume kami meringankan beban anda-anda semua.dah penat beraktiviti, kami bagi lah makan.
walaupun insan bernama ifah tidak pandai memasak, tapi boleh la tolong sikit-sikit. macam basuh-basuh ke, tolong potong-potong bawang ke, sayur ke. so, jangan serik lagi untuk melantik aku menjadi ajk dapur pada masa akan datang. hehehe.

15 oktober 2010
aku|syida|diba|epul|azrul|rosa|abang hairi|abang azri| sampai kat tapak kem hutan lipur sungai tekala, hulu langat. nan ngan akim dah sampai lame. rupenye jalan nak ke sane, dah biase sangat lalu. sampai-sampai je, kami yang pempuan masak air. yang lelaki, buat modul..?! kenape baru sekarang? OMG. tak pe. tak nak masuk campur. baik kami settel kan bab dapur dulu. prepare untuk masak makan malam. makan bihun goreng. abang hairi masak. kitorang just prepare bahan masakan. ok nice...
sambil abang hairi syok masak, kitorang semua pasang kemah. gelap ooo. tak dijangka. gelap sangattt. hihihi. takut jugak. aku duk terpikir, kang peserta datang, sure kaget giler. kitorang tak kesah lah. dah explore tempat ni awal. semua yang ade lampu kat henset, semua keluarkan. baru lah aku rase amat berguna lampu tu. ingatkan henset murah ni, tak banyak function sangat. owh thanks so much nokia. love u!!! huhuhu.

malam tu peserta sampai. lepas makan, konflik pun mule. empat orang nak kene hantar balik. sebab kemah tak cukup. ade yang rosak. macam-macam lah. aku syida n dibah tak amek port sangat sebab kitorang asek kat dapur jer. huhu. malam tu, entah la macam takde benda sangat. wat unggun api. cari daun. cari kayu.
tidur malam tu. nak tumpang kemah ika, tak muat. tengah-tengah malam tu jugak pasang kemah. depan dapurrr. wakakaka. dah name nye orang dapur...

16 oktober 2010
pagi-pagi subuh lagi dah bangun. ape lagi. masak la. breakfast pulak. buat roti telur rase nye. tengah hari makan sambal kentang, masak lemak sayur pucuk. tup tup diba nak balik. nak jumpe mak die dari kelate. alorh diba. sape nak masak?
tapi bile diba balik, aku ngan syida rilek jer buat itu ini. macam dah tau nak buat ape. luckily thanks to akim yang banyak tolong. macam-macam die buat dan belajar. tak sia-sia jadi orang dapur ni kim. hehehe.
malam tu pulak. buat cucur. syida bancuh-bancuh. aku tolong goreng. giler takut weyh. dengar budak-budak kemain syiok duk gelak-gelak kat dewan. huh! abeh je goreng, kitorang terus naik kat dewan. tak kuase nak duk situ lame-lame.
eh.. eh.. tak sangke ifah leh goreng cucur.
-cit!!! poyo. itu budak 6 tahun pun boleh buat daaa... hakhak-

17 oktober 2010
kul 3.30 pagi, night walk. cuak seyh duk tengah hutan. keje giler namenye nih. huhu. tapi tak pe lah. pengalaman. semua peserta cool jer. ok lah tu. ade yang kate tak mencabar lagi. ok tak pe. see u next time!

jungle treking lak, kul bape entah. tapi lewat gak la. renjer tu kate, time macam ni orang selalu dah kuar hutan. tapi tak pe lah pak cik. kami spesel. baru nak masuk hutan. hahaha. not bad. 1.5km. naik bukit ceruuun sangat. huhu. alhamdulillah semua selamat. amin.

dah masak. budak-budak pegi mandi kat air terjun pulak. kemas-kemas. diorang balik makan. kemasss semua. kemah. bersih kan dapur. checklist barang pinjam. amek-amek gambar. kami pun pulang. bye sg tekala.

*abg azri kate "hanya orang yang berani dan tabah jer boleh berkemping kat sini". wohooo hebat jugak kitorang ni kan. sampai ade satu malam tu, aku ngan syida jer tinggal kat tapak kem. tak de pulak pikir bukan-bukan. tapi masuk toilet same-same la. hahaha. tak beran siottt. kau ade beran ke??!!

ok lah. thanks to all yang menjayakan kem MADI'10.
|nan|hakim|mimi|ammar|ika|diba|syida|farhana|epul|azrul|rosa|sofie|abg hairi|abg azri|abg z|abg danial|kak shida|abe haq|wan|syaq|zati|ati|ana|shah|jijoi|aqil|mimi|yana|semua peserta...
maaf peserta tak ingat semua...





15 October 2010

padan muka!

hahaha. mari gelak puas-puas. sebab ape???

taraaa. ika tak bawak kunci bilik! hah lantak kamu lah. duduk dulu bilik syida. tunggu rumate kesayangan kamu ni balik yer. ngeh.. ngeh.. ngeh..

aku memang nak balik dah tadi. tapi bile kau call jer said U tak bawak kunci bilik, lagi I nak stay kat PSZ ni lame-lame. hahaha. marah ke??!! janganlah...

syida, kalau ika nangeh, suh die duk luar. hehehe.

 ****************************

ouchhh sakit perut. owh bukan nye jamban memanggil. tapi sebab period. opsss!!! its normal kan bagi setiap insan bergelar |WANITA|

- hah tande-tande awalnye, mule lah pimples merate. ni common eyh. tapi muke aku memang sedia ade dah. hahaha. tak yah tunggu datang bulan pun. 
- pas tu, mule lah senggugut. sebut betul-betul! SENGGUGUT. bukan sesungut ok! kesian aku tengok kalau ade yang kene penyakit ni. meraung-raung. owh terharu nye. tak dapat nak tolong. pain killer berkesan kah? selamat?! 
- ape lagi yer tande-tande nye?! pikir sendiri...
- runsing lah bile datang bulan. rase takut semacam. tak dapat berwudhuk. tak solat. tak ngaji. rase lainnn jer. kalau nak tido, rase takut jer. seram pun ade. sebab tak boleh nak bace ayat-ayat pelindung diri. memang waktu-waktu macam ni, kehuru-haraan melande. huhuhu.
- nak keluar bilik pun, takut-takut. selalu aku bace ayat kursi. nak keluar bilik. nak tido. lepas solat. nak study. bile-bile jer lah. tapi bile waktu macam ni, rase tak lengkap. keluar bilik rase tak selamat jer. study macam tak berkat jer. bile tidur takut ade benda datang. aish! mintak di jauhkan.

astaghfirullah 'alazim...

sesungguhnye ALLAH dah beri keringanan pade hambaNya. bersyukur lah sentiasa. amin ya allah... 


14 October 2010

aku nak...

> siapkan projek mikro-p... huaaa... boleh kah? hakhakhak. syida ika... marilah bersame pikirkan projek ape nak buat nih? aduyai...

> presentation KP sebaik mungkin. kihkihkih... 

> siapkan laman web transmission system...?!

> jawab test mikro-p dengan tenang dan dapat result gempak! ceyh... study nye idak.

> tak kan pakse diri dalam study. ikut kemampuan jer... 

__________________________________
ok cukup buat mase ini untuk bab-bab study
--------------------------------------------- 

> mak, nak laptop satu. satu jer. bukan nak due. huhuhu

> mak, nak kereta jugak. hakhak. mak belilah kete baru. mak bagi ipah kete yang lame pun tak pe. tettt!

> abah, handphone nokia satu. handphone sony ni dah bengong! nak angkat call kene ketuk dulu. nak murah jer. asalkan ade wifi, kamera, boleh dengar lagu... bluetooth nak jugak. hehehe

> abah, kasut nike nak lagi satu. yang ni dah satu tahun. tahun ni tak beli pun kasut raye. nak warne merah pulak. yang lame punye warne biru. huhuhu. ayat nak sedeh jer...

> abah lagi, nak jersey.  tak mau cap rantau panjang or danau kota. nak ori! heh. import punye...

> kak long, jom pegi sabah lagi, langkawi, sarawak... eh sane jer. jom pegi luar negare pulak. hahaha

> angah, bile kau nak outstation lagi? tunggu aku abeh exam eyh. ko pegi jauh-jauh sikit. baru lah semangat nak ikut.

> eri. hah!!! genting end of this month k! hikhikhik. jom pegi judi. maksiat... maksiat... astagfirullah'alazim. ika... byeee...

> kumpul seluar VJ(voir jeans). semua jenis. dari puluh-puluh hingge ratus-ratus hinggit. sekarang murah jer, tunggu dah keje nanti. 1 cupboard for jeans ONLY. tq...

> scarlet jer baju aku. tak pun SAM. murah jer. huhu. 1 almari lagi. hehehe.

> nak cardigan & handbag pelbagai : warne, saiz, reka bentuk, jenama, harge. two more almari please...

> triumph & kotex only!

> satu bilik kat rumah sendiri untuk semua almari pakaian. huh!

> nak kasut tumit tinggi | rendah | takde tumit. tutup penuh | nampak jari. ade tali belakang | tak de tali belakang. selipar itu wajib!

> almari kasut nak same saiz almari baju.

> lancer blue colour satu. bile dah keje lah yer. itu pun kalau gaji puluh riban satu bulan.

> rumah nak besarrrrr. tapi tak mau due tingkat. dah tua nanti sakit lutot. hahaha.

> tolong bagi aku keje yang dapat gaji puluh riban satu bulan. ahaks! layak kah?

> maintain berat badan 45kg. kenape berat badan? aku tak berat sangat... boleh panggil ringan badan tak?? ngeee...

> nak sangke baik kat semua orang... mampu ke..??!! ermmm...

> nak senyum kat manusia atas muke bumi ini. dapat buat sedekah yang paling senang. pahala... pahala... harus topup sentiase. topdown dose. eh ade ke istilah ni? hihihi...

> nak kawan dengan semua. ikut kalau baik. jangan ikut kalau jahat. tapi kawan jer...

> sayanggg semua kawan aku. love u all gaduh, gaduh gak. kawan tetap kawan. :).

*bagi aku, ikatan persahabatan tak kan pernah terputus. walaupun aku dengan kawan-kawan ade pertelingkahan, ketidakpuasan hati, iri hati, dengki, sakit hati, tercaci termaki. tak kesah la ape-ape. tu semua sementare. 

banyak sangat yang aku nak nih. lupe dah. kalau ade aku tambah lagi... hehehe

11 October 2010

ouch kegilaan melampau

maaf teman kawan sahabat handai.
entry aku kebelakangan ini amat menyakitkan hati. ouh aku sendiri dapat rase.
sorry again. tak dapat control.
aku akan berusaha untuk tidak mengulanginye lagi.
tapi tidak berjanji!
berusaha jer. hihihi
what ever la. andai ade yang sakitttt hati sangat. tak mampu nak bace dah.
dipersilakan......(*paham sendiri sudah)

aku rase aku tak mau dah condemn-condemn pihak tertentu.
aku nak pastikan, penulisan aku lepas ni
bersih... suci... murni... harum... 
uwekkk poyo!!!
sudah lah. tak de makne nye. bile hati dah panasss
semua tu kene tolak tepi.
ape yang terbuku, harus di tampalkan dalam blog ni.

tolong la aku. supaya dapat sikit jage mulut puaka ni. derhaka sangat.
ni sebab banyak cakap sangat la jadi macam ni.
aish!!!
muhasabah...

*******************

untuk entry lepas, aku nak ucapkan terima kasih kepada insan yang telah memperkenalkan aku kepada kkdk.  kalau tak join, aku tak kan jadi macam sekarang ni.
maksud aku, faedah yang aku peroleh la...

aku tau, kegiatan seni tak bawa kite ke mane, melainkan betul-betul serius.
ok aku mengaku. terlalu lepas aku berkate-kate.
i love kkdk too!!!
so much... the whole club... all the members inside... all the person involved...
-----------------------------------
bagi aku tak de permusuhan dalam persahabatan...
persahabatan tiada penghujung nye...(special case. hakhak)

jangan pilih kasih

uish. aku duk selalu citer pasal kelab budaya kat sekolah jer kan?! ape salahnye, hari ni aku nak story pulak sal kelab yang aku join kat UTM ni sejak tahun satu. 'kelab kaunseling dan kerjaya' (KKDK). erm walaupun hanye setahun jagung dalam kelab ni, banyak bende yang aku dapat sebenarnye. macam-macam aku belajar gak. cume yang berbeza hanye lah masa penglibatan dan bidang nye.

kelab budaya kat sekolah dulu, lebih kepada kesenian dan hiburan. lebih enjoy la senang kate. kkdk pulak lebih kepada perkhidmatan. percuma maybe. ops. bukan ape, memang betul pun. hahaha.

terus terang lah yer. mane-mane show aku join sejak 2004 dulu, ade income. really sorry to say. kkdk sekarang macam lebih aktiviti suke rela. hahaha. what ever lah. yang penting aku dapat belajar something. komunikasi bertambah baik sejak join kkdk. kalau dulu, malu-malu. cikgu jer yang selalu uruskan kitorang. cikgu kene stay sampai kitorang habis show. tapi sekarang tak lagi. bile masing-masing dah besar. dah boleh buat sendiri. pas cikgu hantar kitorang, cikgu blah. kitorang jer lah sendiri deal dengan tuan rumah. cikgu datang bile kitorang call nanti, itu pun sebab nak kene angkut barang-barang.

itu lah sedikit sebanyak faedah yang aku dapat daripada kkdk buat mase ni. nak kate erat silaturrahim ke, kerjasame ke, tuh sume dah rase dari awal lagi. jadi, macam tak berape heran. cume aku tekankan, komunikasi semakin baik.

lagi satu, dalam kkdk, tiap program ade sijil. kan?! tuh yang best. segala jawatan dapat pegang. dapat rase buat itu ini. dalam kelab budaya ni pulak, dapat sijilnye nunnnn....hujung tahun kitorang form 5 hari tu. huhu.

sebab dalam kelab budaya ni, walaupun aktiviti kumpulan lain, contohnye, budak tarian ade show or pertandingan, kami ni budak caklempong ke, gamelan ke, kompang ke. mesti ade same-same nak tolong. tak kesah lah keje banyak ke tidak. contohnye, iron baju ke. siapkan barang ke. ade tu yang tukang mekap. yang tak tolong ape-ape pun buleh duk menyibuk sekali. hihihi.

itu lah yang best. walaupun tarian je yang ade show, cikgu panggil satu kelab. "siape nak ikut?" hah! siape ade kenderaan sendiri boleh pegi jugak. owh. tak de pilih kasih punye.

budak yang buat hal pun, pas kene basuh cukup-cukup dengan cikgu, mai join kelab balik. no hal lah. small matter. malas nak ambik kisah. pandai-pandai pikir. kalau rase dah penat, boleh kuar kelab any time. kalau terase bosan duk rumah, nak join balik. sile kan masuk ke studio kembali...

kenangan yang tak kan pernah lupe.
ok aku tak sabar-sabar tunggu hujung sem ni. cepat lah. nak serah jawatan dah ni. hahaha. aku nak bagi surat-surat yang aku simpan bertimbun dulu, aku dah sedekah kat penyangak. soft copy pun kene sebat sekali. aish. ape nak bagi ni kat budak-budak baru??! senarai name je lah ade... huhuhu...

ok syida dah marah... tadaaa... got to go

caklempong in my heart

hot. hot. hot. korang tau? aku tau? heh thanks syida bagi tau. any way aku tak kesah langsung. tak terkesan lah kat hati ni. tak de mase nak layan. 
aku bajet sampai-sampai rumah nak berblog pasal aku bercaklempong tadi. dapat-dapat mesej hottttt punye. argh. kacau! abeh idea. 
orang matang tak berbalas kat wall FB. memang saje bagi sume bace. orang matang tak de gaduh-gaduh sikit mintak clash. nanti kawen, gaduh sikit mintak cerai. thumbs up!!

mood : panas giler

ops sorry. memang aku tak sayang mulut. arghh. 'kerana mulut badan binasa'

ok cukup sampai di sini. masing-masing ade khilaf sendiri. im sorry...
*p/s untuk my rumate : aku balik nanti, tutup citer. aku tak mau dengar!

*************************

hah. naikkan mood anda kembali. tok sah pikir bende2 remeh ni. chilllllll. hehehe.
hari ni aku main caklempong lagi. sudah lame tak mengetok. argh lepas geram. memang sampai satu tahap main kaw-kaw punye. almaklumlah main dalam kampung aku jer. of kos lah tetamu yang datang :
"eh tu ipah ha."
malu lah I makcik pakcik tegur. hehehe. ade tu pulak :
"eh kau ruponyo. ingatkan sapo tadi?!"
yo lah makcik. den la ni ha. huhu. kekadang tuh :
"tu ha yang main, anak jiran saye tuh."
argh bangge giler. budak-budak yang lain, yang aku rase mereka jeles. hahaha. mule lah berkate :
"hah semua nak tegur! tu mak cik tu tak nak tegur lak!"

memang enjoy main. time nyanyi, sume nyanyi. baru lah happening. cume kitorang ni tak belajar lagi lagu-lagu baru. ni semua lagu-lagu season. dari sekolah sampai la sekarang. hahaha. siape-siape yang follow kami dari awal, bosanlah gamaknye. sori lah yer. kat UTM ni takde caklempong. gamelan ade lah. tak dan nak praktis.

hah part paling aku suke. lagu rancak. joget burung nuri. sebab ape? sebabbbbb... lagu ni kami kene ikut gendang. kirenye budak-budak gendang yang control. penat siottt. selagi diorang tak behenti, kami tak leh behenti. giler! lagu ni hujung ke pangkal kot kene gune. dapat pulak budak gendang yang suke menyetan ni. memang aku sumpah seranah la diorang ni. hahaha. siape yang duk dekat ngan aku memang aku cucuk-cucuk ngan mallet. gerammm!!! hihi tapi ini ade lah cara-cara nak begembire. time tu lah kami akan gelak berdekah-dekah.. hakhakhak.. lantak la orang lain tengok. ape pandang-pandang?! suke hati lah. kami yang main. ngeh..ngeh..ngeh..

------------------------------
entry yang sangattttt panjang. kalau bosan, sile klik X ok! tak marah punye. tak kan aku sound kat FB lah. dont worry. hikhikhik. terasa ke?! kau... boleh blah!
ok sambung-sambung. nak story sikit penglibatan aku dalam ketok-mengetok ni.
semuanye bermula tahun 2004... 
cikgu effendi datang kelas ke kelas. mencari-cari siape yang berminat untuk join pasukan cak lempong sekolah. set baru beli. kire macam perintis lah ni. hehehe. riban-riban kot satu set. jauh lak tu beli. pure from indon k!
aku satu kelas beberape orang offer kan diri. bagi name. sabtu pagi, sifu datang. hah?!
alamak. terpilih ke? ceh.. ceh.. ceh..
semua terpilih kot. datang uji bakat berape kerat je. cume kitorang dapat position lain-lain la. aku ni dulu bukan main player. orang belakang je. kire macam dalam alat moden, main bass. hahaha. kene ketok 8 bonang(saua/suwo/tingkah) jer. yang main player, gune 16 bonang(gereteh) pulak.
gereteh
suwo/tingkah









aku pun main memang sangat bersungguh-sungguh. bukan aku je. semua. almaklumlah benda baru. datang latihan petang hari selasa sampai jumaat. sabtu ahad pagi pulak. time cuti tak kire lagi. owh memang sangat semangat. thats why I love this sooo much. bukan semua yang aku join dapat bagi commitment sampai macam ni. even dalam U skang. sorry. itu yang aku nampak dan rase.

main player time tuh ade tiga. main gilir-gilir. aku takde tukar dengan sape-sape. aku pulak jenis cepat dapat. belajar je lagu baru, aku tengok dari belakang. time free jer, aku try main gereteh. terer! hahaha.
tak lame pas tu, sorang main player pindah. tapi dalam hati aku, belum ade can lagi. ok tak pe. aku blaja je dulu. even dalam show aku tak perform. at least aku tau sikit-sikit.
sampai lagi satu mase, sorang lagi out. mak die kate, sebab nak PMR. oh my god. mule-mule marah lah. alasan tak leh di terima. but here my chance is coming. lantak la PMR ke ape. blaja tetap blaja. enjoy... enjoy gak.
ok my turn. aku start perform. panggil lagi budak-budak baru. ganti mane-mane yang kosong. sebab aku dah ke depan. at the same time, lagi sorang ke depan, blaja gereteh gak. in case kalau salah sorang main player tak de, ade lah pengganti. kalau yang gereteh main sorang-sorang, tak hidup lah.

dalam penglibatan aku sepanjang hampir 7 tahun ni. banyak jenis pesembahan kitorang join. paling banyak untuk orang kawen la. majlis formal tak formal pun ade. macam-macam la. ade tuh, jamuan ape entah. kat JW marriott hotel, putrajaya. 5star ok! sekali dengan budak tarian. what ever lah. dapat bilik persalinan satu laki satu pempuan. dapat la merase duk bilik mewah gitu. ini baru cak lempong. kalau nak citer bab tarian sekolah aku, asia level weyh. caklempong belum sampai lagi. huhu.


one more. ini jam lah dapat pakai baju vogue-vogue gitu. nak pakai pelik-pelik g jalan sorang-sorang for sure malu kan?! ini time lah nak melaram sakan. erggg tapi aku paling tak suke mekap. macam-macam taktik la aku gune nak elak mekap. sebab dulu selalu show memang ramai. boleh la lari-lari. tapi sekarang, jangan harap. memang kene calit punye. ouch... saba je lah.

itu sebab, aku suke sangat join caklempong ni. tahun depan, ade perasmian dewan sekolah. cikgu panggil kalau nak perform. wait and see la. 

ok diba ambek ni. bukan untuk kau la. untuk KKDK.
berbaloi kan?!
untuk itu, harap dapat bayangkan betapa aku mencintai kelab ni berbanding kelab-kelab yang lain. bukan nak pilih kasih. tapi memang ini kenyataan. kalau korang jugak ade kelab kat sekolah yang sampai sekarang korang join, mesti same macam aku jugak. berbeza kan 7 tahun dan 2 tahun?

untuk ape aku post entry ni?? supaye siape-siape yang tak puas hati sebab aku selalu pilih untuk join show sekolah berbanding program kelab U bile ade program berkongsi tarikh yang same.

cukup lah. aku dah penat. rasenye korang tak bace habis pun kan?!
ifah suke gelak jahat. hahaha

09 October 2010

bile idea sudah mai...

huh pagi-pagi bute suda online maa. biaselah. bile idea datang, harus terus taip je. nanti kang lupe. langsung tak payah. normal lah aku yer. bende first bukak adelah Facebook. scroll... scroll.. dan scroll lagi.. i found this!



kalau dah name budak utm IC, confirm kenal! siape kah gerangan yang buat agak-agak nye nih? tak kan die betul-betul buat lak. musykil-musykil. ish.. ish.. ish.. korang leh klik sini kalau nak sangat tengok. hahaha. mule-mule gelak gak. tapi, kesian kat die. eyh korang pandai-pandai kate die comedian kat utm ni. sampai hati. lantak die lah nak buat ape pun. bukan die kacau hidup kome. dah die memang macam tu. nak buat macam mane kan?! tapi kalau betul FB group ni die yang punye...? jeng... jeng... jeng... hakhakhak.
no comment lah wey...

caklempong always

ish ape lah mak cik ni panggil aku fifa dalam FB. mak cik ooii. ifah laa. kalau ifa pun boleh terima lagi kot. ni fifa pegi nye. arggghhh tak suke.. tak suke.. tak nak approve mak cik! heh dah lah anaknye pun ade dalam FB. tak dapat nak menyetan lebeh-lebeh. huhu. dah lah mulut kepoh. aish!!! semak... semak... esok balik kampung kalau jumpe mak cik ni... :
"owh ye ke mak cik ade add?! saye dah lame tak online FB."
kahkahkah. die bukan tau pun kan aku online ke tidak.

jauh benor lari nye name aku ni
setahu aku lah kan, fifa bukan pasal bola ker? fifa world cup kan?! erm. redha je lah...

-------------------------------






ok! yang sebenar-benarnye, nak bagi tau pasal esok luse ni. I ade show u know! cak lempong la... pe lagi.. ahha. orang kawen... 
10.10.10
huh! tarikh keramat. memang ramai kot pilih tarikh ni. pas tu letak hantaran pun RM 10,101.01.
hah lebih kureng gitu lah kan. akak aku plak kalau ade jodoh insyaALLAH tahun depan. nak buat 9.10.11. ok tak? tarikh lawa gak tuh. mintak-mintak jadi lah yer. amin...

macam ni lah cak lempong tau. depan tuh jurulatih aku
ni lari tajuk dah. tettttt!
ahad ni gue ade show meh. rumah orang kawen. main cak lempong. ketok-ketok tiga jam = RM50. ade sape-sape nak bagi? aku pun main nak have fun jer. bukan pikir untung pun. lagi satu, saje nak beronok-ronok ngan membe sekolah. bukan selalu dapat jumpe kan. at least dapat hilang tension.

lame seyh join grup kebudayaan skolah aku ni. nak masuk tujuh tahun kot. sayang giler nak tinggalkan. ape-ape hal grup ni mesti diutamakan. tak leh nak bincang-bincang dah. 'semuja dance theatre'.
tapi terkilan gak, ape ke hal lah 'dance' je ade? cube letak 'semuja dance ketuk-ketuk theatre'. hahaha. sudah la. asalkan aku dapat main. tolak tepi semua tu.

touching gamba tak de nih... sob..sob
aku tau. memang ramai pandang serong kat budak-budak kelab budaya ni. aku kat dalam aku tau lah kan. memang betul kelab budaya ade nye budak-budak yang ter'over' sosial nye. cikgu sekolah memang aim kat kami. erm lantak lah kome. aku enjoy je. tapi lek ar kan. kalau dah baik(ahaks!! orang lain tak puji) macam aku ni, kawan ngan budak jahat macam mane pon. tak kan tepengaruh lah. yang mudah tepengaruh tu tak pandai jage diri. lupe daratan! macam bagus! uwekk! boleh blah!

tapi serius best bile join kelab ni. dapat bejalan sane-sini. heaven la jugak. budak lain mane dapat. sori lah. bye-bye jer.
lagi satu nak citer bab study. ade mase-mase show atau petandingan, selalu gak nak dekat-dekat test or final. kitorang rilek je boleh skor. budak-budak yang haram nak join ape-ape kat skolah lagi teruk. tak heran lah kalau mane yang aktif, tak leh nak skor kan. orang kate, ade alasan lah gak. ni yang duk study hari-hari. ngadap buku jer pagi petang siang malam. markah ciput. huh! memang kene gelak tebarai-barai ngan aku. bukan nak belagak bai. tapi macam poyo giler studyyyyyy jer. takde mase tuk benda lain. ish tulun lah. open your mind please. 

bile masuk U, aku perasan perbezaan homo-homo sapien yang aktif dan tidak dalam berpesatuan, lain cara komunikasi. yang aktif, agak kurang malu nak betegur sape atau bekawan dengan budak-budak kos lain. hahaha. ngaku tak? kalau yang jenis tak aktif, almaklumlah, dalam kelas jumpe orang same. roomate pun class mate. bile mase nye nak join budak kos lain. bile kite aktif berkelab, kan gabung je mane-mane kos. baru lah jumpe macam-macam kawan. tak de lah boring. kalau gaduh ngan classmate, nanti senang. leh cari dak kos lain. kan?! hihihi. tak de lah duk sorang-sorang...



08 October 2010

tak jadi lah

huhu ape yang tak jadi pulak ni??

tu lah... pasal nak sangat cucuk langit malam tadi kan. sheikh muzafar call semalam. die suh cancel. hakhak. poyo!
abang aku lah kate tak jadi. ape hal nye entah. tak kisah lah. hikmah nye, aku boleh study dengan tenang hari ni, untuk test elektronik II. kalau aku kuar malam tadi, confirm teringat watak-watak dalam magika kan?! huhu what ever lah. so, tak leh nak ngarut panjang lebar tinggi luas isipadu. daaaaa

*bile lah nak p wayang ni??!!

07 October 2010

jom cucuk langit

aku nak ikut sheikh muzafar naik space shuttle bawak lembing sampai atas aku nak cucuk langit... hakhak. ade lak macam tu eyh. tipu jer tuh. ni istilah bagi kaki clubbing kot. sape-sape yang suke tekinje-kinje, for sure tau istilah ni kan?! so, aku tau... aku pun kaki pub ke?? hahaha. no.. no.. sejahat aku tidak sampai ke tahap itu. tetibe lak nak citer pasal ni.

sebab aku teringat pasal orang kampung duk tanya :
"eh anak-anak bapak(gelaran abah aku la) duk kat KL tuh mesti selalu keluar kan?! diorang pegi ke enjoy sane sini tuh?"


hello mak cik pak cik ketua kampung bagai. ingat orang duk KL ni sume jahat-jahat belaka? sume nye sosial tak betempat ke? tolong sikittt... hikhikhik. over pulak. yelah, ape lah dalam otak diorang tu kan. pikir. owh... ni budak duk KL. mesti buat tuh buat nih. bende-bende tak baik je diorang pikir. cube tukar sikit pemikiran tuh. buat anjakan paradigma sikit. masih ade lagi insan-insan baik hati mulia kat KL ni. macam aku ni ke?!(tettttt!!! hahaha) takde lah.
mudah sangat pikir yang bukan-bukan. kadang-kadang tuh kan. sorry to say lah. orang kampung yang datang KL ni lagi meleTOPPP. tak betempat lak tu. bajet orang kampung sume baik lah. cit! boleh blah... tak sume macam tu. tau sangat dah.
entah lah. skang dah takde beza. orang kampung ke. bandar ke. sume dah same je skang ni. hati budi je lain.


nak dijadikan citer. sebab geram dengan statement orang kampung aku ni kan. ade one night tu. aku ajak abang aku :
"eri, jom pegi club malam ni."
kalau nak sangat boleh je kami pegi. jalan kaki dari rumah. ape ade hal!
abang aku pun :
"jom lah. pe lagi?! mak, boleh tak mak?"
mak aku dengan spoting nye :
"hah pegi lah."

hahaha. selisih malaikat 44. tolong sikit. ini adelah sekadar perbualan nak buang mase. gile aper nak pegi club. nak kene cekup boleh la. tapi kalau kene cekup boleh tahan lagi. tuh yang kat ATAS tu. kau nak sorok mane? setakat lampu lip lap disco tuh, jangan harap la dapat silaukan mate ALLAH. huhuhu.









ok lah. aku penat taip. kome nanti pun penat nak bace FULLSTOP

06 October 2010

welcome so much

maaf, entry kali ini mungkin terlalu open. bakal menyakitkan hati sesiapa yang memang tengah sakit. dan akan memporakperandakan silaturrahim sesame insan. cewah!!!

dimulakan dengan basmallah. harap anda tekun dan betul-betul memahami isi kandungan entry kali ini. bagi siapa-siapa yang tak tahu, sile klik sini untuk maklumat lanjut. memandangkan blog menjadi tempat untuk meluahkan rase hati yang tidak bertepi, aku pun nak join sekali membuat komen balas. hahaha. dah gune blog kan, komen balas pun mestilah kat blog. not direct la... nak mampus??!! aku terer bab taip-taip ni jer. nak cakap depan-depan, sorry la beb.
(pe ke hal nye aku skema tak tentu pasal ni. aish!)

ok. first of all, this one special for u. ingat! entry ini merupakan daripada aku sendiri. bukan wakil mane-mane pihak. so, jangan blame orang lain. marahlah aku jer. ngeh.. ngeh.. ngeh.. (ade aku kisah?! hahaha)

suke tak? nak macam ni ke?
maaf atas kejadian yang tak tesangka malam tu. ini semua untuk celebrate your besday ok! nak beli kek, mahal. so beli lah tepung ngan telur je. kire macam beli ingredients je lah. tak sempat nak bancuh. hahaha. please laugh ok! not muncung-muncung gitu.
tambah ni plak

ni yang mampu

nape ni? I thought you are just OK with this. why nak tarik-tarik muke depan kami? or kau nak kene kan kami balik? erm. ~waiting~ sampai bile?

kau sakit hati kan dengan ape yang kitorang buat. aku tau. tapi... kau penah join time kene kan *** dulu. nape tak terus terang je. IKA. kan senang. nape perlu star-star jadah tu? 
tapi time tu, kau fikir tak ape yang ika rase? ni bukannye sebab nak balas dendam. nape dari dulu kau tak cakap "aku tak minat bende-bende ni sume". bile dah kene kat batang hidung sendiri, baru kau tau kan.
ape lah sangat baju kotor hari tu dengan susah payah kitorang ni ingat besday kau. tak kesah lah. mesti dalam hati kau kate 'tak payah susah-susah rancang untuk aku bende kejadah ni sume'. kan?! I know u. hahaha.
bahan penting!
dah lah tu. benda dah jadi. aku nak tengok kau senyum dan keluar kan macam-macam fakta AUTA kau macam dulu eyh. jangan hilang happy go lucky kau sebab benda ni sume. kire ok what! kitorang ingat gak besday kau kan. 
susah gak nak plan bende-bende ni sume. cube kau tanye master mind die. hahaha sorry aku tak tau. aku keje belakang tabir je. kalau nak video, datang la bilik. aku ade rakam dalam henset je. boleh buat kenangan. kot-kot rindu ke kat kitorang nanti. tahun depan tak tau lah dapat buat lagi ke tak?! semua dah bawak haluan memasing. kalau masih same-same pun. fikir jap !#$%^&*!#$%^&*
huhu mungkin tidak.
aku tau. setiap kawan mesti ade pasang surutnye kan. so, take time. ni pengalaman ok! amat bernilai. tak dapat kat mane-mane. try la cari kalau tak percaye. tapi kalau dah jumpe nanti, rodger aku. hahaha.

disudahi dengan alhamdulillah.

*aku sangat jahat. mulut takde insuran. tapi hati baik. (baik ke?hehehe) mintak maap sangat-sangat. I'm begging u, please......

nampak jahat nye aku. hehehe