06 January 2014

Family datang lagi

Hai dan hai semua nya!

Sementara tunggu hujan berhenti sebelum nak ke dusun, meh aku nak melagha kejap kat blog ni ha. Saja nak story mory nak bagi tahu yang family I datang weekend lepas. WEEHUUU!
Semua ada kecuali my sis. Dia seorang yang sangat lah rajin bekerja di hujung minggu. hahaha.

So, just nak share lah ke mana aku angkut family jalan2 area sini. Skudai jer pon. X tahu apa yang menarik kat sini.

OK. Diorang sampai Sabtu pagi dalam pukul 8.15 lebih kurang lah. Then, aku jemput bawak pergi sarapan. HUH nasib baik diorang ni jenis x kisah makan kat mana2. Aku bawak jer pergi stall belakang tuuu, makan nasi lemak & roti canai. Stall jer OK! Then, then lepas tuuu kan, aku punya excited nak jalan jalan jalan, abah aku cakap cenggini haaaa "Jom lah balik Scholars Inn, abah nak tidur." Ohhh jammed kepala lutut aku nyahhh... Abah memang macam ni. Pergi lah jalan mana2, jauh sekalipun, mesti nak rehat nak tidur nak makan. 

Lepas dah check in semua, aku ajak abang aku keluar. Kitorang pergi AEON Kulai. Yang baru tu. Saja malas nak duduk bilik. Abah, mak & angah tidur. Tidur! aish.
Lepas Zuhur baru lah kitorang semua keluar. Biasa lah kalau datang sini, x pergi JPO x sah. Aku dah bosan pergi situ. Dan selalu makan hati jer sebab x dapat beli apa yang aku berkenan. Tapi sebelum tu, kitorang pergi lunch dulu lah. Tapiiii dah nama nya makan tengah hari di waktu petang. Apa jer lauk yang ada??? spoiled.

Lepas JPO, abang aku mengentan nak pergi The ZON pulak. eh ke The ZONE. ahhh lantak lah macam mana eja asal kan ada bunyik. Tapi jammed pulak nak ke sana. So, patah balik kira nya nak terus p dinner. Usha2 ciken cop hutan bandar, penuh pulak. Dengan hujan lagi. Kitorang pergi lah ciken cop Angah D&C jer. Alhamdulillah kenyang perut.

Pagi Ahad baru tertunai hajat abang aku nak ke The Zone. Beli lah coklat sikit nak puas kan hati. Padahal hujung bulan ni pergi Langkawi. aish. 
Dah rehat2 makan semua, hantar lah diorang ke airport semula.

Dan tiba2 hari ni, supervisor aku email tanya pasal report PSM. hahaha. Terus xde selera makan. aishhh

02 January 2014

Salam Tahun Baru 2014

Salam Tahun Baru 2014. Salam 1 Malaysia. Salam naik tak turun2 semuanya.

Bagaimana sambutan tahun baru anda? Meriah? Sambut dengan konsert? Bunga api? Atau duduk di rumah sahaja tiada perasaan. hahaha

Saya sambut tahun baru dengan cuba untuk siapkan report PSM 1. Apa itu PSM? Well. Konon belajar tinggi2 dapat kerja bagus gaji lumayan, maka saya kena siapkan report ini untuk saya bergelar seorang pelajar yang boleh grad pada tahun ini.

Projek Sarjana Muda or known as Final Year Project.

Ini lah sahaja post untuk tahun baru. InsyaAllah akan terus untuk mencarut di sini dalam masa yang akan datang.

Ada orang dah panggil makan. >TATA<