21 February 2011

@terengganu

Assalamualaikum... Holaaa to all...

OK untuk pengetahuan semua, Sabtu lepas aku & my family went to Kuala Terengganu. Yihaaa!
Sponsored by my brother. Thank YOU!
Kami pergi berempat. Akak & angah tinggal jaga rumah. huuuuu.
So, Sabtu pagi, akak aku hantar pergi KLIA. Sampai-sampai terus check in. Then breakfast. 
10 minit sebelum waktu penerbangan, sepatutnya penumpang dah ready dalam balai berlepas. Tapi kami, sedap lagi mengunyah Nasi Lemak dua belas ringgit. MAHAL! 
Rasanya biasa jer. Sedap lagi nasi lemak kat mak cik blonde luar kolej aku. keh keh keh

At first jalan laju. Kalau masuk Olimpik dapatlah pingat kot. Tapi, tengah berlari-lari anak gitu, ada orang call abang aku,  
"Ini Encik Mohd K***** ke? Kalau encik tak sampai dalam masa 6 minit, kami tutup pintu."

HUWAAA kami semua lari lah lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Gate A7 kat hujung pulak tu. adeh!!! Mengah kot baru lepas makan...

Alhamdulillah sempat. Dah ada orang tunggu kami, tak perlu scan tiket bagai, terus masuk flight. Duduk jer, tutup pintu, flight jalan. 
Of course lah semua dalam tu tengok kami. Alaaa macam kalau kita masuk panggung kalau lambat, semua orang pandang macam nak telan. grrrrrr

Penerbangan mengambil masa selama 55minit dari KL ke KT. 
Sampai KT, kawan abang aku ambil. Bagi kereta sewa, Cik BIBA warna hitam. RM90 for one day lebih sikit.

Tak kan lah pukul 10 pagi tu nak pergi kenduri kahwin kan. So, kami pergi lah ke Bad Stone Beach. HAHAHA
Ini abah aku yang bagi nama. Cuba korang teka?!
Kat situ, kami makan COLEK. Macam-macam lah benda yang korang boleh makan macam, murtabak ayam ke, bebola ketam ke udang ke, keropok lekor.
Then, barulah pergi rumah orang kenduri kat Tok Jembal. Kawan abang aku yang kahwin. Kenduri simple jer. Sebab ni sebelah lelaki. Sebelah perempuan kat Kuala Kangsar hari tu, 2 minggu lepas.
Pelik sikit lah, kat sini makan berasingan lelaki & perempuan. huhuhu
Makan kat luar kemah, bertatang pinggannya. Abah aku pulak makan kat garaj, berdiri.

Lagi satu yang pelik, pengantin perempuan duduk dalam rumah jer. Yang lelaki kat luar layan tetamu. Pengantin perempuan duduk dalam rumah, pakai lawa-lawa, duduk sebelah mak mertua, orang masuk salam-salam, dapat duit. hehehehe... STYLE ooo...
Bila mak aku dah salam, bagi duit, ambil gambar sikit, byeee... Nak check in hotel pulak.

Hotel Mid Town.
Balik berehat, tidur, mandi.
Petang pulak pergi MYDIN. Kawan abang aku kata, situ lah tempat paling besar untuk shopping. OK fine!
Kat KL tak pernah pulak bising nak pergi mydin. huhuhu
Tak de benda sangat. Tak leh kalahkan KL la. wahahahaha. *jangan marah*

Lagi lagi lagi...
Malam tu, kawan abang aku yang lain pulak, ajak makan kat Pantai KELULUT. Macam kat Muara or Bagan Lalang lah. Seafood.
Mula-mula dengar Kelulut kan. Hah?! Kelukut? Kelutut? Lukut? Tapi Lukut kat Port Diskson. huhuhu. Macam-macam keluar.

Lepas tu, sebelum balik hotel, pergi WATERFRONT pulak. Tak buat apa pun. Ambil gambar sikit, then BLAHHH ke hotel.



Tidur lah aku dengan aman... ZZZZZzzzzzZZZZZzzzzz

Early in the morning, breakfast kat hotel. Biasalah standard hotel. Tak pedas. huuuuu. Tak selera nak tambah.
Then, pergi Pasar PAYANG. ehem ehem. Jalan kaki jer tau. Exercise pagi-pagi lepas makan. Tapi disebabkan memang lah dekat, tak berpeluh pun. huhuhu. But then, sempat lagi abah aku tahan teksi. cisss pemalas! Lepas tu, kami semua bantah. hahahaha. Kesian abah aku.

dah mandi tau! tapi malas nak iron tudung. merah & kelabu. so nice. hahaha

Jalan kat pasar Payang, belilah keropok, t-shirt, baju batik, tudung. Tapi kat sini memang banyak baju batik. Kalau tudung, aku rasa lagi happening kat Kelantan. Memang semua kedai aku pergi, baju batik jer penuh. Tengok-tengok lagi, ada lah kat hujung sudut kedai, display tudung sikit. ermmm

Dah penat menghabiskan duit, pulanglah kami ke hotel dengan menaiki BECA. ewahhh naik beca. For the first time beb! huhuhu


Kami pun siap-siap kemas barang, ready to check it out. huhu... Sebab lepas ni, nak pergi beli keropok lagi. Aiyooo mak aku macam nak buat bisnes.
Kalau korang pergi KT, cari kedai keropok lekor 008, kat Marang. Memang sedap. Berdepan dengan Hotel Aruni.

On the way pergi airport, singgah pulak kat NOOR ARFA batik. Aku pun belilah keychain & pelekat kat peti ais tu. 1 pelekat RM9. Cekik darah!



Aduh penat lah menaip ni.
Dipendekkan cerita, sampai airport terus check in, masuk balai berlepas, masuk flight, then fly awayyyyy. yuhuuu...

Tapi sebelum mendarat, nampak tak aku berlegar-legar kat atas dalam 20minit aku rasa. heeeee.
Pilot bilang cuaca enggak baik. pas tu kena Q sebelum landing. Sabar jelah. Memang aku dah siap mengucap dan ready untuk apa-apa kemungkinan.

Alhamdulillah selamat. Kalau tak, tak de lah aku update blog sekarang ni. hehehehe

Itu sahaja cerita dari Terengganu.



18 February 2011

seharian kami 3DDP

assalamualaikum. Hai you all...

hah aku agak teruja time nih. hihi sebab apa?

Sebab aku baru dapat online. opsss selama ni tak tahu pun guna ID apa nak online. Guna ID lama, server kata dah expired. Hampeh. huhu rupanya guna no matrik & IC jer. lalalala

Kan semalam aku ada cerita pasal GIRLS 3DDP nak main futsal kan. YEAHHH really happening. Aku tak tahu aku ni penat bermain? Penat menendang bola? Penat berlari? Or just penat menjerit. heeeee
Well girls memang macam tu aku rasa.

1 kelas kami actually ada 18 girls. But then semalam, kami pecah 2 group. 6 <> 6. 2 orang tak main duduk tepi. 2 orang tak turun-turun. 2 orang lagi balik rumah. Aku team 1. Tapi kalah dengan team 2, 2-4. EH entah lah aku tak ingat. huhu... Tapi yang aku ingat memang kami kalah.
Alahhh aku tak ambik gambar semalam. Biasalah sibuk kejar bola kan. kah kah kah. Jadi apa yang sempat hanyalah sebelum permainan bermula.

Di saat Syida sibuk mengira untuk pecahkan ikut team. Cuba nyanyi sikit.
"Polis entry, one two jaga, polis mati tinggal rangka."

betul tak lirik aku Syida? huhuhu

OK malam pulak kami semua keluar makan. Tak semualah. 9 orang jer. Yang lain unidentified. Dah besar kan. Pandai-pandai lah nak makan. Tak kan asek nak kena TEXT jer. Parah lah gini.

Balik daripada menjamu selera kat flat sebelah kolej kami ni, yang tengah dengan acara 1Malaysia sempena TBC aku rasa. Kami singgah pulak tepi padang. Main segala benda alah yang ada kat situ. Aku pun naik hairan kenapa tak henti-henti lagi aktif kami ni. Lepas tu, aku siap pinjam tali SKIPPING pelajar IS lagi.

"Miss, may I borrow this?"

Dia tercengang. Sebab aku just tunjuk tapi pegang apa yang aku nak pinjam. Dalam hati 'Tak leh jadi nih.'
BI pun tak faham. Aku angkat tali skipping tuh, tunjuk kat dia.

"May I borrow this?"

"Oh yes you can. Sure sure."

Ini lah pentingnya English Edukesen. Tahu? keh keh keh

Hah apa lagi. Aktiviti pun bermula...

Lompat jangan tak lompat!!! ewahhh



ini pulak nak berpoco-poco
Dah penat dah berpeluh-peluh walhal baru lepas mandi tadi, naik lah semuanya. huhuhu
Hyperactive lah semalam. BEST! Rugiiiiinya siapa yang tak de.

Kami lalu di Foyer blok A, nampak lah budak-budak KKDK tengah sibuk untuk siapkan banner Festival Maulidur Rasul 1432H, untuk perarakan jam 7 pagi esok. Mereka gabungkan 3 kelab.  

KKDK | Karisma | FOTO

Ahli kontinjen nak minimun 35. Kalau menang nombor 1, dapat RM700. Baik gabung. Lepas tu buat gempak-gempak.
GOOD LUCK!

sibukkan?
Hello, I bukan datang meninjau jer tau. I tolong.
Tolong lah sikit daripada tak de. huhuhu...

Nak dekat jam 1pagi. We gotta go. Badan, kaki semua dah sakit sakit ni.

Pagi ni pulak aku baru lepas buat SIT-UP. ceh ceh ceh...

Tegang perut oiii. Adehhh

Quote : "Kawan tidak hanya datang kepada kita apabila susah, tidak juga pergi apabila dia senang. Tapi kawan adalah orang yang setia bersama di kala susah atau senang."

Apabila sebut tentang kawan, macam-macam perkara jadi masalah. Walaupun ada persilihan pendapat, walaupun ada terguris hati dan perasaan, you'll be my friends.
FOREVER & ever...

Tahap TIDAK SUKA aku, belum pernah sampai tahap BENCI.

17 February 2011

Jom Futsal!!!

hai assalamualaikum...

Korang dah baca KOSMO hari ni? Column dunia.

"Penyu gergasi ganggu majlis perkahwinan"

Mat saleh memang. Semua nak pelik-pelik. Nak dapat nama. Sanggup buat apa jer kan?!
Nak kahwin dalam akuarium besar. Sah-sah lah dalam tuh segala macam ada. Nasib baik penyu jer. Buatnya jerung datang. GRRRRR belum sempat sarung cincin, jari dah hilang. huhuhu...

Hah lepas ni, kita nak buat majlis kahwin kat mana yer? Cuba cari tempat pelik-pelik sikit.

Naik kereta kuda, dah ada orang buat.
Naik beca pun dah ada.
Dalam banjir pun ada. hihihi...
Pengantin drive sendiri ada.
Dalam train ada jugak.

Fuhhh(ala-ala awal ashaari)

Aku tak terfikir lagi tempat-tempat pelik nak buat majlis time aku kahwin nanti.

You all macam mana? Kalau dah pelik sangat, nanti boleh masuk Malaysia Book of Records nak? hehehe

Oklah. Apa ke halnya aku cerita pasal kahwin ni. Macam nak kahwin bulan depan jer. toink!

-------------------------------

Ok berbalik cerita pasal aku jer. hahaha

Hah kalau korang nak tau, hari ni kami, semua warga tiga DDP seksyen sebelas, ingin bermain Futsal.

ehem ehem. Perempuan sahaja yer. Harap maklum.

Kalau ada penyamaran seperti memakai tudung dan sebagainya. Kami boleh detect!!!

LALALALALA

15 February 2011

kau lah ni... eh aku ke... eh kau lahhh

assalamualaikum and very good morning to ALL.

hola I update lagi. You know why??? hehehe guess guess guess...


Ini sebab aku kat rumah lah. WiFi macam light speed(ye ke?). heee. Tapi rasa masih tak cukup. Lagi laju ada tak?

Ada. Ada.

"Mak, jom tukar UniFi. Barulah canggih manggih."




Dalam sedar tak sedar, apabila kita berkata/bercakap/ber-ngumpat/berseloroh tentang seseorang, kita actually berkata-kata tentang diri kita sendiri.

Ini bukan pendapat aku tahu. Ini aku petik daripada beberapa artikel yang aku baca. And make sense. *Kantoi*

Eleh mengaku je lah. Buat apa nak malu kan?! Orang yang berani mengaku kesalahan ialah seorang yang berani. YEAYHHH!

Baru aku sedar, betapa susahnya untuk mengawal diri daripada tak berkata pasal orang lain. AISHHH.

Dah namanya pun manusia. Kau baik sangat ke? cisss macam HAReMMM...

Perubahan mengambil masa yang lama. Slow slow. Janganlah buat perubahan mendadak.

ZUPPPPP!!!

Oh mak kau!!! Terkejut orang nanti.

Inilah gunanya muhasabah diri. Sebelum tidur, kita digalakkan memaafkan orang lain. sob sob sob...
Fikir apa yang telah dilakukan sepanjang hari. Baik buruk nya. Effectnya.
Dan jangan lupa untuk merancang keesokan hari pulak. Tak de lah bangun bangun tidur muka blank.

Oh sudah sudah sudah...
Siapa yang kenal aku, pasti meluat membaca entry ini. hahaha...
Kau fikir aku sebaik ini?!

HEH. Buang cepat-cepat fikiran sebegitu. Kerana entry ini khas untuk aku.

Iyer... Sebab aku ni memang suka menyesal lepas buat. Tak nak berfikir sebelum bertindak.

OK. Akan cuba merubah diri slow slow... Please follow me...

dan

dan

dan

Korang jangan ingat korang tu dah baik sangat. hihihi... Muka memang nampak baik. Tapi hati belum tahu.

Jangan selalu terperasan. Ish aku ni lagi baik daripada dia. Dia tu macam &%^$#$@$%...

Tengok balik ayat kat atas.

Kalau kita cakap pasal orang, maknanya kita cakap pasal diri sendiri.

FEHEM tum???

apa beza downtown & uptown?

hai hai assalamualaikum.

SALAM MAULIDUR RASUL

aku dan 2 abang aku dan sorang lagi kawan dia, pergi downtown cheras.
dalam kereta, lepas ambik aku kat kolej, sebelum sampai downtown. kami duk argue pasal perbezaan downtown dengan uptown. hehehe...

tanpa buang masa lagi, aku pun mengeluarkan segala fakta yang sesedap rasa aku petik dari mana. huhuhu...

aku bagi satu contoh. uptown danau kota. HAPPENING! fuhhh
tapi maybe time aku pergi tuh, bulan puasa. nak dekat raya. memang sesak. argghhh tak sanggup. lepas tuh aku taubat tak nak pergi.

then aku bagi kesimpulan, sebab nama pun dah UPtown. jadi semua benda harus yang UP UP sahaja. hahaha. whatever.

lepas tuh, bila pergi downtown cheras tadi. alaaahaiii. lengang! macam pergi pasar malam kat kampung aku jer. huhuhu...

jangan marah yer, orang orang cheras...

nak cari itu ini tak jumpa. tak de stok lagi lah. satu gerai jer yang ada barang yang abang aku cari. nak tak nak, ambik jugak lah. tak de pilihan lain...

untuk itu, aku jumpa satu lagi kesimpulan. kalau dah nama DOWNtown, barang barang pun belum UP-to-date lagi lah. keh keh keh...

14 February 2011

aku kedekut. so what?

assalamualaikum... hai hola semua...
kabare today??

hah hari ni plan nak tengok teater. dengan member seangkatan kat U ni. apa barang tak pergi IB kan? dekat jer... wat malu jer nanti orang tanya. huhu

harga tiket daripada RM30 hinggalah ratus-ratus. untuk kesedaran diri sebagai seorang pelajar yang berhemah dalam berbelanja, kita pilih yang paling murah ok! hahaha... janji dapat masuk IB...

ok hari ni sebenarnya nak update pasal aku jer. huhuhu tak mahu skema... (boleh ke?)

aku nak bagitau sikit lah. aku bukan nak kedekut tak tentu pasal yer. ni lah tuduhan budak-budak time sekolah dulu. sob sob. sedih. selalu kata aku kedekut ilmu. tiap kali aku ajar, diorang kata tak paham. last last aku malas nak ajar, kata kedekut ilmu. cesss. jahat!

lagi satu, sesiapa nak pinjam barang-barang aku, ambik lah. pinjam lah. tapi jaga lah baik baik. barang orang kan. ada kadang kadang tuh, aku bagi terus... hehehe sebab apa? 
sebab murah... 

tak pun, kalau asek nak pinjam pinjam pinjam... baik ambik jer. pegang dulu. jaga elok elok. kalau rasa memang dah tak nak guna lagi, baru pulangkan ok!

tapi, kalau barang barang yang agak mahal, yang bagi fikiran korang aku pun nak guna, pinjam kejap, then bagi lah balik. sebab aku belum keluarkan istilah, "I beli ni untuk U". hihihi sorry yer. straight to the point.



lagi, kalau aku bagi barang barang aku macam baju ke kasut ke seluar ke apa apa yang untuk dipakai. dont worry my dear. semua tuh masih elok lagi. yang aku baru pakai 2 3 kali. tak pun yang memang aku tak pakai pakai lepas beli.  
mana yang dah berkurun dalam almari atau yang aku dah pakai selalu, walaupun still elok. aku tak bagi punya. even kat sedara aku sendiri pun aku tak bagi.

then, kalau ada barang barang yang aku tak simpan dalam tempat tertutup, dipersilakan untuk digunakan. tapi, lepas guna letak balik. hehehe. buat macam mana aku buat. yaaa 100% same. wahahaha. tak de lah. at least jangan nampak serabut.

contoh lah, macam sejadah kan. aku lipat macam mana. aku sangkut macam mana. yang ni kat luar ke. kat dalam ke. bila nak solat tuh, sejadah tu mengadap sini ke. mengadap sana ke.

contohnya, dulu lah kan. ok aku tak kisah kalau nak guna, guna lah. aku lipat telekong punyalah elok. sampai dia guna, gitu gini gitu gini, sangkut kat almari.

pergghhhh mendidih.

kalau ada barang barang yang telah aku rosakkan. sila bagi tahu. aku boleh ganti. dont talk talk back. 
hahaaha....

kalau ada duit yang belum aku ganti, tolong bagi tau jugak. nanti apa aku nak jawab kat akhirat.

kalau ada hutang budi yang belum dijelaskan, pun boleh bagi tau. kalau termampu, boleh repay. 

duit pun sama. sebab ada lebih, aku pun bagilah pinjam kat sorang ni. dia kata tak de duit nak makan. nak bayar itu ini. nak dekat setahun dah. tak inform apa apa pun. rasa nak call tanya, tapi kesian pulak. baru dapat inform tadi, hilang beg pulak. tak de duit nak makan. kalau kau baca blog aku ni, please text me. sebab duit belanja mak abah aku bagi, bukan untuk kawan kawan. heeeee... aku pun perlu duit. faham tom?

oleh sebab itu, aku pun kurang suka nak pinjam barang orang. huhuhu sebab syarat syarat aku sendiri, aku jadi takut nak pinjam. buatnya korang lagi teliti serta terperinci. aduh!

*kalau cardigan, ada ke yang sanggup bagi terus???

arrggghhh! ini cerita lama. huhuhu

13 February 2011

I'll follow you

Assalamualaikum. Hai semua. Peace! hehehe
Hari ini aku sangat gumbira. Sebab dah balik rumah. Rumah yooo. Siapa tak suka balik rumah habaq mai kat aku.

Heh memang ada sebab musabab kenapa aku teruja sangat sebab dapat balik rumah malam tadi. Walhal tiap minggu aku balik rumah, biasa jer. Aku geram dengan sedara aku kat Bukit Beruntung ni.
Oh lupa nak bagi tau. Jumaat malam Sabtu, lepas makan kat Bagan Lalang, kami satu kereta menuju ke BB.

Sedara aku ni(lelaki), dah ngantuk. So, dengan baik hati aku offer lah untuk drive. Dari BG ke Dengkil. Then, dia drive sampai USJ jer ok. Then aku drive lagi sampai BB.
Masuk-masuk tol BB, adalah signboard Genting Highlands. Lepas tu dia duk belakang tetiba bangun, dengan suara yang memang macam haram. Sound-sound pulak.

"Eh ko ni nak pergi GH ni. Ko masuk tol mane nih?"

Rasa macam nak PANGGG jer muka.

Aku dah cakap awal-awal, aku tak tahu jalan kat BB. Memang aku terus-terusan bertanya lah. Sampai simpang aku tanya. Ada simpang lagi aku tanya. Dalam kereta memang dia sorang jelah yang tau jalan. Yang 3 lagi, tau sikit-sikit. Lepas tu bagi salah arahan. Dah salah jalan, marah lagi. eee poyo lah. Menyampah tau tak. Ingat aku tak penat ke. Dah 2 pagi time tuh. Semua orang nak tidur. Mengenangkan kau memang kalau dah ngantuk, memang kena tidur.

Ok lah. Lantak sama kau. Lu punya hidup.

-end-

Kadang-kadang susah nak puaskan hati semua orang.
eee penatlah nak jaga hati orang. Hati kita sendiri huru hara.
Allah suruh kita sayang kat diri sendiri dulu.
Kalau tak wujud dalam hidup aku pun tak pe kot. Tak de effectnya.
Aku tak mintak pun.
Bayangkan macam mana nak terima sesuatu perkara/orang yang kita dah cakap awal-awal kita tak nak.
Macam mana aku telan semua tuh. Nampak aku selalu tergelak terbahak-bahak macam tak de masalah.
Macam mana nak kena pandai terima kenyataan. Sakit tau tak.

Kadang-kadang, pasal solat orang ambil ringan jer. Sedar tak sedar, bagi siapa yang sedar lah. Ada kelainan bila kita tinggal kan solat. Itu pun kalau sedar. Kalau tak sedar, ermmm no comment. Antara kita dengan Allah. Bila satu hari tuh hidup macam huru hara, tak payah nak salahkan orang lain dah.

Muhasabah diri sendiri. Subuh tadi bangun tak? Eh Isyak tadi lupa lah. Tertidur, penat sangat.
Dan sekarang, puas aku nak betulkan diri agar dapat bangun Subuh cepat sikit. Asyik Subuh gajah. hehehe. Paus pun pernah. Adoiii. Patutlah hati selalu tak tenteram.

Oleh itu, dengan tekad nya, aku mengambil keputusan, huhuhu, untuk puaskan hati sendiri dulu.

Kau nak cakap apa, cakap lah.

Ada aku kesahhh?!!!

10 February 2011

itu dia KKDK

Alhamdulillah. Selesai sudah Annual General Meeting'10 Kelab Kaunseling dan Kerjaya, yang telah ditukar kepada GRAND.

Berlangsung di Dewan Jumaah, UTM ic pada 9 Februari jam >8.00malam.

TAHNIAH kepada kepimpinan baru. semoga akan terus membawa kelab Ke Arah Kecemerlangan Bersama.

Aku harap kepimpinan baru akan menjadi lebih baik daripada kami. Please... Lebih baik... Lebih bagus daripada yang sebelum ini. Tak malu untuk aku mengaku selama bawah pimpinan kami, agak kurang baik dan tidak seharusnya dipuji melangit.

Jawatan aku secara rasmi diserahkan kepada Norida Zakaria. Cuma nama ditukar Setiausaha 2 -> Setiausaha Sulit.
Harapan supaya dia menjadi lebih baik daripada aku dengan gandingan Farhana Eusoff.

Good luck dear! You can do it!!!

Banyak perkara yang aku belajar selama lebih setahun berkecimpung dalam KKDK. Terima kasih kepada sesiapa yang tidak perlu disebutkan nama satu persatu, kerana memperkenalkan aku kepada kelab ini. sob sob...

kejadahnya ayat aku NERD nih

Whatever lah. Tapi satu yang aku sesalkan. Aku tak perform sehabis baik sebagai Majlis Tertinggi kelab sesi 10/11.

Kenapa aku tak bersemangat seperti aku sebagai Timbalan Exco dulu?

- konflik dalaman yang aku tak pernah dapat selesaikan hinggalah lepas segala-galanya malam tadi.
- tidak dapat sesuatu yang terlalu amat sangat aku harapkan.
- dan pelbagai lagi...

gila apa nak story kat you all... nak mampus??!!

HA HA HA HA

Oleh itu, pesan pada pimpinan yang baru. Don't be like me! ok
Nanti korang menyesal. Percayalah... hu hu hu...

- terima jawatan yang diberi dengan sebaik mungkin.
- betulkan niat dalam melaksanakan sesuatu kerja.
- harus pandai terima kenyataan.

ececece. nasihat orang pandai, tapi aku??!!

tu lah pasal. Aku tak nak korang jadi macam aku faham?!

08 February 2011

matematik dan aku

assalamualaikum. hai hari ni aku rasa rajin pulak nak update blog. hi hi hi...
first of all, tahniah kat cik sofieAZAWA kerana menang hadiah kasut sebab buat entry pasal kasut lah. hu hu hu...
tapi aku tengok, kasut kat YMS tu... fuhhh! tinggi giler... tak pe lah sofie. mungkin anda memerlukannya untuk berada setaraf dengan kawan-kawan kamu nih. heeeee...

aku baru sudah mengisi UPU. heh 4 pilihan. 2 UTM, 2 UM.

kenapa UTM?
sebab aku anak kandung UTM...(dalam lirik lagu tau). then, ada satu kos yang memang ada kaitan.
KEJURUTERAAN ELEKTRIK TELEKOMUNIKASI.
lagi satu aku mohon Matematik Industri. tapi 4th choice.

dan kenapa pulak UM?
hah aku harap anggapan aku betul lah yer. UM ada cawangan tak? kalau tak de, harap jugak lah dapat. naik LRT, satu stesen jer dari rumah. he he he... emak & abang aku pergi kerja kat TM Jln Pantai Bharu, lalu UM tau. wuuuuu tak perlu duduk hostel.
lagi pun, kat UM aku mohon kos STATISTIK & MATEMATIK. 2 ni untuk 2nd & 3rd choices respectively.

aku ni memang hebat(POYO!) bab mengira. aku suka sangat kira-kira. tapi AWAS! he he he... (3DDP pasti tau ayat ni).
jangan sampai jadi GILA!!!

nak belagak sikit lah yer. DUSH!!!

sepanjang hidup, sepanjang 11 tahun kat sekolah, 2 kali jer aku pernah dapat B dalam Matematik. masa Form 2 & Form 4. yang lain semua... ehem ehem... faham-faham sudah... Add math langsung tak pernah dapat B. AAAAAA jer memanjang. kah kah kah

time sekolah rendah lagi best. bila cikgu nak bagi result, cikgu suka susun ikut markah. daripada rendah hingga yang paling tinggi.

Ali...bla bla... Minah... bla bla... Chong... bla bla... bla bla...

OK! siapa yang belum dapat kertas lagi???

dengan bangga, aku angkat tangan. he he he...

time darjah 6, cikgu panggil dalam tak silap aku 3 orang daripada kelas aku, untuk buat skema jawapan ujian-ujian sebelum UPSR. pergghhh rasa hebat sangat. hahaha... kira kami macam jadi panel pulak. pas tu semak antara kami, kalau ada perbezaan, baru bincang dengan cikgu.

ada sekali tu, cikgu semak ujian ikut SEJIBIK jawapan aku. bila semak balik dalam kelas ramai-ramai, ada 2 jawapan yang salah.
argghhh malunya. kalau cikgu senyap-senyap tak pe. ni siap bagitau lagi...

"oh, ni saya ikut jawapan Norifah. tak pe lah. nanti datang depan tukar markah."

SPOIL betul

bila sampai sekolah menengah, tension sikit. pesaing aku hebat-hebat belaka. aku kena lagi sungguh-sungguh, sebab pelajar Cina memang SUPERB!
tapi aku still study smart. aku tak pernah nak study hard. itu menyeksakan bagi aku.

kalau nak buat, sila kan. kalau belum rasa nak buat, tinggalkan dulu. kalau tak nak buat terus pun tak pe. padan muka kalau FAIL!

memang rasa nak buat pengumuman dalam TV bila aku dapat kalahkan pelajar Cina. HA HA HA...
bukan aku tak bersaing dengan pelajar Melayu. tapi pandai-pandai lah nak cari tahap pesaing macam mana yang kita nak.

hari tu time Majlis Perasmian Dewan Karisma, SMKUJ(sekolah aku), cikgu yang bernama Liew Hui Jing(P), (dia ajar Math time form 1 & 3) jumpa aku. nak tau dia cakap apa????!!!! nak tau kan? nak tau?




"saya pasti ingat U pelajar Melayu dalam kelas Matematik dulu."

WA WA WA WA WA WA WA WA WA WA

06 February 2011

next'11 - day 3

ok. sambung lagi sambung. nak tahu hari ketiga apa yang berlaku???

hehehe aku rempit ooo. best gila ah!

oh itu jer yang aku ingat. lepas tu, aku pejam celik pejam celik, dah sampai kat kolej. taraaa!!!

hebat kan??!

semalam aku ikut abang aku pergi kuala kangsar. kawan dia mendirikan rumah dan tangga. tapi ni sebelah perempuan. kawan abang aku lelaki. so, 2 minggu lagi dari sekarang, kami pun akan berangkat ke terengganu untuk majlis sebelah lelaki.

mak aku bayar duit tiket sendiri. abang aku sendiri. abah aku, akak aku sponsor. jadi aku??!!

dalam proses... ehem ehem... ada ke yang sudi nak sponsor?

ok lah berbalik kita kepada cerita semalam yer tuan-tuan dan puan-puan...

abang aku jer drive sorang. aku duduk sebelah, konon sebagai co-pilot, bercakap jer tak henti. yelah takut abang aku ngantuk. kitorang sampai rumah lebih kurang 3.30 pagi tadi. ikutkan plan asal, nak balik kampung terus. tapi dah lambat sangat. terbatal lah hasrat. huhuhu... ni yang tengah lapar tak tentu arah. makan maggi. sob sob sob...

03 February 2011

next'11 - day 2

HAPPY CHINESE NEW YEAR!

ok sambung cerita semalam. actually cerita semalam pun tak habis lagi. huhu... tapi tak pe lah...

sabtu :
lepas breakfast, kami siap-siap untuk... untuk apa???

snorkeling lah. he he he... dah siap-siap semua. berjalan lah beramai-ramai ke pantai. lebih kurang 40 orang rasaya. RM10 seorang. ok lah kot. snorkel lagi. naik bot pergi balik. tak kisah lah. janji puas hati kan. lagi pun dah masuk dalam pakej. kitorang pergi 3H2M ni bayar RM70 jer. berbaloi memang berbaloi...

then, sampai tempat nak snorkeling. macam biasalah aku jaga barang. sob sob... tak kisah pun sebenarnya. aku tengok kawan-kawan seronok, aku pun jadi seronok! teringat time kat Lumut. aku jaga barang seorang diri. fuhhh. nak makan pun, kirim jer kat orang. memang sejak dah dapat peralatan pinjaman daripada HEM, barang-barang semua ibarat nyawa. huhuhu...




next activity > sepatutnya, aktiviti yang dirancang sekitar pekan Pangkor. tapi apakan daya, hujan sepanjang hari. so, aktiviti ditukar on the spot. semuanya dalam dewan. 

semua kumpulan dikehendaki membuat satu jawatankuasa kelab, iaitu MT dan Exco.
then, keempat-empat ketua kumpulan dipanggil untuk berbincang mengenai jawatankuasa kelab yang paling baik, mantap, kukuh dan segala yang bagus-bagus lah senang cerita.

after that, 4 ketua tersebut bentangkan kepada kami semua |peserta|AJK|Alumni| tentang jawatankuasa yang dirangka dan nyatakan tugas untuk setiap jawatan.


setelah selesai, sesi pencalonan Presiden diadakan. 6 peserta dipilih untuk menjadi calon Presiden. |Fitri|Syed|Shah|Haziq|Azizul|Ika| yang merupakan satu-satunya calon wanita.
kemudian  mereka semua membentangkan manifesto masing-masing. WOW!!! hebat. aku sendiri tak mampu buat macam tu. syabas!

then, dalam keputusan pilihan raya yang mengambil kira undi semua yang ada dalam dewan, Muhammad Khairul Fitri bin Sarimin berjaya memenangi jawatan Presiden sebanyak 25 undi. tahniah. aku harap, dia menang bukan sebagai presiden pada waktu kem hari tu, tapi sepanjang sesi pemerintahan 2011/12. I hope I hope.

untuk itu, mereka ditugaskan mengendalikan majlis pada malam tersebut untuk membentangkan secara terperinci skop tugas masing-masing dalam jawatankuasa kelab.



hah... di situ lah bermulanya KONFLIK. syafiq si miow miow telah hilang. diculikkah? melarikan diri kah? menyembunyikan diri kah?

itu aku sendiri tak tahu plan macam mana. sebab bila start jer konflik, kitorang bagai tiada perasaan. snap snap picture. walhal peserta semua dah tak tentu arah sebab Alumni pakat keluar ramai-ramai dari dewan.


dah bosan sangat... aku, syida, sofie, saira & dibah pergi berjalan kat tepi pantai sambil tengok-tengok barang. ngeh ngeh ngeh...


ok. fine semua dah settle. dah kena brain wash bagai. nangeh bagai nak rak. dengan aku sekali meraung entah kenapa. SYIDA punya pasal! dia start nangeh bila dengar lagu 'Warisan'. aku ni memang tak leh tengok orang. memang menjadi sekali. hu hu hu...



ok. dah lah tu cerita hari sabtu...

to be continue...

02 February 2011

next'11 - day 1

hai selamat pagi!
aku lupa lah nak update pasal program aku kat pulau pangkor. hu hu hu...
28-30 Januari lepas, biasalah kelab apa jer yang aku join kat U ni kan, tak lain tak bukan...
KELAB KAUNSELING & KERJAYA

aku sebagai AJK Peralatan. fuhhh best jugak. dan untuk itu, sepanjang penglibatan aku dalam sekian banyak program kat U, semua jawatan aku dah pernah rasa. alhamdulillah. memang itu pun niat aku. nak rasa semua. tapi paling banyak sebagai S/U lah. sebab, aku tak boleh nak mempertikaikan cara seseorang buat kerja. so, bila aku rasa sendiri... ooo macam ni rupanya kalau jadi AJK ni. macam tuh rupanya kalau jadi itu. jadi ini.
tapi ada TIGA jawatan yang aku tak pernah rasa. dan aku rasa belum bersedia. apa dia?

Kem Komandan
Ketua Fasilitator
Koordinator

kenapa? sebab ini jawatan kena banyak cakap ooo. cakap depan orang ramai. aku setakat nak sembang kencang dengan kawan-kawan boleh lah. bila dapat depan orang... gulp.. gulp..

ok sambung cerita pangkor. lupa lak nak bagi tau nama program. NEXT'11. (New Extraordinary Training '11). ermmm boleh tahan nama nya. congrates to pengarah program >>> Muhammad Azrul Hafiz <<< dan semua krew yang terlibat.
kitorang berkampung di Pangkor Bay View & Pangkor Inn Chalet.

Jumaat :
10 orang AJK(including me) gerak dulu pergi P. Pangkor. 23 peserta ada task kat Lumut dan sebahagian AJK tinggal untuk tunggu Alumni dari Skudai nak gerak sekali. sampai sana, aku & the gang check it out chalet. sewa motor. survey harga snorkeling. malam pulak, siap-siap untuk Ice Breaking & Mind Set.

oklah. tak sempat nak tulis banyak. aku nak gerak pergi kampus ni. daaa.
to be continue...

01 February 2011

ini cuti untuk kami

assalamualaikum. hai... dah lama kan tak update?! hihi...

ok lah untuk semua warga wilayah persekutuan tak kira lah anda di Labuan ke... di Kuala Lumpur ke... ataupun di Putrajaya... belum terlambat untuk aku mengucapkan... 

SELAMAT HARI WILAYAH!!!

hah... apa aktiviti korang semua hari ni??? ehem... ehem... khas untuk warga wilayah jer... heeeee...
tak kisahlah apa yang korang semua buat hari ni, asalkan tidak menyalahi undang-undang dan syarak. cececeh...
aku dengan muka yang memang tak malu... ish ish ish... ikut office mates akak aku, CIMB, pergi bermandi-manda di air terjun Chamang, Bentong. wahhh memang teruja at first. tapi sampai-sampai jer, air punyalah derasss gila. hilang nafsu berahi aku nak berendam.

tengok gambar memang nampak biasa... cuba p tengok sendiri... 



datang-datang jer aku makan. lepas tu, baca buku kat batu-batu sambil rendam-rendam kaki. sob sob... berpenat-penatan berjam-jam naik kereta, datang nak makan ayam barbeque jer.

kitorang konvoi 12 kereta wooo. bayangkan ikut kebiasaan lah kan, 12 kereta x 4orang = 48 orang kan.
tapi kitorang masing-masing orang kaya lagi berada dan suka mencemarkan alam sekitar. tiap kereta 2 orang jer. he he he...

lepas tu, sebelum balik rumah. singgah pulak Jusco setiawangsa. dapatlah scholl sepasang. hik hik... TQ my sis. dan teruja sangat nak pakai esok pergi kampus. ada function apa entah. aku di invite. siap call rumah lagi tuh. keh keh keh...

ayat tak leh blah. padahal event ni nak 100 student. memandangkan ramai yang dah balik bercuti, so pihak U panggil lah mana-mana student yang duduk area KL/Selangor. dah memang aku duduk area sini jer, dan memang tak plan nak balik kampung. aku pergi je lah kot...