24 December 2011

keluarga adalah keutamaan

assalamualaikum. HAI! semua...

aku sekarang ni tengah resah gelisah. duk fikir2 betapa banyaknya duit aku habis untuk aku balik rumah 3 minggu berturut turut. fuhhh! aku bukan nya belajar kat KL lagi. tiap2 minggu boleh balik dengan senang hati. senyum sampai telinga. kadang2 boleh bertemu senyum kiri dan kanan. erkkk TIPU!

sekarang tercampak jauh ke selatan tanah air sudah. memang seronok orang yang call tu suruh balik. aku pun jadi seronok terlompat-lompat nak balik. tapi duit dalam bank tu penat cari tempat nak menyorok supaya tidak dikeluarkan TAHU?! dulu kat KL aku kata duit laju macam air paip keluar. tapi sekarang aku boleh sokong statement kawan aku. "Duit aku ni dah macam TSUNAMI ko tau". hahaha... itu hanya perumpamaan. insyaALLAH aku masih mampu control duit yang mak bagi. start belajar diploma hari tu, alhamdulillah pandai control duit keluar masuk. tak pernah sesak2 duit ni. cukup segala. siap boleh bagi pinjam kat kengkawan sampai sekarang tak bayar2. huhuhu. siap boleh shopping sakan hujung bulan, bilamana duit belanja tak habis, dapat lagi duit belanja untuk next month. ececece macam peribahasa FIFI FAIRUZ FUYYOOO pulak yang selalu sesat timur tu.

tapi bila di fikir2 kan balik, bila sentuh jer bab family, lembut sikit hati aku. apa lagi yang aku boleh buat selain menggembirakan hati ahli2 keluarga kan. mereka dah banyak tolong aku. support aku tak kisahlah daripada segi apa. tapi memang yang paling utama daripada segi duit. tiap kali kalau balik kampung, memang pulang modal lah orang kata. cuma modal duduk lama2 dalam bas 3 4 jam jer, tak dapat pusing balik. hehehe

terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong aku selama ini. dan sejak azali lagi, aku tidak mencampurkan hal pelajaran dengan keluarga. hahaha. agak poyo di situ. dan sememangnya aku malas bawak balik assignment or anything yang perlu disiapkan kat rumah. NO WAY! aku akan buat perancangan di mana assignment yang perlu dibuat sebelum balik, or yang boleh di selesaikan selepas aku balik semula dari rumah nanti. hah macam tu lah baru boleh kata profesional kan?! cehhh perasan.

sekarang musim final exam. tak tahulah dapat balik tiap minggu ke tak lagi. dan separuh daripada duit belanja dah digunakan untuk membeli present khas buat anak sedara yang dapat 8A dalam PMR baru2 ini. tahniah!

03 December 2011

kita satu malaysia deyyy aduhai nya pun

assalamualaikum & HAI!
huh penat lagi baru balik dari latihan suksis ni. cewaaah saja nak bagi tau sebenarnya. hehehe

ak nak cerita pasal minggu lepas punya cerita. hahaha basi sudah!
tapi ini 1 malaysia punya cerita. memang sangat 1 MALAYSIA tau!

last week, aku balik kan. naik lah bas kat sri putri tu. paham2 je lah, beli tiket on the spot ni. mahal ke main. lagi2 nak cuti awal muharam esok nya. boleh plak aku x ingat, aku balik tu time cuti. so, dah tak de pilihan lain, beli je lah tiket yang mahal daripada biasa tuh. huhuhu. dah lah nama bas tak famous langsung. aku tengok kat bas, nama bas pun tak de. cehhh lopek punya bas. mahal nak mam**s!!!

tengok driver nya, macam biasa la. india. dalam fikiran aku ni, kalau kaum ni bawak, mesti macam lipas kudung. semua nya nak cepat sampai. kalau boleh, nak sama dengan flight. hahaha. itu sangat mengarut!

tapi, ok jer dia bawak. tak de lah cemas sangat aku. tapi macam lembab sangat pulak, sebab banyak bas yang dah pecut bas aku. huhuhu.. tercabar rasanya.

sampai kat perhentian tangkak pulak, boleh pulak nak tukar2 bas segala. ada 4 bas kat hentian tu, pakat2 1 bas pergi 1 destinasi. so, aku yang nak ke seremban ni, p naik bas lain. sabar je lah. tapi aku tak de la kisah sangat. sebab aku memang tak de bawak barang apa2 pun. lenggang mak limah balik rumah je. huhu. yang kesiannya, ada yang bawak anak kecik, ada orang2 tua. kena turun naik bas lagi. memang tak patut lah buat macam tu. dah lah beli tiket mahal2, kena pulak tukar2 bas. ape kes?!

berbalik kepada 1 malaysia aku ni, driver bas yang ni, melayu lah pulok! ramah sesangat sangat. puas orang yang duk depan melayan. 

alhamdulillah, aku pun selamat sampai ke destinasi...

then, nak balik ke JB balik. naik bas lagi. cina pulak driver nya. huh cukup lengkap percutian aku kali ni. hahaha... semua nya ada. melayu ada. aku lah tu. india ada. cina pun ada.

tak cukup dengan bas, sampai je sri putri. aku cari teksi. tapi dah ada penumpang. aku pun baru nak duduk tunggu teksi lain, uncle tu panggil suruh naik sekali. sebab tu time lunch. teksi susah nak dapat. aku pun naik je lah. hah?! nak tau apa yang 1 malaysia sangat tuh??!!! hehehehe




driver teksi tu india. penumpang kat belakang tu cina. aku pulak, melayu lah! sengal. huh


kan aku dah kata, 1 malaysia...
baru la aku rasa, betapa 1 malaysia nya duduk kat sini.

30 November 2011

Main daun terup...?! What the...

Salam dan hai. Selamat pagi dunia!!! Senyum lah. Pasti dunia akan membalas senyumanmu. :)






Once upon a time......

"Astagfirullah, ko main game ape ni? ish ish ish..."

Pernah kawan2 sound? bila ternampak anda bermain game yang berunsurkan daun terup dalam komputer. HAH di atas ni adalah salah satu contoh sound daripada kawan2 aku sewaktu bersekolah rendah dulu2. Pelik sangat ke aku main Solitaire? huhuhu...

Sejak kecik lagi aku dah kenal dengan daun terup. Join orang2 dewasa bergelak ketawa sambil bermain daun terup. Dari hari ke hari aku belajar permainan baru berasaskan daun terup. Menurut Wikipedia, daun terup bermaksud..... Klik sendiri la wikipedia tuh. hehehe

So, untuk entry ni, aku nak berkongsi sikit sebanyak tentang beberapa permainan daun terup yang aku tau.

FIRST
Colek ke culik ke. Aku tak tau nama sebenar. Game ni dimulakan dengan membahagi satu dek kad kepada semua pemain sebanyak 5 kad seorang. Then, pilih satu kad random, letak kat tengah dan terbalikkan. Lepas tu, semua orang kena keluarkan kad yang sama bunga dengan kad yang tengah tu. If tak de, kena culik lebihan kad tadi, cari sampai dapat kad yang sama bunga macam kat tengah tu. Kad siapa paling besar, akan mulakan permainan semula dengan mengeluarkan mana2 kad yang dia nak, letak kat tengah diterbalikkan, then teruskan permainan macam tadi. 
Tu lah namanya culik. hahaha


wohaaaa! macam tutorial pun ada. macam aku sorang je yang tau main daun terup ni pulak. hahaha...


SECOND
Main Pair atau 21. Ni senang jer. Senang sangat. Setiap pemain akan dapat 2 kad. Jumlahkan nilai kad, nak dekat2 dengan 21. Kalau tak cukup, boleh tambah lagi, ambek kad tengah tu. Selalunya, orang yang dapat kad A berpasangan dengan J/Q/K, confirm2 menang. Sebab JQK mewakili nilai 10, A pulak nilai 1/10/11. Pandai2 la nak campur kan yer. 


Ini semua cara2 dalam family aku jer main. Kat tempat lain, x tau la pulak.


THIRD
Race. hahaha. Daun terup pun pandai main lumba2. Jangan terkejut pulak. Main ni pulak, kita akan dapat 10 kad. Kita kena susun kad menjadi turutan (kalau sama bunga) atau nombor yang sama (confirm lah lain2 bunga). huhuhu... Susunannya adalah 3-3-4. Kita kena susun atur kad dengan mengambil kad di tengah, atau mengambil kad yang dibuang oleh pemain lain. Kalau pemain sikit lagi senang.


FOURTH
Haaaa ini permainan yang aku baru tau. Abah aku lah yang jadi kepala nya ni. Time family aku p Sabah hari tu (aku tak ikut pun... sob3), sibuk main terup. Celik mata je terup. Nak tido je terup. Namanya JERAMI. Pernah dengar? hehehe... Game ni kena guna 2 dek terup. Maksimum 5 orang. Kalau 6 atau lebih, tambah lagi satu dek. Kad habis dibahagi sama rata kat semua pemain. Game dimulakan dengan setiap pemain perlu membina rumahhhh?! What?! hahahaha... Main terup pun besar modal nya.
Bukan buat rumah betul, maksud aku, setiap pemain kena keluar kan 3 keping kad sama bunga, yang disusun berturutan. Itu lah namanya rumah. Then, game diteruskan dengan setiap pemain perlu menyambung rumah2 yang telah sedia ada dengan hanya 1 kad, atau membuat rumah baru. Untuk pusingan seterusnya, 'rumah yang dibina', boleh mengandungi 3 atau lebih kad, dan juga boleh terdiri daripada kad yang sama nombor atau huruf. Abah aku kata, game ni game budak2. cehhh! Penat2 aku belajar. Sebab apa? Sebab game ni guna Joker. hahaha... Dalam banyak2 jenis, game ni lah Joker amat berguna. Sebab Joker boleh mewakili apa2 kad yang pemain tu nak. Memang bertuah la siapa2 yang dapat Joker banyak. Memang selalu orang yang banyak Joker ni menang.


LAST
Ini lagi game budak2. Guna Joker jugak. Tapi Joker yang ni, jahat. Siapa yang simpan Joker sampai habis, KALAH! hahaha padan muka. Aku rasa tak de nama yang spesifik untuk game ni. Aku just panggil, Tarik2. Sama jer, kad dibahagi sama rata kat semua. Keluarkan mana2 kad yang ada pasangan (sama nombor atau huruf), kad yang tinggal perlu ditarik oleh pemain lain, ikut giliran. Kad siapa yang habis dulu, dia lah menang. Siapa yang ada Joker, dia lah malang. hahaha...




Dan aku rasa, menjadi kebiasaan orang2 yang kalah ni, kena CONG kad, atau ada sesetengah panggil, KOCOK daun. Game ni memang boleh jadi ketagih tau. Family aku memang setiap kali berkumpul, boleh tahan sampai 2 ke 3 pagi main benda alah  ni. Tak yah kira yang sebaya dengan aku, mak ayah pun main. Tu hah, sepupu aku tadika lagi, pun join sekali. Fenomena betul!


Kitorang main just for fun. Tak pernah taruh2 ni. Game ni uji minda jugak. Ingat orang sembarangan jer boleh main. Kalau tak fikir, boleh kalah senang2 jer.




Ni semua kenang2an bila balik kampung. Kat sekolah ke, kat U ke, aku tak jumpa lagi budak2 sekepala dengan aku. huhuhu...

25 November 2011

Program cuti-cuti di UTM

Hai assalamualaikum. Salam sejahtera. :)

Memang aku rindu giler nak berblog ni. Dari hari ke hari nak menaip macam2 cerita. Macam2 idea ada, tapi penyakit malas sentiasa lekat kat badan aku ni. Tak nak pindah tuan katanya. Macam SAKA pun ada. huhuhu...

Yer memang banyakkk sangat cerita. Kalau nak letak semua dalam satu entry, nanti kena pulak beli laptop saiz 47 inci, baru dapat baca cerita aku. hahaha... 

OK lah. Malas nak cerita perkara lepas2. Aku nak cerita pasal HARI INI DALAM SEJARAH. ehhh CHOYYY silap. Pasal hari ni dan semalam lah. Aduhai nya punnn.

Hari Ahad lepas, abang aku datang JB ni hah. Dia kena datang sini untuk ajar staf JPN JB, cara2 nak kendalikan mesen cetakan IC. So, lepas ni, orang2 kat JB ni, boleh dapat IC dalam tempoh 24 jam. WAHHH cepatnya...
Alang2 dia dah sampai sini, dia pun nak lepak2 la dengan aku. Rindu lah tu kat adik dia ni. hehehe. Aku pun booking kan Scholars inn. Dapat student price. Check in Khamis, check out jumaat. Hari ni lah.

Jadi, petang semalam kami pun cadang2 lah nak beraktiviti apa2 yang patut. Daripada lepak jusco Taman U, baik pergi Umall. Dapat tengok wayang. Kami tengok cerita Aku Bukan Tomboy. OH BEST!!! Not bad lah. Tapi mengikut firasat aku, pasti akan ada sambungan. Tau2 je lah cerita Shamsul Yusuf tu.

Habis2 jer wayang, dah pukul 10. Teksi TAK ADA!!!? Cisss lama siottt tunggu. Telefon teksi sana sini x angkat. Hampeh jer. Nak tau kami buat apa lepas tu? huhuhu sangat sadis...





Jalan kaki dari Umall ke Jusco. Dah la jumpa macam2 orang. EEEEE takut mak. Teringat pulak wayang tadi, Scha nak kena rogol bagai. Aduh. Aku jalan macam apa ntah. Laju giler. Pak cik teksi cakap kalau jalan, dalam 15 minit. Aku 10 minit jer dah sampai. hahaha... Tapi sampai jugak tempat yang dituju. Alhamdulillah. Then, aku mintak teksi hantar sampai KTC jer. Sebab aku nak ambek barang aku plak. Nak teman abang aku tido kat scholars inn.


hohoho lepas tu jalan kaki lagi. Dengan beg berat nya. Dengan bawak makanan air mineral bagai. Naik bukit pulak tu. haihhh. Terbakar lemak untuk secawan teh tarik, bak kata abang aku. huhuhu...

Hari ni pulak pergi Jusco Tebrau. WOW! Besar nya. Macam Mid Valley orang kata. Tapi berbekalkan sepuluh hinggit dalam purse aku ni, itu semua xde makna lagi tahu?! Kami setakat pergi makan KFC jer tadi. HUH berbekalkan 6 ke 7 ringgit naik teksi ke Taman U pun boleh dapat KFC tau. Ni, pergi je dah RM25, balik pulak RM35. Pas tu, abang aku call teksi lagi hantar ke Senai, RM30 lagi. Sewa scholars inn RM100 pulak. MAK AIII duit habis pada benda yang tak nampak.

Dengan aku ponteng 2 kelas lagi. Assignment x buat2 lagi. Malam ni bantai nak blog2 pulak. Esok pagi2 dah kena latihan Suksis. Lepas latihan nak kena balik kampung. Assignment nak kena hantar Selasa & Khamis. arghhh... Lepas post entry ni, nak tengok semi final muzik2 pulak. hohoho. Hari ni aku nak bermalas2. X tau lah kenapa SAKA ni kemain lagi menjadi2. BYE!

24 September 2011

aku di UTM

hai & assalamualaikum...
Sedar tak sedar, dah 3 minggu aku di UTM Skudai ni hah. Berkali-kali menaip entry tapi tak post. Dah lama rasanya tak mengarut kat sini. huhuhu...

Untuk pengetahuan yang baru mengenali diri ini, ini adalah pertama kali dalam seumur hidup berjauhan daripada family. First time duk jauh dulu sebenarnya PLKN kat Kelantan. Tapi tak kira lah yang tu, PLKN kejap jer. hehehe... Memang rasanya Johor ni sangat jauh lah dari PJ & N9. Tak terkata dek aku betapa jauh yang aku rasa. hahaha... Walhal ada lagi kawan aku yang lagi jauh seperti seorang classmate dari Terengganu. Boleh aku tau apa perasaan kau Wan?! grrrrrr

Kalau dah 3 minggu, maksudnya dah 2 minggu kelas aku start. 1 minggu tu, dipenuhi episod suka duka sepanjang MTM (Minggu Transformasi Mahasiswa). Memang banyak transformasi nya, hinggakan hampir kesemua pelajar diploma direct entry dari UTM IC, tidak mampu untuk join program yang dianjurkan AJK JKM kolej masing-masing. Sedih-sedih. Apakah perasaan mereka agaknya, yang kebanyakan daripada mereka adalah bawah umur atau sebaya dengan kami. huhuhu.. 

Hati terubat sikit lah sebab kolej dekat dengan fakulti. Kolej apa? Rahsia... shhhhh... Boleh jalan kaki jer. At least ada jugak aku exercise kat sini. Untuk sem 1 ni, aku daftar 6 subjek. JER... Yang membawa jumlah sebanyak 15 kredit. WOW!!! Nampak macam sikit. Sebab time dip dulu, 17 kredit ni biasa-biasa jer. Tapi ini bukan diploma lagi... huhuhu... Tapi takpe lah. Tak cuba tak tau.

Sama jugak time dip dulu, mula-mula masuk dah cuak. Tak tau sistem belajar macam mana. Nak sesuaikan diri macam mana. Tengok subjek 3 ke 4 kredit dah cuak. Tapi bila dah dengar lecture, dah buat latihan, study apa-apa yang patut, alhamdulillah. Hari Isnin bersamaan 26 September 2011, jam 1.30 petang bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM. Aku layak berjalan di atas pentas untuk menerima sekeping diploma yang aku usahakan selama 3 tahun ni. Dan malam sebelumnya, aku bersyukur terpilih untuk menerima medal dan sijil sebagai antara 123 penerima anugerah Dekan UTMSpace... Alhamdulillah...

So, aku berharap, aku dapat mengharungi hidup sebagai mahasiswa di peringkat Ijazah dan aku percaya aku boleh buat. Chaiyok!!! Aku nak G.O.T!

Tau ke apa maksudnya??!

G.O.T membawa maksud yang amat mendalam... Gradute On Time... psssttt...

Aku tak nak jadi pelajar SUPERRR DUPERRR senior... kah kah kah

10 July 2011

aku percaya MAGIS. hahaha

selamat semua... hai...

Korang percaya MAGIC??!
hehehe... Kalau aku kata aku percaya, OK tak?

Alkisah nya adalah mengenai baju. YA. Baju kerja aku yang t-shirt putih tu. hah!

Mula-mula hari khamis malam tu. Aku memang letak baju & tudung kat iron board. Jadi pagi esoknya, aku mestilah ingat nak iron kan sebelum pergi kerja. Jadi, aku bangun pagi Jumaat tu, tengok baju & tudung ada tersangkut kat kepala kerusi. Pelik je aku tengok. Aku belek-belek, elok jer lurus tudung aku. Aku nak hilangkan kedut mana pun tak tahu dah. Lengan baju pun dah tajam-tajam. huhuhu

Dalam hati, WAHHH. Siapakah yang telah meng'iron'kan baju aku nih. Baik nya hati. MAGIC MAGIC

Lepas tu, akak aku pun mencelah.
"Kak long lah yang iron baju kau malam tadi. Tiba-tiba terajin pulak."

OWHHH tak lah magic sangat.

Ni cerita terbaru lagi. Macam biasa, setiap malam memang aku letak baju & tudung kat iron board. Bukan lah   harap-harap magic berlaku lagi. Cuma aku takut lupa nak iron kalau simpan-simpan dalam almari. Nanti kang nak pergi kerja, baru terhegeh-hegeh nak iron.

Jadi, aku bangun pagi ni, tengok baju dah berhanger. AIKKK! Pelik yer. Kali ni side lengan lagi tajam wooo! hahaha
Cuma tudung jer tak iron lagi. Kalau akak aku, malam tadi tidur sama. Bangun pagi tadi pun sama. Tak kan dia iron baju jer. Tudung pulak tak kan dia tinggalkan CENGGITU jer.

Ingatkan magic lah sangat kan. Rupa-rupanya abah aku yang iron kan baju. Dia mana tahu nak iron tudung kot. HA HA HA...
Termakan jugak pujuk rayu aku malam tadi. Puas lah aku buat ayat :

"Abah tak iron baju ke malam ni?" kekekeke

"Nape? Kau nak iron, iron lah dulu."

"EH, tak lah. Ipah iron esok je lah. ESOK KERJA PAGI."

Mengikut kata-kata abah dulu kala, kalau aku kerja pagi, boleh lah abah iron kan. YESSS!

Terima kasih abah! LOVE abah!

Emak pun sekarang MASAKKKKK jer. Senang aku nak bawak bekal. Selama 2 minggu ni, mana ada lagi beli makanan kat luar. hehehe... Kadang-kadang kalau tak sempat, siap hantar lagi bekal kat Giant.

Thanks MOM! I LOVE you emak.

Terima kasih jugak kat kak long, angah & eri. Yang pernah jemput & hantar aku kerja. Yang hantar kan bekal.

Terima kasih IBU tolong masak untuk aku bawak bekal dari kampung hari tu.

HUHUHU terima kasih semua.

08 July 2011

I am cashier

Hai hai...
HAHAHA lama nya teman tak menulis kat sini hah...

Sibuk lah sekarang. Almaklumlah orang dah bekerja. HEEEEE. Tak de lah GAH sangat. Jadi cashier jer kat Giant PJ. Baru 2 minggu. Jemputlah mai. hehehe...

Next week dapat tahu result UPU. hah kalau dapat lah sambung degree, bye2 lah Giant. ha ha ha. Kalau tak dapat pun, bye2 lah jugak Giant. Baik aku cari kerja lain kan. Yang sesuai dengan apa yang aku belajar selama ni. Tak kan selamanya nak kira duit. kih kih kih... Hari2 dapat pegang duit riban2. fuyyooo korang fikir best lah sangat. hu hu hu

Nak cerita sikit lah macam mana aku kerja ni kan. Aku dikira masuk sebagai full time. Ada 2 shift. Kalau pagi, dari 830-530. Kalau masuk petang, 130-1030. Kalau kena FULL, ambek kau 830 pagi-1030 malam. 8 jam kerja, 1 jam rehat. Nasib baik semua staf OK! suka2. Gaji basic 750. Elaun kedatangan 100. Ni nak dapat kena lah datang 26 hari sebulan. huh! Jangan lambat2. Time ni lah baru aku tau punch2 kad ni. huhu... Lagi 100 elaun cashier. Ni dia tengok pulak kita ada short ke over ke. OT tak tahu pulak macam mana kira. First time aku bukak kaunter sendiri, terOVER 9.95. hahaha. Tak tahu lah mana datang nya duit lebih tu. Lepas tu dah banyak kali, adalah terOVER 5sen, tadi 10sen. baru 2 kali jer clear. Dan tak pernah short lagi. hehehe...

Kalau aku shift pagi, sampai2 jer kena basuh kain2 lap kat kaunter tu. Dah basuh semua, lap pulak semua kaunter. Lepas tu ambek float kat cashier room. RM300. Sebelum masukkan dalam drawer, kena kira dulu float tuh. Duit kertas je lah. Syiling tak payah ler. huhuhu... OK! Siap semua. Susun2 pulak barang yang dekat2 dengan kaunter macam gula2 tu. Bagi kemas sikit. Tapi jangan lari jauh2 tau. Tadi baru kena tegur dengan bos. hehehe... Mana cashier yang dah lama sikit tuh, dia kena pergi cari barang yang ada promosi untuk cek harga. Kalau korang tengok Metro hari ni sampai ahad, ada saving coupon kan. Jadi mana2 cashier yang dah terer2 tuh, diorang kena prove kan lah harga sama dengan yang promosi tuh.

Cashier ni memang tak lari daripada masalah. Apa2 kerja pun lah, memang tak lari daripada masalahkan. Masalah utama pasal harga tak sama lah. Haish. Hari2 pun sama. Bila customer komplen label lain, scan lain. Kenalah si cashier pergi kat rak, ambek label, tunjuk kat customer. Kalau customer salah tengok, kenalah dia buat keputusan samada nak terima atau cancel item. Kalau label yang salah, kenalah cashier bagi special discount. Aku kan baru, tak lancar sangat tempat barang2 tu kat mana. Jadi kenalah beramah mesra dengan budak2 setiap bahagian tuh. Nampak jer muka aku bawak barang dengan muka sedih, ada lah yang datang menolong. TERIMA KASIH sahabat! hehehe...

Banyak lagi benda yang perlu belajar ni. Minat tu minat lah jugak. Tapi aku nak kerja ni sementara jer. Tak mahu lah jadi kan cashier sebagai kerjaya. Tapi kalau dah rezeki memang kat sini, aku terima jer. Cuma kalau boleh elakkan jer. huhuhu...

OKlah ni jelah cerita aku serba sikit selama jadi cashier baru seminggu ni. 4 hari pertama tu tukang pack barang jer. huhuhu...

Kalau ada apa2 yang menarik, boleh la cerita lagi. TADAAAA

14 June 2011

bila anda bosan...

Hai and hai. Assalamualaikum.

Dah habis belajar? Baru masuk? Rasa nak sambung? Ke nak kerja dah?

HAH itu dia persoalan yang berlegar-legar kat kepala otak aku ni. AISHHH.

Time belajar bising banyak sangat assignment. Test sana sini. Tutorial tak berbuat-buat. Ulang kaji ke laut. Bila membaca sikit, dah berair mata menguap memanjang. Bila letih sikit, study atas katil, terus lelap. Time study kat meja, nampak laptop, bengkak jari-jemari main game.

Bila kelas awal pagi, kecoh nak lambatkan sikit. Takut tak sempat datang sebab jalan jam. Bila kelas lambat, mengada-ngada nak cepatkan. Nanti senang nak balik kampung hujung minggu. Bila nak ganti kelas malam, heboh kata nak study. AHHH study lah sangat.

Time test, merayu-rayu nak tahu apa soalan yang keluar. Bila dah tahu, tak jugak skor. Bila soalan susah, pensyarah jugak disalahkan. Sebab bagi soalan susah sangat. Tak ikut macam contoh dalam buku. Bila soalan senang pun, bertalu-talu kata soalan tak mencabar. AISHHH...

Time dah habis exam last, sibuk complaint soalan tak seperti yang dijangka. Dah boleh agak macam mana result nanti.

Bila dah dapat tahu result, WOW!, syukur alhamdulillah. Tak rugi belajar 3 tahun kat UTM. Tapi kena kursus pulak 3 minggu. Kena buat presentation pulak. Ingatkan dah habis belajar, habis semuanya. Tak lagi...  HUUUUUU. Bosan nya. Hari-hari depan komputer. Bila dah habis kursus dengan jayanya, ada pulak kursus soft skill. Kena buat kumpulan. Kena buat itu ini ikut kumpulan. Kena buat cheers laaa. Fikir nama kumpulan lah. ARGGGG macam-macam lah.

Bila dah habis kursus. LEGA. Bebas semuanya. Tak perlu nak fikir apa-apa lagi.

Tapi sekarang. BOSAN. Sebab dah tak buat apa-apa. Tak fikir apa-apa. BOSAN.

Duduk kat kedai ibu tolong menjahit. Baru jahit sikit, BOSAN. Tolong pulak mak cik kedai kek. BOSAN jugak. Tapi sebab tolong orang, habis kan jugak buat. huaaaaa.

Sebab BOSANlah, terhasil nya entry ini. huhuhuhu

Kenapa tak pernah bersyukur? Semoga aku akan lebih menghargai apa yang aku buat selama ini.

25 May 2011

Nur Kasih The Movie Preview

hah assalamualaikum. apa khabar orang2 kampung? hahahaha

for today, i would to make a little preview about Nur Kasih The Movie. fresh lagi ni. baru tengok malam tadi. huhu...

ni daripada pandangan aku lah yer. entah2 aku pun tak paham cerita ni. hahaha

sebenarnya, ni alkisah mereka masa 70an. bagi yang tengok memang betul2 sampai habis, korang akan saksikan aidil (rahim razali) sedang menceritakan kembali kisah nur (afida es) & adam dari awal hinggalah ke akhirnya. sebab adam telah menulis satu buku menceritakan kehidupan dia & nur dari awal hinggalah dia pass away. aku agak mungkin nur dah tak berapa ingat kot. sebab time ilyas (norman hakim) datang, aidil perkenalkan yang ilyas tu anak dia (aidil).

first, kat jordan, ditunjukkan train meletup. lepas tu, penonton di suspen kan. huhuhu...

6 bulan sebelumnya...

aidil (fizz fairuz) memang sedih gila sebab isteri dia meninggal (alya). kena langgar kereta. sampaikan nak baca surah yassin, adam (remy ishak) guide dia.
ni time dapat tahu nur pregnant

then, nur pulak mengandung, but then gugur pulak. jadi mereka pun pergi mekah & jordan nak dekat kan diri pada ALLAH. sebab after aidil dah pulih semangat, dia pulak nasihatkan adam untuk terima dugaan ni dan yakinkan diri setiap ujian adalah untuk mendekatkan kita pada Allah.

part ni sedih sebab nur keguguran
bila kat jordan, adam mimpi nur mati. so, dia pun takut2 ada something yang akan berlaku. sambil2 tu, ada jugak ditunjukkan yang adam ni sakit. effect daripada letupan kat Mumbai dulu (dalam drama). sakit jantung.

lepas tu, terbongkarlah misteri penonton tentang letupan train tadi. hahahaha.
tapi mereka selamat. luka lah sikit2. tapi cincin nur hilang. jadi, adam cuba sedaya upaya untuk cari cincin tu balik kat tempat kejadian. tapi tak jumpa. disebabkan adam sakit, dia accident. adalah penduduk area situ selamatkan.

belakang cerita pulak, nur cuba macam2 untuk cari adam. aidil siap datang jordan lagi tu. at last jumpa jugak. cincin pun jumpa. lepas tu mereka pun balik malaysia. adam memang tenat giler. huhuhu... suspen2... aku ingat dia mati.

nur kerja, cuba macam2 usaha untuk pulihkan adam. bil rawatan puluh2 ribu ringgit. nur pulak mengandung. adam ambil keputusan jual rumah, duduk kat kampung.

ada satu ayat daripada maryam (miasara). dia tanya pak su nya (adam):
"pak su sakit sikit ke sakit banyak?"
adam serba salah jawab: "pak su sakit sikit jer."
then dia cakap, "Tak pe lah sakit sikit. Kalau sakit banyak nanti mati macam umi."

huhu sadis bila budak berkata2. 

untuk pengetahuan, adam & nur ada bukak satu kelas untuk remaja2 liar. adalah sorang budak ni nama nye mamat (muniff isa), nampak baik sikit lah. ada kesedaran. time aidil kena belasah dengan jamal (shafie naswip), mamat tolong. tapi, jamal belasah mamat sampai mati. tu sebab adam hidup lagi, sebab dia dapat jantung mamat tuh. huhuhu...

dalam salah satu kelas yang adam handle, dia ada cakap:
"ganjaran yang kita dapat setimpal dengan apa yang kita bagi."

so, mamat dah memberikan sesuatu yang amat bermakna hingga dapat menyelamatkan nyawa 2 orang tahu?! sebab apa? sebab first, dia selamatkan aidil, then adam... hah memang besar ganjaranya. walaupun dia seorang budak liar kan.
'dont judge a book by its cover'

ayat aku memang pening. huhuh sabar je lah...

nak tahu sebab apa aidil kena belasah? rasanya ada kot dalam iklan sebelum ni. sape entah watak nya lakonan sara ali, bagitahu jamal (boy dia) yang dia suka kat aidil (or ada affair. something like that laaa. x clear sangat.). sebab sara ali nak jauhkan diri daripada jamal si durjana tu. hahaha memang jahat. poyo! kan ada ayat dalam iklan yang dia cakap macam ni:

"Lu ustaz, tapi perangai macam ..............."
alamak! lupa lah. hahahaha... sorry...

lastly,
aku rasa memang nur nyanyok ke ape ke. sebab bila aidil time tua bawak nur balik rumah, dia perkenalkan.
"hah yang ni maryam, anak abang aidil."

ni anak nur


lepas tu kat tingkap rumah tu kan. ada zain ruffedge. kekekeke...
nur terus pergi kat zain & said...
"ni anak nur. SAIF."

nasib baik ingat anak sendiri. huhuhu...

eh mengikut pemerhatian aku, adam mati time dia tua. tak tahu lah kot2 itu imaginasi nur je. adam mati time dia tengah melukis.

ok lah. itu jer aku nak bagi tahu. kalau salah harap dimaafkan. nak tahu, pergi tengok sendiri. huhuhu
ingat ayat2 ni yer.

"Cinta Nur hanya untuk abang adam seorang hingga akhir hayat."

"Abang Aidil akan berada di samping Nur selagi abang masih hidup. Itu janji abang pada Adam."

07 May 2011

bbq 3DDP

Akhirnya... 
Dapat pun update blog. Letih teman menunggu wireless KSJ ni elok.

Ikut entry sebelum ni, aku g pasar beli ayam untuk persiapan BBQ kan. HAH!

Nasib baik jadi. Sebab aku dengar khabar angin kus-kus dari kolej, ramai yang tak nak join. Sabo je ler...

At last, pada 4 MEI 2011, berhimpunlah kami semua di mana?? untuk bbq...

hehehehe... di belakang surau... 

wahhh alim tak kami? alim kan.

Bukan sebab apa, belakang surau privacy sikit. Lagipun ada paip. Senang nak membasuh nanti.

Ikut kan Rabu hari tu, aku balik dari rumah dengan semangat nak study. YEAHHH!
Tapi apa kan daya, lepas Zuhur, jiran sebelah ni mengajak pergi NSK pulak beli barang. AISHHH.
Lepas tu, pergi carre4 pulak. Sampai kolej, dah Asar. Lepas tu terus siap-siap barang untuk bbq. 
Then, terus turun untuk menyibukkan diri kat teman-teman yang payah naa hidupkan api. hehehe...

Kesian meka, comot-comot dek arang. Aku??? 
Biasalah teman, tolong kipas-kipas jer. 
EH menyala tau api. Jangan main-main. Kencang ni aku kipas guna dulang. hahaha

Gitu gini gitu gini, siaplah semua yang perlu dibakar. Ada ayam (wajib lah ni), sosej, jagung, bebola ayam, burger, marshmallow (cehhh). heaven makan malam tu. HAH tambah lagi satu, haiii nasi goreng!

Dah makan-makan, kitorang tak kemas dulu. 

Mai kumpul sini mai. Kita buat bulatan. Luahkan perasaan masing-masing sepanjang 3 tahun dalam 3DDP ni.

huhuhu sesi macam ni buat aku lemah. Kalau tau dari awal, siap dah buat skrip.
Dapat pulak malam tu, main random jer pilih sesiapa yang kena cakap. ADUH!

Contoh>>

Kenangan manis : "Dapat kenal dengan korang semua. Dapat hidup dengan korang. Sebab aku ni tak duduk asrama." 
Jadi takde lah rasa sepanjang hari, sepanjang minggu hidup bersama. Betul tak? Kalau kat sekolah dulu, jumpa dari pagi sampai tengah hari. Paling lama pun petang. Kalau weekend lagi lah tak jumpa. Ni kalau kat sini, pagi, petang, siang, malam, nampak muka kau ajer... huhuhu

Kenangan pahit : Aku tercakap kenangan pahit aku ialah malam bbq tu. Silap lah wei. Sebenarnya malam bbq tu, adalah kenangan manis & pahit. Sebab apa?

Time manisnya, kita semua berkumpul untuk sem last ni kan. Buat kerja sama-sama. Gelak ketawa. HAHAHA.

Cuma part pahitnya, ada beberapa yang tidak mengjoinkan diri. sob sob. Sedihlah jugak. Bila lagi nak ada moment macam ni. Tapi tak kisah lah. Yang penting KITA ENJOY!!!

Next plan >> Reunion 5 tahun akan datang. NANTI KAN...

Terima kasih kepada semua yang telah melibatkan diri...

Mintak maaf daripada semua. Memang aku selalu terkasar bahasa. Bukan 'ter', memang saja nak kasar bahasa. huhuhu. Terlebih terkurang harap dimaafkan. 
MAAF! MAAF! MAAF!

**********************************

Ada 4 jenis orang yang aku dapat perhatikan.

1. Suka menganjurkan program. BAGUS! 
2. Suka melibatkan diri dalam program. BAGUS juga.
3. Suka mengkritik, tapi akhirnya terlibat dengan program. QUITE good.
4. Suka mengkritik, dan akhirnya tak terlibat langsung dalam program. NOT good!

Pilihlah korang jenis yang keberapa. 

(1) sangat memerlukan (2), sebab kalau (2) takde, program tak jadi, betul tak?
 
(1) jugak perlukan (3), sebab kadang-kadang idea orang jenis (3) ni bernasss dan masuk akal.

(2) pun perlukan (1), sebab kalau (1) takde, bosanlah (2).

(4), hang p main jauh-jauh na.


03 May 2011

jangan terkejut jumpa aku kat pasar

"Angah, angah! Jom hantar aku g pasar."

huhuhu... Tu lah nasib badan. IC bantai letak dalam kereta. Kereta semua orang bawak pergi kerja. Tinggal aku dan lesen sahaja. Kenalah menagih simpati adik beradik. keh keh keh

Ikutkan, pagi ni nak pergi pasar. Nak beli ayam dan bahan-bahan untuk perap ayam. Dapat call daripada pengarah (Dan) program baru tadi, suruh beli ayam 7 ekor potong 12. WOW! 

Yang sebenarnya, aku dan budak sekelas 3DDP ni nak buat BBQ malam esok. Maklum saja lah, sem last. Nak together gether gediks lah malam esok. Tapi rasa macam banyak jer tu 12x7=84. Kitorang ni ada 30 orang jer. Kalau beli 6 ekor pun cukup. Tambah nasi lagi. Ada sosej lagi. Banyak tu...

Dia tanya pendapat aku nak beli berapa ekor. Dia kata "Cuba ko bajet2, budak pempuan makan berapa banyak?". Siap pesan lagi "Jangan ikut kau, kau makan memang sikit". Ek eleh... Ingat yang lain tu makan banyak ke. huhuhu sengal Dan. Tak kisah lah. Aku beli 6 ekor je lah. Dah potong2 nanti, bukan dia perasan pun. hahaha. opsss!

Ada jugak cadangan nak pergi Sungai Sendat. Tapi memandangkan musim sekarang hujan jer. Lagi pun kitorang ni belum pun habis exam lagi. Aku tak berapa setuju. Risiko tuh. Aku tak nak! Mujurlah ramai jugak yang sependapat dengan aku. heeeee... Kalau tak, sah2 lah aku tak pergi.

27 April 2011

kau dengar apa yang aku nak cakap ni wahai toiletmate

HAI selamat 'still' PAGI...

I baru bangun. huhuhu Jarang betul aku ni tido time macam ni. Tapi rasa macam penat semalam carry forward sampai pagi ni. ahaksss

Malam tadi memang penat dah. Aku tido cepat jugak around 11. Selalu nye kul 12. Lepas tu kannn...

AISHHH

Ni yang aku nak citer ni.

Ceciter... Ceciter...

Toiletmate & the gang buat harok! pukul 1 pagi. Konon sambut birthday lah sangat. Eh hello!!! SATU PAGI ok! Kalau 1 tengah hari, ADA AKU KISAH?! Siap masuk mimpi lagi. Tapi rupanya betul-betul. Oh sabar-sabar. Aku memang sabar.

Aku tahulah, memang happy duk kenakan birthday girl ni. Aku pun ada tengok dulu tapi tak join hehehe. Lagi-lagi kita semua yang dah sem last ni. Memang ni lah masa nak perhabis dengan kawan-kawan seperjuangan. HUH! Tapi beragak sikit.

OHHH lepas dah penat berlari, dah kotor-kotor. Masuk toilet. Buat toilet macam toilet sendiri. Aku sah-sah memang pantang dengar orang memekak macam ni, terus bangun p toilet. Kat pintu, aku berdiri lama sikit. Konon-konon tengok bawah, kat lantai. PERGGHHH kotor mak datok! Aku tengok jer. Biar toiletmate aku ni perasan apa yang aku tak puas hati selama ni.

HAH nasib baik kome paham yer. Pagi tadi aku bangun, bersih SIKIT lantainya. Terima kasih. Kalau macam ni dari dulu, kan bagus. Tak de lah aku nak jeling korang bila jumpa kat toilet. Tapi dah nak habis sem dah pun... Ermmm tak pe lah. Kalau aku tak nak buat, tak de sape nak bersihkan toilet, kena saman pulak nanti. Tak pe lah kawan. Aku mampu buat, aku buat lah. Dah lama-lama, rasa biasa jer. Tak kisah dah pun. Aku takut nanti, jadi tak ikhlas pulak.

Tapi yang aku nak cerita nih, lepas aku terjaga kul 1 pagi tadi, aku susah nak tido. cisss HAMPEH betul lah. Puas dah tergolek terlentang. Tak nak gak tido. Dah jadi tak ngantuk. errr geram nya. Tu lah pasal, pagi ni kul 8 tadi, tido balik.

Macam ni sebenarnya aku nak cakap dengan korang:

"Gelak-gelak jugak. Aku tahu korang happy tahap gaban. Tapi tolong tengok sikit jam sekarang pukul berapa. Korang jer happy sudah. AKU TAK NAK SHARE HAPPY KORANG! Faham?!"

Tapi tak jadi lah. Lain pulak jadinya nanti. Kita rileksss. COOL. huhuhuhu...

Quote hari ini > Percayalah, kita tak pernah ditemukan dengan orang yang salah.

Terima kasih kepada penulis artikel ini, daripada iluvislam.com. Kalau tak, sampai sekarang aku ber'angin' ber'asap' dengan toiletmate.

Kalau tak jumpa toiletmate, mungkin aku tak jadi serajin ni. hohohoho

THANKS...

25 April 2011

selamat tinggal sayang

Tanpa saya sedar, dah 4 bulan kita bersama ya. Pahit getir ribut taufan, semua dah rasa. Hujan panas lapar dahaga tiap-tiap hari, tak mampu nak kira. Kita ditakdirkan berjumpa hanya sekali seminggu. Petang pulak tu. Lagi lah saya bosan, ngantuk, lapar bila jumpa awak. AISHHH!

Hari ni saya nak buat declaration dengan awak. Dengar sini baik-baik tau!

"I nak mintak putus. Please. I dah tak tahan. huhuhu... Tapi U mesti bagi yang terbaik untuk I tau."

HAH padan muka. Saya dah ada orang lain sekarang. Kiranya petang tadi, last lah kita jumpa eyh.

Terima kasih kerana sudi bersama dan memahami saya sepanjang perkenalan kita. Walaupun saya dah cuba dan cuba dan cuba lagi untuk sayang dan cinta awak, tapi saya tak mampu. Ini saja yang saya mampu berikan. sob sob sob

Sedihnya kerana melepaskan awak pergi. Takut awak buat tak baik kat saya. Kalau nanti, hidup saya huru-hara, saya akan salahkan awak. Saya tak nak jumpa awak lagi!!! Saya nak lupakan awak. Tapi bukan selama-lamanya. hehehe... Bila saya perlukan awak, saya panggil lah. Kalau tak nak, bye-bye... :P

Kalaupun ada jodoh antara kita lagi, biarlah kita bertemu di tempat lain. Saya dah tak sanggup untuk berjumpa awak di sini lagi. Saya malu lah. ahaks

Awak doakanlah, dengan orang baru ni. Saya akan bahagia jugak. Dan saya harapkan saya lebih bahagia bersama orang baru ni berbanding dengan awak sebelum ni.

HUAAAAAHHH tolong lah orang baru. Jangan kecewakan saya. Saya haraaaap sangat. Berilah yang terbaik untuk saya. Please please...

Selamat tinggal sayangku....





Engineering Management....

keh keh keh...

Itu dia orang baru saya!
Dah lah. Banyak mengarut jer aku malam ni. Effect exam petang tadi lah tu. Tapi alhamdulillah semua yang dibaca, ditanya dalam soalan tadi. Nak tahu kenapa???

hahahaha sebab lecturer dah bagi siap-siap suruh baca apa. ohhh terima kasih pensyarah ku.

24 April 2011

IPD Petaling Jaya dilanda ribut

Aku tak mampu menulis untuk puaskan hati semua orang.

Tapi aku ada cerita hari ini. hehehe...

Alkisah nya bermulaaaaa...

Pada suatu petang...

Hujan rintik-rintik, air bergelora

Lepas tuuu kan... POM PAM POM PAM!

Kilat sabung menyabung. Hujan dah tak sudi nak rintik-rintik lagi. Tapi mencurah-curah. Kalah pili bomba yang buat berlakon dalam filem tu. huhuhu... AMEK KAU!

pemandangan dari tingkap rumah

tengah hujan lebat pun orang dah turun buat kerja


Tengoklah tu. Pokok durian tu menyembah bumi. Habis 1 row parking roboh. Ingatkan kereta aku tak kena sebab duk hujuuuuuung sekali. Almaklumlah, parking dah bergoyang-goyang. Kayu pun dah reput. Atap pun dah berlubang. Memang saja bagi roboh ni. Boleh buat baru. hahaha. upsss jangan marah Tuan Arjunaidi.

Aku takdelah jenis gelabah puyuh kan. Dengar parking roboh terus berlari berkejaran nak selamatkan kereta. LEK LUUUUU. Kereta mak gua. Bukan gua punya duit. hahahaha...

Tak de lah sampai macam tu. Akak & abang aku dah turun meninjau tapak kejadian. Menolong apa yang patut. Mak aku pun turun menyumbang mata & telinga. Tapi AKU???

Mestilah turun! Lambat sikit jer. heh.

Dah tu kau pikir gambar ni aku copy paste ke? Tolong sikit. Ori daripada henset aku ler... Sibuk KLIK! KLIK! mengalahkan wartawan. huhuhu... Tu jelah aku dapat tolong.

taraaa!

nasib baik tiang landing baikkk punya sebelah kereta

aik! senyum lagi tuh... tapi dalam hati :
"rupa-rupanya dapat bonus bulan ni nak ketuk kereta"

aerial dah hilanggg! sob sob sob

Memandangkan aku yang masih bersih lagi suci, tak menolong langsung orang berkemas, kena lah alihkan kereta ke tempat lain. Rasa jadi pemandu kehormat. Tak bawak lesen. Aku kena drive keluar balai, sebab tak de jalan lain untuk masuk parking sebelah depan.



tadi atap tuh main patah-patah jer. nampak sangat dah uzur.


Toyota Avanza ni satu-satunya kereta yang dihempap oleh pokok. Yang lain kena tempias jer. Parking ni ada 10 lot. 8 jer ada kereta time tuh.
Ada polis trafik cakap tadi : "Malam ni ko p langgar mana-mana tembok. Baru boleh claim."

Kalau langgar tembok, memang lah kemik. Tapi kat tepi. Ni kemiknya kat atas. Macam mana tuh? huhuhu

Sebelum aku balik kolej tadi, sempatlah aku ambik lagi satu gambar...


Clear sudah. Habis semua pokok kena tebang.
Takut lah tuuu
Aku pasti semua menanti-nanti kemunculan parking terbaru...

NANTIKAN......

itu sahaja laporan daripada ifah
dari meja study, KSJ

Kenapa update cepat sangat? -sebab saya malas nak study sekarang-

status terkini : esok ada paper Engineering Management

Bagus!!!

23 April 2011

apa sudah jadi?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Salam 1 Malaysia.

Selamat hari Sabtu selamat hujung minggu...

Apa khabar semua hari ini? huhuhu...

Macam MHI lah pulak...

Rindu sungguh nak menconteng-conteng kat sini. Rindu nak baca blog korang semua. Akhirnya pada pagi 19 Jamadil'awal 1432 Hijrah ini, telah dibukakan hati dan dilapangkan dada untuk aku menulis blog. keh keh keh...

Apa cerita yer???

Biasalah, ini jam kebanyakan U tengah final exam untuk SEM 2 2010/2011 kan. So, bertitik tolak daripada situ jugak, aku malas nak berblog. Final sem uittt. Kalau ada satu subjek kantoi, habisss laaaa (cuba cakap perkataan ini dengan gedik sambil goyang-goyangkan badan & kepala). heeeee... Memang rasa nak study berhidup-hidupan.

Tapi pagi-pagi ni lagi dah bermonolog dalaman:

Cik TAN yang jahat: Jomlah balik kampung... Jomlah... Ikut angah. Ikut mak. Jomlah...
Cik SU yang dengki: Jangan! Jangan tak ikut! HAHAHA
Cik TI yang baik: Ehemmm. EH korang 2 ekor buat apa sini hah?
Cik TAN & SU yang jahat & dengki: Eh sibuklah. Kami nak ajak tuan kami ni balik kampung. Kami tengok tak senang beliau nak study kalau tak balik kampung.
Cik TI yang baik: NO WAY!!! Tuan aku nak study. Isnin ada paper lagi. Kalau beliau balik kampung, CONFIRM tak study.
Cik TAN yang jahat: Kenapa pulak? Boleh bawak nota apa balik kampung. Boleh baca dalam kereta ke. Kat rumah nanti pun boleh baca whatttt?!!!
Cik TI yang baik: Tak de maknanya. Dalam 3 tahun ni, setiap kali bawak buku ke, nota ke, balik rumah ke, balik kampung ke. Tak pernah beliau nak usik. Aku tak percaya dah tuan aku ni.

erkkk! Kutuk tuan sendiri nampak...

Cik TI: Dah berambus kome dari sini. CEPATTTTT!

aishhh apa lah aku ni. Rumah | Kampung | Rumah | Kampung | Rumah |

Tu jelah yang aku ingat. Tak pernah nak fikir effect nya kalau tak study. Bukannya lama lagi pun. Sabtu depan dah boleh balik. Ada gap seminggu lagi tuh. Apa lah nak jadi...?!




Untuk aku sendiri, baru nak mencari bayang-bayang kelegaan, sebab baru perform dengan first paper: 'Data Communication'. Ada 4 lagi menunggu. Sebab tu baru nak cari bayang-bayang. huhuhu... Kalau dah habis, baru nampak yang SOLID. Betul takkk?

Dengan berbekalkan pointer yang cukup-cukup mentedarah ni, rasa-rasanya layakkah diri ini dipilih untuk meneruskan pengajian di UTM Skudai. Baru baca paper Khamis lepas, NC aku sendiri yang omong, UTM nak lahirkan pelajar yang berkualiti, bukan nak lihat daripada segi kuantiti. Mentang-mentang lah dah dapat status Universiti Penyelidikan. Cittt!

Nak pilih pelajar 3.9 ke atas. Dalam kelas aku ada lah sorang Chinese. Kos elektrik yang lain adalah beberapa kerat. Dah tu, kami yang lain ni nak campak mana??? Antara senikata lagu: 'Kami anak kandung, UTM rimbun bernaung'. Lepas ni tukar lah jadi anak tiri pulak. huhuhu... Sedihnya mengenangkan nasib diri...

Jadi, untuk menghadapi masa-masa mendatang, aku rela bersedia untuk menerjah! ke alam pekerjaan.
CAKKK! hehehehe...



Bye... Ini saja buat masa sekarang...

STUDY STUDY... 

03 April 2011

~I'll be back soon~
~I'll be back soon~
~I'll be back soon~
~I'll be back soon~
~I'll be back soon~

21 February 2011

@terengganu

Assalamualaikum... Holaaa to all...

OK untuk pengetahuan semua, Sabtu lepas aku & my family went to Kuala Terengganu. Yihaaa!
Sponsored by my brother. Thank YOU!
Kami pergi berempat. Akak & angah tinggal jaga rumah. huuuuu.
So, Sabtu pagi, akak aku hantar pergi KLIA. Sampai-sampai terus check in. Then breakfast. 
10 minit sebelum waktu penerbangan, sepatutnya penumpang dah ready dalam balai berlepas. Tapi kami, sedap lagi mengunyah Nasi Lemak dua belas ringgit. MAHAL! 
Rasanya biasa jer. Sedap lagi nasi lemak kat mak cik blonde luar kolej aku. keh keh keh

At first jalan laju. Kalau masuk Olimpik dapatlah pingat kot. Tapi, tengah berlari-lari anak gitu, ada orang call abang aku,  
"Ini Encik Mohd K***** ke? Kalau encik tak sampai dalam masa 6 minit, kami tutup pintu."

HUWAAA kami semua lari lah lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Gate A7 kat hujung pulak tu. adeh!!! Mengah kot baru lepas makan...

Alhamdulillah sempat. Dah ada orang tunggu kami, tak perlu scan tiket bagai, terus masuk flight. Duduk jer, tutup pintu, flight jalan. 
Of course lah semua dalam tu tengok kami. Alaaa macam kalau kita masuk panggung kalau lambat, semua orang pandang macam nak telan. grrrrrr

Penerbangan mengambil masa selama 55minit dari KL ke KT. 
Sampai KT, kawan abang aku ambil. Bagi kereta sewa, Cik BIBA warna hitam. RM90 for one day lebih sikit.

Tak kan lah pukul 10 pagi tu nak pergi kenduri kahwin kan. So, kami pergi lah ke Bad Stone Beach. HAHAHA
Ini abah aku yang bagi nama. Cuba korang teka?!
Kat situ, kami makan COLEK. Macam-macam lah benda yang korang boleh makan macam, murtabak ayam ke, bebola ketam ke udang ke, keropok lekor.
Then, barulah pergi rumah orang kenduri kat Tok Jembal. Kawan abang aku yang kahwin. Kenduri simple jer. Sebab ni sebelah lelaki. Sebelah perempuan kat Kuala Kangsar hari tu, 2 minggu lepas.
Pelik sikit lah, kat sini makan berasingan lelaki & perempuan. huhuhu
Makan kat luar kemah, bertatang pinggannya. Abah aku pulak makan kat garaj, berdiri.

Lagi satu yang pelik, pengantin perempuan duduk dalam rumah jer. Yang lelaki kat luar layan tetamu. Pengantin perempuan duduk dalam rumah, pakai lawa-lawa, duduk sebelah mak mertua, orang masuk salam-salam, dapat duit. hehehehe... STYLE ooo...
Bila mak aku dah salam, bagi duit, ambil gambar sikit, byeee... Nak check in hotel pulak.

Hotel Mid Town.
Balik berehat, tidur, mandi.
Petang pulak pergi MYDIN. Kawan abang aku kata, situ lah tempat paling besar untuk shopping. OK fine!
Kat KL tak pernah pulak bising nak pergi mydin. huhuhu
Tak de benda sangat. Tak leh kalahkan KL la. wahahahaha. *jangan marah*

Lagi lagi lagi...
Malam tu, kawan abang aku yang lain pulak, ajak makan kat Pantai KELULUT. Macam kat Muara or Bagan Lalang lah. Seafood.
Mula-mula dengar Kelulut kan. Hah?! Kelukut? Kelutut? Lukut? Tapi Lukut kat Port Diskson. huhuhu. Macam-macam keluar.

Lepas tu, sebelum balik hotel, pergi WATERFRONT pulak. Tak buat apa pun. Ambil gambar sikit, then BLAHHH ke hotel.



Tidur lah aku dengan aman... ZZZZZzzzzzZZZZZzzzzz

Early in the morning, breakfast kat hotel. Biasalah standard hotel. Tak pedas. huuuuu. Tak selera nak tambah.
Then, pergi Pasar PAYANG. ehem ehem. Jalan kaki jer tau. Exercise pagi-pagi lepas makan. Tapi disebabkan memang lah dekat, tak berpeluh pun. huhuhu. But then, sempat lagi abah aku tahan teksi. cisss pemalas! Lepas tu, kami semua bantah. hahahaha. Kesian abah aku.

dah mandi tau! tapi malas nak iron tudung. merah & kelabu. so nice. hahaha

Jalan kat pasar Payang, belilah keropok, t-shirt, baju batik, tudung. Tapi kat sini memang banyak baju batik. Kalau tudung, aku rasa lagi happening kat Kelantan. Memang semua kedai aku pergi, baju batik jer penuh. Tengok-tengok lagi, ada lah kat hujung sudut kedai, display tudung sikit. ermmm

Dah penat menghabiskan duit, pulanglah kami ke hotel dengan menaiki BECA. ewahhh naik beca. For the first time beb! huhuhu


Kami pun siap-siap kemas barang, ready to check it out. huhu... Sebab lepas ni, nak pergi beli keropok lagi. Aiyooo mak aku macam nak buat bisnes.
Kalau korang pergi KT, cari kedai keropok lekor 008, kat Marang. Memang sedap. Berdepan dengan Hotel Aruni.

On the way pergi airport, singgah pulak kat NOOR ARFA batik. Aku pun belilah keychain & pelekat kat peti ais tu. 1 pelekat RM9. Cekik darah!



Aduh penat lah menaip ni.
Dipendekkan cerita, sampai airport terus check in, masuk balai berlepas, masuk flight, then fly awayyyyy. yuhuuu...

Tapi sebelum mendarat, nampak tak aku berlegar-legar kat atas dalam 20minit aku rasa. heeeee.
Pilot bilang cuaca enggak baik. pas tu kena Q sebelum landing. Sabar jelah. Memang aku dah siap mengucap dan ready untuk apa-apa kemungkinan.

Alhamdulillah selamat. Kalau tak, tak de lah aku update blog sekarang ni. hehehehe

Itu sahaja cerita dari Terengganu.



18 February 2011

seharian kami 3DDP

assalamualaikum. Hai you all...

hah aku agak teruja time nih. hihi sebab apa?

Sebab aku baru dapat online. opsss selama ni tak tahu pun guna ID apa nak online. Guna ID lama, server kata dah expired. Hampeh. huhu rupanya guna no matrik & IC jer. lalalala

Kan semalam aku ada cerita pasal GIRLS 3DDP nak main futsal kan. YEAHHH really happening. Aku tak tahu aku ni penat bermain? Penat menendang bola? Penat berlari? Or just penat menjerit. heeeee
Well girls memang macam tu aku rasa.

1 kelas kami actually ada 18 girls. But then semalam, kami pecah 2 group. 6 <> 6. 2 orang tak main duduk tepi. 2 orang tak turun-turun. 2 orang lagi balik rumah. Aku team 1. Tapi kalah dengan team 2, 2-4. EH entah lah aku tak ingat. huhu... Tapi yang aku ingat memang kami kalah.
Alahhh aku tak ambik gambar semalam. Biasalah sibuk kejar bola kan. kah kah kah. Jadi apa yang sempat hanyalah sebelum permainan bermula.

Di saat Syida sibuk mengira untuk pecahkan ikut team. Cuba nyanyi sikit.
"Polis entry, one two jaga, polis mati tinggal rangka."

betul tak lirik aku Syida? huhuhu

OK malam pulak kami semua keluar makan. Tak semualah. 9 orang jer. Yang lain unidentified. Dah besar kan. Pandai-pandai lah nak makan. Tak kan asek nak kena TEXT jer. Parah lah gini.

Balik daripada menjamu selera kat flat sebelah kolej kami ni, yang tengah dengan acara 1Malaysia sempena TBC aku rasa. Kami singgah pulak tepi padang. Main segala benda alah yang ada kat situ. Aku pun naik hairan kenapa tak henti-henti lagi aktif kami ni. Lepas tu, aku siap pinjam tali SKIPPING pelajar IS lagi.

"Miss, may I borrow this?"

Dia tercengang. Sebab aku just tunjuk tapi pegang apa yang aku nak pinjam. Dalam hati 'Tak leh jadi nih.'
BI pun tak faham. Aku angkat tali skipping tuh, tunjuk kat dia.

"May I borrow this?"

"Oh yes you can. Sure sure."

Ini lah pentingnya English Edukesen. Tahu? keh keh keh

Hah apa lagi. Aktiviti pun bermula...

Lompat jangan tak lompat!!! ewahhh



ini pulak nak berpoco-poco
Dah penat dah berpeluh-peluh walhal baru lepas mandi tadi, naik lah semuanya. huhuhu
Hyperactive lah semalam. BEST! Rugiiiiinya siapa yang tak de.

Kami lalu di Foyer blok A, nampak lah budak-budak KKDK tengah sibuk untuk siapkan banner Festival Maulidur Rasul 1432H, untuk perarakan jam 7 pagi esok. Mereka gabungkan 3 kelab.  

KKDK | Karisma | FOTO

Ahli kontinjen nak minimun 35. Kalau menang nombor 1, dapat RM700. Baik gabung. Lepas tu buat gempak-gempak.
GOOD LUCK!

sibukkan?
Hello, I bukan datang meninjau jer tau. I tolong.
Tolong lah sikit daripada tak de. huhuhu...

Nak dekat jam 1pagi. We gotta go. Badan, kaki semua dah sakit sakit ni.

Pagi ni pulak aku baru lepas buat SIT-UP. ceh ceh ceh...

Tegang perut oiii. Adehhh

Quote : "Kawan tidak hanya datang kepada kita apabila susah, tidak juga pergi apabila dia senang. Tapi kawan adalah orang yang setia bersama di kala susah atau senang."

Apabila sebut tentang kawan, macam-macam perkara jadi masalah. Walaupun ada persilihan pendapat, walaupun ada terguris hati dan perasaan, you'll be my friends.
FOREVER & ever...

Tahap TIDAK SUKA aku, belum pernah sampai tahap BENCI.

17 February 2011

Jom Futsal!!!

hai assalamualaikum...

Korang dah baca KOSMO hari ni? Column dunia.

"Penyu gergasi ganggu majlis perkahwinan"

Mat saleh memang. Semua nak pelik-pelik. Nak dapat nama. Sanggup buat apa jer kan?!
Nak kahwin dalam akuarium besar. Sah-sah lah dalam tuh segala macam ada. Nasib baik penyu jer. Buatnya jerung datang. GRRRRR belum sempat sarung cincin, jari dah hilang. huhuhu...

Hah lepas ni, kita nak buat majlis kahwin kat mana yer? Cuba cari tempat pelik-pelik sikit.

Naik kereta kuda, dah ada orang buat.
Naik beca pun dah ada.
Dalam banjir pun ada. hihihi...
Pengantin drive sendiri ada.
Dalam train ada jugak.

Fuhhh(ala-ala awal ashaari)

Aku tak terfikir lagi tempat-tempat pelik nak buat majlis time aku kahwin nanti.

You all macam mana? Kalau dah pelik sangat, nanti boleh masuk Malaysia Book of Records nak? hehehe

Oklah. Apa ke halnya aku cerita pasal kahwin ni. Macam nak kahwin bulan depan jer. toink!

-------------------------------

Ok berbalik cerita pasal aku jer. hahaha

Hah kalau korang nak tau, hari ni kami, semua warga tiga DDP seksyen sebelas, ingin bermain Futsal.

ehem ehem. Perempuan sahaja yer. Harap maklum.

Kalau ada penyamaran seperti memakai tudung dan sebagainya. Kami boleh detect!!!

LALALALALA