29 March 2012

pandanglah daripada sudut yang positif

assalamualaikum dan hai!

dalam masa yang singkat sangat ni, aku nak cerita sikit macam mana nak hidup senang hati sentiasa. hahaha. macam lah aku ni setiap masa senang hati kan.

setiap perkara yang berlaku sekeliling kita, tak selalu nya yang menyenangkan hati. ada jugak yang menyusahkan. yang merugikan. atau membuat kita MENYAMPAH betul laaaaa. mesti ada berlaku punyalah kat setiap orang. kalau tak, pasti insan tu tidak normal. hahaha...

so, bila something yang kita tak suka, datang jugak kat kita. memang azab nak terima. rasa macam tak percaya. rasa diri ni tak dapat apa yang sepatutnya. mempersoalkan kenapa sesuatu itu berlaku ke atas diri kita, bukan orang lain. betul tak? TIPU kalau korang kata tak pernah rasa. jadi, mari sama2 kita share, macam mana nak hadapi situasi macam ni, dengan satu cara yang aku rasa paling berkesan.

contoh PERTAMA. pernah fail exam or test? rasa dah usaha sungguh2 tapi result macam hampeh. rasa menyesal mungkin takpe. tapi jangan sesekali rasa nak putus asa. kalau kita pandang daripada sudut yang negatif, macam2 boleh jadi. cikgu pilih kasih la. cikgu tak ajar betul2. subjek tu susah, tak boleh catch up. soalan susah. cikgu ajar 'a'. bagi contoh 'aA'. tapi soalan yang keluar 'aAbBzZ'. tak masuk dek akal.

JOM ubah sikit cara kita menilai sesuatu. sikit demi sikit, selalu dipraktikkan, mungkin akan terbiasa, pasti hati lebih senang.
so, disebabkan fail, kita patut anggap ianya sebagai satu perkara yang salah dan tidak patut kita ulang pada masa akan datang. eg : 1+1=3. salah bukan? oleh itu, perlu lah dikaji, dan cari jawapan yang betul, dan jangan sesekali menjawab satu tambah satu sama dengan tiga lagi. OK?!

contah DUA pulak. mak ayah selalu risau kalau kita pergi mana2, tak balik2 sampai lewat malam. lebih2 lagi kalau bagitau nak hangout dengan kawan2. (sebenarnya kisah aku lah ni. huhu). henset tak henti2 berbunyi. kadang2 aku silent terus. kacau jer nak borak2 dengan kawan sekolah. memandangkan kami semua dah berpisah ni, jarang dapat jumpa. so, bila berjumpa memang tak ingat dunia. macam2 benda nak story. ikutkan panas hati, aku bukan buat apa2 salah pun. setakat lepak2 kat kampung ni, takde lah bahaya macam kat bandar2 tu. jadi aku rasa macam tak berapa nak bebas. kena duduk rumah je time balik kampung. pukul 10 malam dah tutup lampu. zzZZZzzzZZZzzz!
bila aku fikirkan balik, memang patut mak ayah risau pasal anak mereka kan. siapa lagi nak ambek berat pasal kita ni melainkan keluarga, lebih2 lagi mak ayah. bersyukurlah mak ayah sayang kat kita. tu sebab nya tiap saat nak tau kita kat mana, buat apa. aishhh kadang2 memang rimas. tapi dalam masa yang sama, gembira.! ooo yeahhh

contoh TIGA. dengan kawan2. kau mesti ramai kawan. betul TAK? kalau dah ramai kawan tu, makin banyak lah ragam nye. kan? haaaaa mule2 rasa menyampah jer dengan perangai sorang ni. yang sorang ni, rasa macam nak cekik2 jer bila dengar dia cakap. yang lagi sorang pulak, rasa bertambah aman bila dia tak de. tapi sebenarnye, itu lah warna warni hidup. hah korang time kecik tau kaler LUNA tak? kan dulu suka tengok kaler banyak2 kan. ada yang 12 batang. ada paling banyak 48 batang. betul tak? cantik jer tengok semua kaler2 tu. tapi sebenarnya bukan suka pun semua kaler tu. macam aku, paling tak suka warna kuning & hijau. tapi. tapi. tapi. bila nak kaler pokok, kena jugak lah guna kaler hijo tu. kang nak kaler matahari, kena jugak lah ambek kaler kuning. dah tu, tak kan nak kaler matahari warna faveret aku pulak, warna biru. kan ke tak haru nanti jadik nye. aishhh. macam tu lah kita kena terima kawan2 sekeliling ni. masing2 ada kelebihan & kekurangan tersendiri. kita pun apa kurang nya. banyak silap jugak tapi tak nak ngaku. asek nampak salah orang jer. KAN?