30 April 2012

i'm really sorry

Hype!! Tetiba jer rasa nak corat coret plak petang2 geluh ni hah. Banyak idea sebenar nya. Tapi idea selalu datang bila aku takde kat depan laptop ni. Acane?!

So, macam biasa lah aku ni. Apa yang ditulis tentang aku je lah. Takde lah nak gosip sana sini kan.

For your information, hehehehe, pada 7 Mei ini, insyaALLAH, family aku terdiri daripada mak, abah & abang aku yang ke-3 akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah buat pertama kali nya. Alhamdulillah. Tercapai jugak impian masing2 nak jejakkan kaki ke sana. Tapi aku? Aku? HAHAHA tak dapek laaaaa... Aku dapat hantar sampai KLIA je lah gamaknya.

Macam biasalah kan, sebelum tu, mak aku buat kenduri lah sikit kat surau kat kampung aku. Aku rasa kebanyakan orang yang nak pergi ni, mesti buat kenduri punye lah. Betul tak? Aku ni ntah pe hal plak, tak nak balik kampung. WHAT THE ....??!!! choy betul lah. HAISHHHH. Menyesal tak hingat betul lah. 
Aku dah langgar prinsip nampaknya. Prinsip 'Keluarga adalah yang utama selepas Allah & Rasul'. Prinsip yang sebelum ni aku canang2kan. Yang aku hebah kan. Aku gembar gembur kan. Kenapa ni ifah oiii? Sebelum ni, apa2 hal jer yang libatkan keluarga, sikit pun tak kan berubah fikiran aku untuk join sekali. Biar lah jauh sekalipun. Pasti terpacak aku kat depan mata mak abah & family semua. Ni kenduri penting kot!


Nah RM 10. Aku join korang Sabtu ni. Ingat, aku nak bebola tau!

Sabtu malam Ahad.....

"Wei, nak ayam lagiii. Sorang boleh makan 3 ketul kan?"
"Ni sosej ni. Berapa boleh makan untuk sorang?"
"Wahhh kerang bakar. Sedap nya."
"Kawan, sahabat... tolong ambek air tuk aku. :-) "

Seronok nya aku berBBQ bersama teman di Skudai ni. Walhal seluruh keluarga aku sedang khusyuk mengAMINkan doa selamat sempena pemergian parents aku ke Mekah.

Balik daripada BBQ, saat aku klik Facebook, benda pertama yang aku tengok ialah......

Gambar kenduri yang dipost oleh abang aku. bersama sebaris ayat... 
"Jemput tengok, walaupun kau takde. huhuhu"

Pagi Ahad...

"Wei ifah, nape mata ko bengkak ni? Tak tido eyh malam tadi??"

"Tak lah. Malam tadi aku nangis."

"Kenapa ko nangis?"

13 April 2012

plan 2 minggu

assalamualaikum & salam untuk setiap waktu. pagi, tengah hari, petang & malam. :)

cuti yang seminggu tinggal 2 hari je lagi. niat di hati untuk study setiap 1 hari 1 bab, hanya tinggal niat semata-mata. huhuhuhu sepatutnya, hari ni dah hari ke-5, dah dapat lah cover 5 bab ye tak. tapi aku baru dapat cover 2 bab jer. huhuhu amat lah sadis di situ. tapi tapi tapi. ini dipanggil peningkatan jugak tau. tak pernah seumur hidup aku sentuh buku yang aku bawak balik. ni dah dikira memang nyawa bukan hujung tanduk dah. ni dah boleh disamakan dengan paras air bukan takat paras hidung lagi, air dah sampai anak rambut dah. haaa sebab markah test aku untuk adalah 1 subjek tu kan, 5/40 siottt. tapi aku tak kesah langsung. lantak lah. walaupun sedar aku memang kena banyak study untuk cover balik markah tu, aku still enjoy cuti-cuti ni ha.

hari tu pergi PD dah. berjimba-jimba bergonjeng kat sana sama budak2 kecik. aku follow jiran kat kampung. jangan harap lah nak ingat pasal study kan. seronok nyaaaa!
amaran tsunami? gempa? entah aku tak rasa apa-apa pun. hahahaha

ok. back to the topic. 2 weeks plan. haaaaa

insyaALLAH, 7 mei nanti mak, abah & abang aku berangkat ke umrah. 2 minggu. so, dengan kepercayaan yang diberikan oleh mak, "hah kau bawak lah 1 kereta nanti balik Johor." wawawawa seronok nya. bawak keta balik johor. bawak keta yeah!

jadi, plan aku adalah...
- berjalan rumah kawan aku kat batu pahat.
- melawat sorang lagi kawan di melaka.

lagi? akan dibincang bersama teman-teman seblok. tungguuuu