27 April 2011

kau dengar apa yang aku nak cakap ni wahai toiletmate

HAI selamat 'still' PAGI...

I baru bangun. huhuhu Jarang betul aku ni tido time macam ni. Tapi rasa macam penat semalam carry forward sampai pagi ni. ahaksss

Malam tadi memang penat dah. Aku tido cepat jugak around 11. Selalu nye kul 12. Lepas tu kannn...

AISHHH

Ni yang aku nak citer ni.

Ceciter... Ceciter...

Toiletmate & the gang buat harok! pukul 1 pagi. Konon sambut birthday lah sangat. Eh hello!!! SATU PAGI ok! Kalau 1 tengah hari, ADA AKU KISAH?! Siap masuk mimpi lagi. Tapi rupanya betul-betul. Oh sabar-sabar. Aku memang sabar.

Aku tahulah, memang happy duk kenakan birthday girl ni. Aku pun ada tengok dulu tapi tak join hehehe. Lagi-lagi kita semua yang dah sem last ni. Memang ni lah masa nak perhabis dengan kawan-kawan seperjuangan. HUH! Tapi beragak sikit.

OHHH lepas dah penat berlari, dah kotor-kotor. Masuk toilet. Buat toilet macam toilet sendiri. Aku sah-sah memang pantang dengar orang memekak macam ni, terus bangun p toilet. Kat pintu, aku berdiri lama sikit. Konon-konon tengok bawah, kat lantai. PERGGHHH kotor mak datok! Aku tengok jer. Biar toiletmate aku ni perasan apa yang aku tak puas hati selama ni.

HAH nasib baik kome paham yer. Pagi tadi aku bangun, bersih SIKIT lantainya. Terima kasih. Kalau macam ni dari dulu, kan bagus. Tak de lah aku nak jeling korang bila jumpa kat toilet. Tapi dah nak habis sem dah pun... Ermmm tak pe lah. Kalau aku tak nak buat, tak de sape nak bersihkan toilet, kena saman pulak nanti. Tak pe lah kawan. Aku mampu buat, aku buat lah. Dah lama-lama, rasa biasa jer. Tak kisah dah pun. Aku takut nanti, jadi tak ikhlas pulak.

Tapi yang aku nak cerita nih, lepas aku terjaga kul 1 pagi tadi, aku susah nak tido. cisss HAMPEH betul lah. Puas dah tergolek terlentang. Tak nak gak tido. Dah jadi tak ngantuk. errr geram nya. Tu lah pasal, pagi ni kul 8 tadi, tido balik.

Macam ni sebenarnya aku nak cakap dengan korang:

"Gelak-gelak jugak. Aku tahu korang happy tahap gaban. Tapi tolong tengok sikit jam sekarang pukul berapa. Korang jer happy sudah. AKU TAK NAK SHARE HAPPY KORANG! Faham?!"

Tapi tak jadi lah. Lain pulak jadinya nanti. Kita rileksss. COOL. huhuhuhu...

Quote hari ini > Percayalah, kita tak pernah ditemukan dengan orang yang salah.

Terima kasih kepada penulis artikel ini, daripada iluvislam.com. Kalau tak, sampai sekarang aku ber'angin' ber'asap' dengan toiletmate.

Kalau tak jumpa toiletmate, mungkin aku tak jadi serajin ni. hohohoho

THANKS...

25 April 2011

selamat tinggal sayang

Tanpa saya sedar, dah 4 bulan kita bersama ya. Pahit getir ribut taufan, semua dah rasa. Hujan panas lapar dahaga tiap-tiap hari, tak mampu nak kira. Kita ditakdirkan berjumpa hanya sekali seminggu. Petang pulak tu. Lagi lah saya bosan, ngantuk, lapar bila jumpa awak. AISHHH!

Hari ni saya nak buat declaration dengan awak. Dengar sini baik-baik tau!

"I nak mintak putus. Please. I dah tak tahan. huhuhu... Tapi U mesti bagi yang terbaik untuk I tau."

HAH padan muka. Saya dah ada orang lain sekarang. Kiranya petang tadi, last lah kita jumpa eyh.

Terima kasih kerana sudi bersama dan memahami saya sepanjang perkenalan kita. Walaupun saya dah cuba dan cuba dan cuba lagi untuk sayang dan cinta awak, tapi saya tak mampu. Ini saja yang saya mampu berikan. sob sob sob

Sedihnya kerana melepaskan awak pergi. Takut awak buat tak baik kat saya. Kalau nanti, hidup saya huru-hara, saya akan salahkan awak. Saya tak nak jumpa awak lagi!!! Saya nak lupakan awak. Tapi bukan selama-lamanya. hehehe... Bila saya perlukan awak, saya panggil lah. Kalau tak nak, bye-bye... :P

Kalaupun ada jodoh antara kita lagi, biarlah kita bertemu di tempat lain. Saya dah tak sanggup untuk berjumpa awak di sini lagi. Saya malu lah. ahaks

Awak doakanlah, dengan orang baru ni. Saya akan bahagia jugak. Dan saya harapkan saya lebih bahagia bersama orang baru ni berbanding dengan awak sebelum ni.

HUAAAAAHHH tolong lah orang baru. Jangan kecewakan saya. Saya haraaaap sangat. Berilah yang terbaik untuk saya. Please please...

Selamat tinggal sayangku....





Engineering Management....

keh keh keh...

Itu dia orang baru saya!
Dah lah. Banyak mengarut jer aku malam ni. Effect exam petang tadi lah tu. Tapi alhamdulillah semua yang dibaca, ditanya dalam soalan tadi. Nak tahu kenapa???

hahahaha sebab lecturer dah bagi siap-siap suruh baca apa. ohhh terima kasih pensyarah ku.

24 April 2011

IPD Petaling Jaya dilanda ribut

Aku tak mampu menulis untuk puaskan hati semua orang.

Tapi aku ada cerita hari ini. hehehe...

Alkisah nya bermulaaaaa...

Pada suatu petang...

Hujan rintik-rintik, air bergelora

Lepas tuuu kan... POM PAM POM PAM!

Kilat sabung menyabung. Hujan dah tak sudi nak rintik-rintik lagi. Tapi mencurah-curah. Kalah pili bomba yang buat berlakon dalam filem tu. huhuhu... AMEK KAU!

pemandangan dari tingkap rumah

tengah hujan lebat pun orang dah turun buat kerja


Tengoklah tu. Pokok durian tu menyembah bumi. Habis 1 row parking roboh. Ingatkan kereta aku tak kena sebab duk hujuuuuuung sekali. Almaklumlah, parking dah bergoyang-goyang. Kayu pun dah reput. Atap pun dah berlubang. Memang saja bagi roboh ni. Boleh buat baru. hahaha. upsss jangan marah Tuan Arjunaidi.

Aku takdelah jenis gelabah puyuh kan. Dengar parking roboh terus berlari berkejaran nak selamatkan kereta. LEK LUUUUU. Kereta mak gua. Bukan gua punya duit. hahahaha...

Tak de lah sampai macam tu. Akak & abang aku dah turun meninjau tapak kejadian. Menolong apa yang patut. Mak aku pun turun menyumbang mata & telinga. Tapi AKU???

Mestilah turun! Lambat sikit jer. heh.

Dah tu kau pikir gambar ni aku copy paste ke? Tolong sikit. Ori daripada henset aku ler... Sibuk KLIK! KLIK! mengalahkan wartawan. huhuhu... Tu jelah aku dapat tolong.

taraaa!

nasib baik tiang landing baikkk punya sebelah kereta

aik! senyum lagi tuh... tapi dalam hati :
"rupa-rupanya dapat bonus bulan ni nak ketuk kereta"

aerial dah hilanggg! sob sob sob

Memandangkan aku yang masih bersih lagi suci, tak menolong langsung orang berkemas, kena lah alihkan kereta ke tempat lain. Rasa jadi pemandu kehormat. Tak bawak lesen. Aku kena drive keluar balai, sebab tak de jalan lain untuk masuk parking sebelah depan.



tadi atap tuh main patah-patah jer. nampak sangat dah uzur.


Toyota Avanza ni satu-satunya kereta yang dihempap oleh pokok. Yang lain kena tempias jer. Parking ni ada 10 lot. 8 jer ada kereta time tuh.
Ada polis trafik cakap tadi : "Malam ni ko p langgar mana-mana tembok. Baru boleh claim."

Kalau langgar tembok, memang lah kemik. Tapi kat tepi. Ni kemiknya kat atas. Macam mana tuh? huhuhu

Sebelum aku balik kolej tadi, sempatlah aku ambik lagi satu gambar...


Clear sudah. Habis semua pokok kena tebang.
Takut lah tuuu
Aku pasti semua menanti-nanti kemunculan parking terbaru...

NANTIKAN......

itu sahaja laporan daripada ifah
dari meja study, KSJ

Kenapa update cepat sangat? -sebab saya malas nak study sekarang-

status terkini : esok ada paper Engineering Management

Bagus!!!

23 April 2011

apa sudah jadi?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Salam 1 Malaysia.

Selamat hari Sabtu selamat hujung minggu...

Apa khabar semua hari ini? huhuhu...

Macam MHI lah pulak...

Rindu sungguh nak menconteng-conteng kat sini. Rindu nak baca blog korang semua. Akhirnya pada pagi 19 Jamadil'awal 1432 Hijrah ini, telah dibukakan hati dan dilapangkan dada untuk aku menulis blog. keh keh keh...

Apa cerita yer???

Biasalah, ini jam kebanyakan U tengah final exam untuk SEM 2 2010/2011 kan. So, bertitik tolak daripada situ jugak, aku malas nak berblog. Final sem uittt. Kalau ada satu subjek kantoi, habisss laaaa (cuba cakap perkataan ini dengan gedik sambil goyang-goyangkan badan & kepala). heeeee... Memang rasa nak study berhidup-hidupan.

Tapi pagi-pagi ni lagi dah bermonolog dalaman:

Cik TAN yang jahat: Jomlah balik kampung... Jomlah... Ikut angah. Ikut mak. Jomlah...
Cik SU yang dengki: Jangan! Jangan tak ikut! HAHAHA
Cik TI yang baik: Ehemmm. EH korang 2 ekor buat apa sini hah?
Cik TAN & SU yang jahat & dengki: Eh sibuklah. Kami nak ajak tuan kami ni balik kampung. Kami tengok tak senang beliau nak study kalau tak balik kampung.
Cik TI yang baik: NO WAY!!! Tuan aku nak study. Isnin ada paper lagi. Kalau beliau balik kampung, CONFIRM tak study.
Cik TAN yang jahat: Kenapa pulak? Boleh bawak nota apa balik kampung. Boleh baca dalam kereta ke. Kat rumah nanti pun boleh baca whatttt?!!!
Cik TI yang baik: Tak de maknanya. Dalam 3 tahun ni, setiap kali bawak buku ke, nota ke, balik rumah ke, balik kampung ke. Tak pernah beliau nak usik. Aku tak percaya dah tuan aku ni.

erkkk! Kutuk tuan sendiri nampak...

Cik TI: Dah berambus kome dari sini. CEPATTTTT!

aishhh apa lah aku ni. Rumah | Kampung | Rumah | Kampung | Rumah |

Tu jelah yang aku ingat. Tak pernah nak fikir effect nya kalau tak study. Bukannya lama lagi pun. Sabtu depan dah boleh balik. Ada gap seminggu lagi tuh. Apa lah nak jadi...?!




Untuk aku sendiri, baru nak mencari bayang-bayang kelegaan, sebab baru perform dengan first paper: 'Data Communication'. Ada 4 lagi menunggu. Sebab tu baru nak cari bayang-bayang. huhuhu... Kalau dah habis, baru nampak yang SOLID. Betul takkk?

Dengan berbekalkan pointer yang cukup-cukup mentedarah ni, rasa-rasanya layakkah diri ini dipilih untuk meneruskan pengajian di UTM Skudai. Baru baca paper Khamis lepas, NC aku sendiri yang omong, UTM nak lahirkan pelajar yang berkualiti, bukan nak lihat daripada segi kuantiti. Mentang-mentang lah dah dapat status Universiti Penyelidikan. Cittt!

Nak pilih pelajar 3.9 ke atas. Dalam kelas aku ada lah sorang Chinese. Kos elektrik yang lain adalah beberapa kerat. Dah tu, kami yang lain ni nak campak mana??? Antara senikata lagu: 'Kami anak kandung, UTM rimbun bernaung'. Lepas ni tukar lah jadi anak tiri pulak. huhuhu... Sedihnya mengenangkan nasib diri...

Jadi, untuk menghadapi masa-masa mendatang, aku rela bersedia untuk menerjah! ke alam pekerjaan.
CAKKK! hehehehe...



Bye... Ini saja buat masa sekarang...

STUDY STUDY... 

03 April 2011

~I'll be back soon~
~I'll be back soon~
~I'll be back soon~
~I'll be back soon~
~I'll be back soon~