24 December 2011

keluarga adalah keutamaan

assalamualaikum. HAI! semua...

aku sekarang ni tengah resah gelisah. duk fikir2 betapa banyaknya duit aku habis untuk aku balik rumah 3 minggu berturut turut. fuhhh! aku bukan nya belajar kat KL lagi. tiap2 minggu boleh balik dengan senang hati. senyum sampai telinga. kadang2 boleh bertemu senyum kiri dan kanan. erkkk TIPU!

sekarang tercampak jauh ke selatan tanah air sudah. memang seronok orang yang call tu suruh balik. aku pun jadi seronok terlompat-lompat nak balik. tapi duit dalam bank tu penat cari tempat nak menyorok supaya tidak dikeluarkan TAHU?! dulu kat KL aku kata duit laju macam air paip keluar. tapi sekarang aku boleh sokong statement kawan aku. "Duit aku ni dah macam TSUNAMI ko tau". hahaha... itu hanya perumpamaan. insyaALLAH aku masih mampu control duit yang mak bagi. start belajar diploma hari tu, alhamdulillah pandai control duit keluar masuk. tak pernah sesak2 duit ni. cukup segala. siap boleh bagi pinjam kat kengkawan sampai sekarang tak bayar2. huhuhu. siap boleh shopping sakan hujung bulan, bilamana duit belanja tak habis, dapat lagi duit belanja untuk next month. ececece macam peribahasa FIFI FAIRUZ FUYYOOO pulak yang selalu sesat timur tu.

tapi bila di fikir2 kan balik, bila sentuh jer bab family, lembut sikit hati aku. apa lagi yang aku boleh buat selain menggembirakan hati ahli2 keluarga kan. mereka dah banyak tolong aku. support aku tak kisahlah daripada segi apa. tapi memang yang paling utama daripada segi duit. tiap kali kalau balik kampung, memang pulang modal lah orang kata. cuma modal duduk lama2 dalam bas 3 4 jam jer, tak dapat pusing balik. hehehe

terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong aku selama ini. dan sejak azali lagi, aku tidak mencampurkan hal pelajaran dengan keluarga. hahaha. agak poyo di situ. dan sememangnya aku malas bawak balik assignment or anything yang perlu disiapkan kat rumah. NO WAY! aku akan buat perancangan di mana assignment yang perlu dibuat sebelum balik, or yang boleh di selesaikan selepas aku balik semula dari rumah nanti. hah macam tu lah baru boleh kata profesional kan?! cehhh perasan.

sekarang musim final exam. tak tahulah dapat balik tiap minggu ke tak lagi. dan separuh daripada duit belanja dah digunakan untuk membeli present khas buat anak sedara yang dapat 8A dalam PMR baru2 ini. tahniah!

03 December 2011

kita satu malaysia deyyy aduhai nya pun

assalamualaikum & HAI!
huh penat lagi baru balik dari latihan suksis ni. cewaaah saja nak bagi tau sebenarnya. hehehe

ak nak cerita pasal minggu lepas punya cerita. hahaha basi sudah!
tapi ini 1 malaysia punya cerita. memang sangat 1 MALAYSIA tau!

last week, aku balik kan. naik lah bas kat sri putri tu. paham2 je lah, beli tiket on the spot ni. mahal ke main. lagi2 nak cuti awal muharam esok nya. boleh plak aku x ingat, aku balik tu time cuti. so, dah tak de pilihan lain, beli je lah tiket yang mahal daripada biasa tuh. huhuhu. dah lah nama bas tak famous langsung. aku tengok kat bas, nama bas pun tak de. cehhh lopek punya bas. mahal nak mam**s!!!

tengok driver nya, macam biasa la. india. dalam fikiran aku ni, kalau kaum ni bawak, mesti macam lipas kudung. semua nya nak cepat sampai. kalau boleh, nak sama dengan flight. hahaha. itu sangat mengarut!

tapi, ok jer dia bawak. tak de lah cemas sangat aku. tapi macam lembab sangat pulak, sebab banyak bas yang dah pecut bas aku. huhuhu.. tercabar rasanya.

sampai kat perhentian tangkak pulak, boleh pulak nak tukar2 bas segala. ada 4 bas kat hentian tu, pakat2 1 bas pergi 1 destinasi. so, aku yang nak ke seremban ni, p naik bas lain. sabar je lah. tapi aku tak de la kisah sangat. sebab aku memang tak de bawak barang apa2 pun. lenggang mak limah balik rumah je. huhu. yang kesiannya, ada yang bawak anak kecik, ada orang2 tua. kena turun naik bas lagi. memang tak patut lah buat macam tu. dah lah beli tiket mahal2, kena pulak tukar2 bas. ape kes?!

berbalik kepada 1 malaysia aku ni, driver bas yang ni, melayu lah pulok! ramah sesangat sangat. puas orang yang duk depan melayan. 

alhamdulillah, aku pun selamat sampai ke destinasi...

then, nak balik ke JB balik. naik bas lagi. cina pulak driver nya. huh cukup lengkap percutian aku kali ni. hahaha... semua nya ada. melayu ada. aku lah tu. india ada. cina pun ada.

tak cukup dengan bas, sampai je sri putri. aku cari teksi. tapi dah ada penumpang. aku pun baru nak duduk tunggu teksi lain, uncle tu panggil suruh naik sekali. sebab tu time lunch. teksi susah nak dapat. aku pun naik je lah. hah?! nak tau apa yang 1 malaysia sangat tuh??!!! hehehehe




driver teksi tu india. penumpang kat belakang tu cina. aku pulak, melayu lah! sengal. huh


kan aku dah kata, 1 malaysia...
baru la aku rasa, betapa 1 malaysia nya duduk kat sini.