10 July 2011

aku percaya MAGIS. hahaha

selamat semua... hai...

Korang percaya MAGIC??!
hehehe... Kalau aku kata aku percaya, OK tak?

Alkisah nya adalah mengenai baju. YA. Baju kerja aku yang t-shirt putih tu. hah!

Mula-mula hari khamis malam tu. Aku memang letak baju & tudung kat iron board. Jadi pagi esoknya, aku mestilah ingat nak iron kan sebelum pergi kerja. Jadi, aku bangun pagi Jumaat tu, tengok baju & tudung ada tersangkut kat kepala kerusi. Pelik je aku tengok. Aku belek-belek, elok jer lurus tudung aku. Aku nak hilangkan kedut mana pun tak tahu dah. Lengan baju pun dah tajam-tajam. huhuhu

Dalam hati, WAHHH. Siapakah yang telah meng'iron'kan baju aku nih. Baik nya hati. MAGIC MAGIC

Lepas tu, akak aku pun mencelah.
"Kak long lah yang iron baju kau malam tadi. Tiba-tiba terajin pulak."

OWHHH tak lah magic sangat.

Ni cerita terbaru lagi. Macam biasa, setiap malam memang aku letak baju & tudung kat iron board. Bukan lah   harap-harap magic berlaku lagi. Cuma aku takut lupa nak iron kalau simpan-simpan dalam almari. Nanti kang nak pergi kerja, baru terhegeh-hegeh nak iron.

Jadi, aku bangun pagi ni, tengok baju dah berhanger. AIKKK! Pelik yer. Kali ni side lengan lagi tajam wooo! hahaha
Cuma tudung jer tak iron lagi. Kalau akak aku, malam tadi tidur sama. Bangun pagi tadi pun sama. Tak kan dia iron baju jer. Tudung pulak tak kan dia tinggalkan CENGGITU jer.

Ingatkan magic lah sangat kan. Rupa-rupanya abah aku yang iron kan baju. Dia mana tahu nak iron tudung kot. HA HA HA...
Termakan jugak pujuk rayu aku malam tadi. Puas lah aku buat ayat :

"Abah tak iron baju ke malam ni?" kekekeke

"Nape? Kau nak iron, iron lah dulu."

"EH, tak lah. Ipah iron esok je lah. ESOK KERJA PAGI."

Mengikut kata-kata abah dulu kala, kalau aku kerja pagi, boleh lah abah iron kan. YESSS!

Terima kasih abah! LOVE abah!

Emak pun sekarang MASAKKKKK jer. Senang aku nak bawak bekal. Selama 2 minggu ni, mana ada lagi beli makanan kat luar. hehehe... Kadang-kadang kalau tak sempat, siap hantar lagi bekal kat Giant.

Thanks MOM! I LOVE you emak.

Terima kasih jugak kat kak long, angah & eri. Yang pernah jemput & hantar aku kerja. Yang hantar kan bekal.

Terima kasih IBU tolong masak untuk aku bawak bekal dari kampung hari tu.

HUHUHU terima kasih semua.

08 July 2011

I am cashier

Hai hai...
HAHAHA lama nya teman tak menulis kat sini hah...

Sibuk lah sekarang. Almaklumlah orang dah bekerja. HEEEEE. Tak de lah GAH sangat. Jadi cashier jer kat Giant PJ. Baru 2 minggu. Jemputlah mai. hehehe...

Next week dapat tahu result UPU. hah kalau dapat lah sambung degree, bye2 lah Giant. ha ha ha. Kalau tak dapat pun, bye2 lah jugak Giant. Baik aku cari kerja lain kan. Yang sesuai dengan apa yang aku belajar selama ni. Tak kan selamanya nak kira duit. kih kih kih... Hari2 dapat pegang duit riban2. fuyyooo korang fikir best lah sangat. hu hu hu

Nak cerita sikit lah macam mana aku kerja ni kan. Aku dikira masuk sebagai full time. Ada 2 shift. Kalau pagi, dari 830-530. Kalau masuk petang, 130-1030. Kalau kena FULL, ambek kau 830 pagi-1030 malam. 8 jam kerja, 1 jam rehat. Nasib baik semua staf OK! suka2. Gaji basic 750. Elaun kedatangan 100. Ni nak dapat kena lah datang 26 hari sebulan. huh! Jangan lambat2. Time ni lah baru aku tau punch2 kad ni. huhu... Lagi 100 elaun cashier. Ni dia tengok pulak kita ada short ke over ke. OT tak tahu pulak macam mana kira. First time aku bukak kaunter sendiri, terOVER 9.95. hahaha. Tak tahu lah mana datang nya duit lebih tu. Lepas tu dah banyak kali, adalah terOVER 5sen, tadi 10sen. baru 2 kali jer clear. Dan tak pernah short lagi. hehehe...

Kalau aku shift pagi, sampai2 jer kena basuh kain2 lap kat kaunter tu. Dah basuh semua, lap pulak semua kaunter. Lepas tu ambek float kat cashier room. RM300. Sebelum masukkan dalam drawer, kena kira dulu float tuh. Duit kertas je lah. Syiling tak payah ler. huhuhu... OK! Siap semua. Susun2 pulak barang yang dekat2 dengan kaunter macam gula2 tu. Bagi kemas sikit. Tapi jangan lari jauh2 tau. Tadi baru kena tegur dengan bos. hehehe... Mana cashier yang dah lama sikit tuh, dia kena pergi cari barang yang ada promosi untuk cek harga. Kalau korang tengok Metro hari ni sampai ahad, ada saving coupon kan. Jadi mana2 cashier yang dah terer2 tuh, diorang kena prove kan lah harga sama dengan yang promosi tuh.

Cashier ni memang tak lari daripada masalah. Apa2 kerja pun lah, memang tak lari daripada masalahkan. Masalah utama pasal harga tak sama lah. Haish. Hari2 pun sama. Bila customer komplen label lain, scan lain. Kenalah si cashier pergi kat rak, ambek label, tunjuk kat customer. Kalau customer salah tengok, kenalah dia buat keputusan samada nak terima atau cancel item. Kalau label yang salah, kenalah cashier bagi special discount. Aku kan baru, tak lancar sangat tempat barang2 tu kat mana. Jadi kenalah beramah mesra dengan budak2 setiap bahagian tuh. Nampak jer muka aku bawak barang dengan muka sedih, ada lah yang datang menolong. TERIMA KASIH sahabat! hehehe...

Banyak lagi benda yang perlu belajar ni. Minat tu minat lah jugak. Tapi aku nak kerja ni sementara jer. Tak mahu lah jadi kan cashier sebagai kerjaya. Tapi kalau dah rezeki memang kat sini, aku terima jer. Cuma kalau boleh elakkan jer. huhuhu...

OKlah ni jelah cerita aku serba sikit selama jadi cashier baru seminggu ni. 4 hari pertama tu tukang pack barang jer. huhuhu...

Kalau ada apa2 yang menarik, boleh la cerita lagi. TADAAAA