08 December 2012

ifah, please change

Sekian lama blog ini menyepi bagai hilang tuan. Bukan susah pun nak update apa2 yang patut. Cuma malas tu memang tak leh nak jangka. Sedangkan masa 24 jam tu banyak sangat digunakan untuk benda yang tak berfaedah langsung. Lagha jer semua. Dunia jer semua ni DUNIA!! aha

Sambil duduk2 baru lepas makan nasi lemak ni, kadang2 terfikir mana yang perlu diutamakan dalam hidup ni selepas Allah dan Rasulullah s.a.w. Sebagai student, pelajaran mungkin suatu keutamaan yang memang tak boleh nak dibahaskan lagi. Bagaimana pulak sebagai anak? Adik? Kawan?

Aku sebenarnya menghabiskan weekend ni di kolej. Dengan alasan ada test pada Isnin akan datang. Dan hari ni merupakan anniversary parents yang ke-28. Seminggu berfikir samada nak balik rumah atau tak. Nak meraikan hari bersejarah itu atau tak. Tarikh di mana bermula segala segalanya hinggalah wujudnya aku dan 3 beradik yang lain. Selain test, alasan kerana ada aktiviti kelab setiap hari Sabtu yang wajib. Ohhh bagaimana aku end up dengan keputusan untuk tidak balik ke rumah pada minggu ni.

Dan ada lagi. Yesss ada lagi sebab yang lain. Sebab duit. OPPSSS bukan takde duit. Bukan tak cukup duit. Tapi memikirkan akan berjimba jimba bersama kawan2 nanti selepas habis final exam. SEE! Itu yang aku fikir kan. Sebab kos untuk balik memang tinggi. Dan imagine banyak yang aku boleh save kalau tak balik rumah. hohoho

Di manakah keutamaan yang aku susun dulu. Family first than everything. Dulu aku tak fikir pun semua ni. Kalau dapat any call dari rumah or dari kampung, seboleh boleh nya berusaha untuk balik. But NOW?
Adakah sebab usia yang makin meningkat? Sebab banyak pengalaman yang telah dilalui? Banyak lah sangat. puiii

Manusia memang mudah berubahkan. Berubah daripada fiil asal nya. Dan bukti manusia boleh dibentuk mengikut persekitaran, keadaan dan everything around. Orang yang dulu nya baik, tak mustahil end up sebagai penyangak. Dulu seorang kaya tak mustahil mati sebagai miskin. Dan juga seorang perogol dahulu, tak mustahil boleh mati sebagai seorang ustaz.

Dan bagi aku, aku harap aku akan berubah ke arah yang lebih baik. Tapi sekarang baik ke?