24 February 2015

Korban kerjaya demi ibubapa

Salam...

Sejak aku bagi resign letter, bos dah tak sudi nak bagi aku kerja. sob sob sob
Sebab tinggal 3 minggu sebelum aku angkat kaki dari Celcom tersayang. cewah
So, aku ambil inisiatif sendiri buat muka tak malu dahaga kan kerja pergi tanya siapa2 yang perlu kan pertolongan.
Atas usaha yang jitu, kakak HR sudi terima aku sebagai staf sokongan sebab dia hadap kerja bertimbun seorang diri. hahahaha
HR memang banyak kerja weiii. Seronok pulak dah jadi orang HR. Sebab kerja non-stop tapi kerja nya simple2.
Alkisah yang aku nak cerita kan adalah berkisar tentang staf2 lah. Dah duduk HR memang hari2 cerita pasal staf sana sini itu ini. Banyak sungguh isu daripada sebawah bawah staf, hingga lah sebesar besar bos.

So, petang tadi kisah nya ada seorang staf yang datang hantar resign letter. Short notice. Sepatut nya kalau nak resign kena bagi notis 2 bulan kan. Kalau tak, kena lah bayar wang pampasan.
Tapi cerita nya agak menyentuh perasaan. Dia perlu jaga ayah yang sakit. Antara 4 beradik, dia lah yang paling rapat dengan ayah. Ayah perlu jalani beberapa siri rawatan di beberapa tempat yang berbeza kerana ikut kepakaran doktor yang berlainan.
Adik2 pulak baru nak meningkat naik. Baru menjengah alam pekerjaan. Emak pun tak berapa sihat. Dia cakap emak pernah pengsan time jaga ayah dulu. Pernah sama2 masuk wad kat hospital yang sama.
Dia tak kisah pasal kerja sekarang. Dia yakin nanti kalau ada rezeki, tak ke mana. Buat masa sekarang dia nak fokus kan dengan rawatan ayah dan kesihatan emak.
Bagus kan anak macam ni. Ketepikan minat & kerjaya demi ibu bapa.
Semoga ayah nya segera sembuh. Semoga emak nya tabah hadapi dugaan ini. 
Semoga dia wahai kakak, akan peroleh keberkatan & rezeki lebih baik kemudian hari. Jika bukan di dunia, insyaALLAH di akhirat kelak.

19 February 2015

SL1M trainee Celcom

Hai u all. At last rajin jugak nak menaip untuk 2015 ni. Aku harap rajin terus menjengah untuk update blog.

Just to share lah yang aku baru grad (baru x baru hujung bulan Jun 2014) then convo pada Nov 2014. So, lepas habis study memang x plan untuk cari kerja pun, sebab Ogos tu ada majlis tauliah Kor Suksis. I all memang excited nak tauliah pakai baju istiadat polis warna putih tu ha. So I make sure yang tiada apa halangan untuk I join that tauliah yang jatuh pada 24 Ogos 2014. Remember the date forever! Where I got the title as Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis. Tauliah di UiTM Shah Alam. Dan dan dan terima kasih to all my family members yang sudi datang pepagi buta nak tengok I dan seribu lebih lagi anggota suksis seluruh Malaysia berbaris (KIRI KANAN KIRI KANAN) dan sambil memegang erat M16 gituuu.

Okay then lepas dah habis semua tauliah bagai tu, baru lah I all serius dalam pencarian kerja. Ada pergi beberapa interview but x berapa nak kena dengan minat dan lokasi kot. Dan mungkin gaji. HAHAHAHA. fyi, I ni mata duitan hokay! Bukan lah orang kata nak memilih sangat ke, nak banyak songeh ke, just nak kerja yang sesuai dengan kelayakan (maybe) dan paling penting yang aku minat nak buat kerja. Bukan kerja semata-mata nak gaji. Nampak x ikhlas okay.

Dan hingga lah suatu petang sedang tergolek-golek atas katil, HR Celcom named as Hazwani called me offer an interview as SL1M Trainee. Atas sebab memang sedang menanti panggilan untuk interview dan lebih-lebih lagi Celcom kot, company GLC (kan?) pulak, dalam bidang telco. Ahaaa memang sesuai lah dengan bidang hakak. Apa lagi terus grab that opportunity, went to the interview, dapat result on the same day. Taraaa I'm successed! Starting date on 3rd November 2014, sehari selepas convocation day.
Alhamdulillah sangat. Cuma yang x best bila x dapat nak huhahuha sangat dengan geng sebab kena rushing balik KL. Yelahhh esok nya kan dah start kerja. Mesti lah tunjuk bagus on the 1st day. :P

Selama 4 bulan as trainee dalam Celcom, banyak benda aku belajar. Syukur. Walaupun bukan kerja sebenar, tapi we all dapat benefits yang lebih kurang dengan staf biasa. Kerja pun diberi macam kami ni staf (iyer macam staf yang lain jugak). Cuma kami dibayar elaun instead of salary. Without EPF. Fine.
Antara benefits yang kami dapat kan: medical card (AIA), laptop, CMP (sim card free kau guna lah sampai lebam), MC, annual leave, hospitalization & what so ever lah.
Tapi ini just a 1 year contract. So bagi aku macam tiada jaminan untuk kami diserap andai kata dah habis lah nanti kontrak nya dalam bulan 10 akan datang. So better aku cari kerja lain yang permanent, gaji bagi tinggi sikit. Memang bos2 ada cakap U all semua SL1M staff ni akan diserap nanti. Jangan risau. Tapi hitam putih ada? Dan agak lama aku nak tunggu sampai bulan 10 nanti. ermmm maka aku pun mengambil keputusan untuk mengundur kan diri dan dengan yakin nya telah menghantar resign letter (1 month notice).

2 March 2015 new job! yuhuuuu

Later nak update pasal experience dalam Celcom yang aku pikir sangat lah berguna untuk masa2 akan datang. Aku x akan lupakan program ni dan manusia2 yang terlibat. InsyaALLAH.