28 June 2012

Aktiviti cuti sem

Salam 1 Malaysia...
Mari rapat mari dekat. Aku nak story sikit apa yang aku buat sepanjang cuti sem 2 bulan ni. Haaaaa...
Perkara utama yang aku buat, macam biasalah. Menolong makcik@ibu aku menjahit. Aku tahu jahit baju kurung biasa jer. Harap maklum. Nak berpesen pesen, mintak maap. Rutin mula macam dalam kul 9 lebih ke,  8 lebih ke. Tengok keadaan lah. Sebab pagi pagi dalam kul 6.30 tu aku joging sat. Then p mencekik mentedarah bagai. Balik rumah balik, siap siap, baru p kedai jahit semula. hehehe

Lepas tu, dalam kul 2 ke 3 petang, pergi sekolah pulak. Latih junior caklempong. Sampai laaa kul 5. Ngajar budak budak ni harus siap siap kan diri luar dan dalam. HUH! Mencabar betul. Sampai 1 tahap aku tanya "Kau ni kelas nombor berapa?". hohohoho. MAAF!

Selain latihan, cikgu ada jugak terima show merata. Masa yang terdekat ni, show kat Poland. KAH KAH KAH. Haruk kau kat Poland. Palong jer pun... Kul 8 pagi tuuu nak kena gerak dari sekolah. walawehhhh

Then, ada lagi. You you all kan tahu ini jam musim EURO 2012. Kejadah apa entah sampuk aku, boleh pulak minat bola ni oiii. Seronok pulak bangun awal awal pagi tu nak tengok bola. Habeh family aku pelik. Haiii lantak ler...

EH kejap lahhh. Ada lagi ni... Sabar sabar

Siapa minat daki bukit? Daki gunung? Daki busut? Daki di badan? errkkk...

Untuk cuti kali ni pulak, dah 2 orang ajak aku naik Bukit Broga. Nasib baik tarikh lain lain. Boleh lah aku join 2 2. hehehe...

OK lah. Kepada yang bercuti, selamat. Kepada yang exam lagi tu, selamat. Kepada yang baru masuk belajar pun selamat. Kepada yang bekerja memang tak dapat lah nak cuti cuti sem ni, selamat selamat. BYE!

27 June 2012

7 of us

hoi x hoi. assalamualaikum geng! hehehe
Nak citer sikit ni ha. Aku dah abeh exam woit. hahaha. Bermula pada 8 Jun yang lalu, sehinggalah 22 Jun. Dan telah mendapat 2 result yang agak menghampakan tapi menggembirakan. erk? Acane tu? hihihi.
Alkisah nye lah. Result memang teruk. Tapi still boleh senyum sampai nampak gigi sebab x yah repeat. Alhamdulillah.

Hah ini jam kan, semua kawan aku dah balik. Tinggal aku lah bakal terkontang kanting sensorang kat kolej ni ha. Bukan saja x tau jam berapa family aku nak sampai, pukul berapa diorang nak langkah keluar dari rumah pun aku x tau. Haiii nasib badan. Dulu seronok sangat nganjing budak2 ni. Almaklum lah, rumah aku dari UtmKL adalah dalam 20 minit jer kalau drive. Kalau public transport pun, adalah setengah jam. Kalau kawan2 aku nak balik pagi, memang aku biarkan. Aku tak jeles pun. Aku rela balik rumah petang2 sikit ke. Tapi aku boleh update status kat FB "huh baru sampai rumah" dalam setengah jam lepas tu. Together dengan kawan2 aku yang balik rumah pagi tadi. keh keh keh...

But now, see! Kawan aku yang jauh2 semua dah balik hei. Tinggal aku je hei. Apa barang duk kolej lelama hei. Dah tu, family aku nak bermalam pulak kat sini hei. Maka, baru esok lah hei aku sampai rumah hoiii! Adeh! Bagai terkena hukum karma. Dan aku selalu membayangkan bahawa kampus UTM ni berada di belakang rumah. Di mana pada setiap waktu makan, waktu rehat, waktu tertinggal barang di rumah, aku senang hati berjalan kaki balik ke rumah.

FYI, aku and the gang DDP from UTMKL, 10 orang jer yang further study kat Skudai ni. So, kat sini panggil SET pulak. Up sikit la bro! Daripada panggil kos Perhubungan terus menjadi Telekomunikasi. Baru canggeh! OK! Boys 3 orang, dan selebihnya adalah kami semua perempuan, tidak termasuk yang lain2. heh!
Maka, diamlah kami dalam 1 banglo mewah 3 tingkat. Iyerrr banglo. Banglo banyak bilik. Kau hado?
Kami semua duduk 1 floor. Seronok. Sebab kat KL dulu pun, duduk tingkat asing2. Jarang nak jumpa2 melainkan waktu kuliah & makan. But now, naik muak ngadap muka u all setiap masa. hahaha... Guro2 jer.

Kawan2 aku ni macam2 label boleh bagi. Macam2 perangai ada. Macam2 karenah. Memang geram, tapi seronok. Itu lah warna warni kehidupan. Tak kan nak 1 kaler jer. Macam aku ni yang suka warna biru, alangkah trouble nya kalau bumi ni warne biru je kan. huhuhu...
Mari aku nak story sikit perihal 7 sahabat aku yang x penah lekang sejak kenal hampir 4 tahun dulu. Hah agak pelik bukan. Baru kenal hampir 4 tahun, dah rasa macam rapat giler. Bukan apa, memang tak boleh nak lawan tempoh masa perkenalan dengan budak sekolah, tapi dulu aku sekolah harian. So, ada perbezaan sikit.

First of all. The only one roomate. hehehe... IRAM. Memang kita tak berapa nak rapat time diploma dulu, tapi bila dah sebilik dengan kau kat sini, OK. Kau memang tak sah kalau aku tak jerit nama kau tiap2 hari. HAHAHA. Terkenal dengan pemalas nya. Title ni bukan aku yang bagi, orang lain. Aku cuma berkata dalam hati jer. :P. Iram memang suka buat aku bebel lebih2 lagi kalau menyanyi. Arghhhh tau lah suara sedap, tak huru hara macam suara aku, tapi tolong lah nyanyi ikut lirik, ikut rentak dll. Letih aku dengar lirik ke laut, rentak ke langit. huhuhu...

Then, my ex-roomate time diploma dulu. 2 tahun sebilik. Ada yang kata tak tahan sebilik dengan kau. Lagi2 roomate kau yang terbaru ni. Apa kes? Aku relax jer 2 tahun. hahaha. Oohhh IKA.. Nice to meet u. Nice to know u. Dia ni lebih kepada driver lah kat sini. hahaha. Dah tu, dia sorang jer yang ada kereta. Dengan aku kang, jalan kaki je lah. Banyak jugak aku tau pasal kau ni. Sebab dari dulu memang rapat kan. Tak mau lah citer lebih2.

Next, seorang yang tahu segele gelenye. hehehe eh LILY laaa. Hah ini budak kan, tahu serba serbi. Kau tanya lah apa2 kat dia, pasti ada respon yang bernas dia bagi. Aku memang selalu bergantung harap kat Lily. Sebab dia akan bagi segala info pasal study. Aku boleh duduk goyang kaki jer. HAHAHA tak de lah. Contoh, jadual kuliah, exam. Result. Bila nak daftar subjek, nak pilih subjek apa untuk sem depan. Semua aku ikut dia. Macam mana lah aku kalau Lily tak de.

Lagi, Lijah sebagai minah rempit. HAHAHA jangan marah jah oi. Sebab memang kau sorang jer yang bawak motor antara kami ni. Untung lah Lijah bawak motor. Sebab kami ber7, maka tak cukup lah kami semua nak naik Kelisa@KUKU si Ika tu hah. Aku memang selalu pinjam motor Jah. Senang nak gerak mana2. Lebih2 lagi kalau nak beli makanan. Sebelum pergi beli, jerit lah siap2 kat luar bilik, mesti ada yang respon nak kirim. hehehe

Lagi-lagi, si Dayah the Johorian. Hamboi kemahen lagi nganjing aku. Mentang2 rumah dekat lah jugak, Batu Pahat nun. Seronok bila borak pasal balik kan. Sem ni lah pulak rajin aerobik. Haiii ajak jog malas, nak aerobik jer kat blok. Tapi OK gak, kami boleh pakai seksi2. hahaha.

The last one is one. hihihi Wan lah. Ini budak lah menyekolahkan aku pasal bola. Ini jam musim Euro, kejadah apa ntah aku boleh sama2 join dia tengok bola. Sanggup bangun awal2 pagi nak hadap TV cenonet kat blok tu hah. Hadoi. Sampai terbawak bawak ke rumah. Habis semua orang pelik sejak bila aku minat bola. Aaahhh lantak lah. Dapat jugak aku buat benda2 pekdah sementara nak tunggu Subuh masuk. ermmm...

Friends, semoga berjumpa lagi...