24 September 2011

aku di UTM

hai & assalamualaikum...
Sedar tak sedar, dah 3 minggu aku di UTM Skudai ni hah. Berkali-kali menaip entry tapi tak post. Dah lama rasanya tak mengarut kat sini. huhuhu...

Untuk pengetahuan yang baru mengenali diri ini, ini adalah pertama kali dalam seumur hidup berjauhan daripada family. First time duk jauh dulu sebenarnya PLKN kat Kelantan. Tapi tak kira lah yang tu, PLKN kejap jer. hehehe... Memang rasanya Johor ni sangat jauh lah dari PJ & N9. Tak terkata dek aku betapa jauh yang aku rasa. hahaha... Walhal ada lagi kawan aku yang lagi jauh seperti seorang classmate dari Terengganu. Boleh aku tau apa perasaan kau Wan?! grrrrrr

Kalau dah 3 minggu, maksudnya dah 2 minggu kelas aku start. 1 minggu tu, dipenuhi episod suka duka sepanjang MTM (Minggu Transformasi Mahasiswa). Memang banyak transformasi nya, hinggakan hampir kesemua pelajar diploma direct entry dari UTM IC, tidak mampu untuk join program yang dianjurkan AJK JKM kolej masing-masing. Sedih-sedih. Apakah perasaan mereka agaknya, yang kebanyakan daripada mereka adalah bawah umur atau sebaya dengan kami. huhuhu.. 

Hati terubat sikit lah sebab kolej dekat dengan fakulti. Kolej apa? Rahsia... shhhhh... Boleh jalan kaki jer. At least ada jugak aku exercise kat sini. Untuk sem 1 ni, aku daftar 6 subjek. JER... Yang membawa jumlah sebanyak 15 kredit. WOW!!! Nampak macam sikit. Sebab time dip dulu, 17 kredit ni biasa-biasa jer. Tapi ini bukan diploma lagi... huhuhu... Tapi takpe lah. Tak cuba tak tau.

Sama jugak time dip dulu, mula-mula masuk dah cuak. Tak tau sistem belajar macam mana. Nak sesuaikan diri macam mana. Tengok subjek 3 ke 4 kredit dah cuak. Tapi bila dah dengar lecture, dah buat latihan, study apa-apa yang patut, alhamdulillah. Hari Isnin bersamaan 26 September 2011, jam 1.30 petang bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM. Aku layak berjalan di atas pentas untuk menerima sekeping diploma yang aku usahakan selama 3 tahun ni. Dan malam sebelumnya, aku bersyukur terpilih untuk menerima medal dan sijil sebagai antara 123 penerima anugerah Dekan UTMSpace... Alhamdulillah...

So, aku berharap, aku dapat mengharungi hidup sebagai mahasiswa di peringkat Ijazah dan aku percaya aku boleh buat. Chaiyok!!! Aku nak G.O.T!

Tau ke apa maksudnya??!

G.O.T membawa maksud yang amat mendalam... Gradute On Time... psssttt...

Aku tak nak jadi pelajar SUPERRR DUPERRR senior... kah kah kah