10 July 2011

aku percaya MAGIS. hahaha

selamat semua... hai...

Korang percaya MAGIC??!
hehehe... Kalau aku kata aku percaya, OK tak?

Alkisah nya adalah mengenai baju. YA. Baju kerja aku yang t-shirt putih tu. hah!

Mula-mula hari khamis malam tu. Aku memang letak baju & tudung kat iron board. Jadi pagi esoknya, aku mestilah ingat nak iron kan sebelum pergi kerja. Jadi, aku bangun pagi Jumaat tu, tengok baju & tudung ada tersangkut kat kepala kerusi. Pelik je aku tengok. Aku belek-belek, elok jer lurus tudung aku. Aku nak hilangkan kedut mana pun tak tahu dah. Lengan baju pun dah tajam-tajam. huhuhu

Dalam hati, WAHHH. Siapakah yang telah meng'iron'kan baju aku nih. Baik nya hati. MAGIC MAGIC

Lepas tu, akak aku pun mencelah.
"Kak long lah yang iron baju kau malam tadi. Tiba-tiba terajin pulak."

OWHHH tak lah magic sangat.

Ni cerita terbaru lagi. Macam biasa, setiap malam memang aku letak baju & tudung kat iron board. Bukan lah   harap-harap magic berlaku lagi. Cuma aku takut lupa nak iron kalau simpan-simpan dalam almari. Nanti kang nak pergi kerja, baru terhegeh-hegeh nak iron.

Jadi, aku bangun pagi ni, tengok baju dah berhanger. AIKKK! Pelik yer. Kali ni side lengan lagi tajam wooo! hahaha
Cuma tudung jer tak iron lagi. Kalau akak aku, malam tadi tidur sama. Bangun pagi tadi pun sama. Tak kan dia iron baju jer. Tudung pulak tak kan dia tinggalkan CENGGITU jer.

Ingatkan magic lah sangat kan. Rupa-rupanya abah aku yang iron kan baju. Dia mana tahu nak iron tudung kot. HA HA HA...
Termakan jugak pujuk rayu aku malam tadi. Puas lah aku buat ayat :

"Abah tak iron baju ke malam ni?" kekekeke

"Nape? Kau nak iron, iron lah dulu."

"EH, tak lah. Ipah iron esok je lah. ESOK KERJA PAGI."

Mengikut kata-kata abah dulu kala, kalau aku kerja pagi, boleh lah abah iron kan. YESSS!

Terima kasih abah! LOVE abah!

Emak pun sekarang MASAKKKKK jer. Senang aku nak bawak bekal. Selama 2 minggu ni, mana ada lagi beli makanan kat luar. hehehe... Kadang-kadang kalau tak sempat, siap hantar lagi bekal kat Giant.

Thanks MOM! I LOVE you emak.

Terima kasih jugak kat kak long, angah & eri. Yang pernah jemput & hantar aku kerja. Yang hantar kan bekal.

Terima kasih IBU tolong masak untuk aku bawak bekal dari kampung hari tu.

HUHUHU terima kasih semua.

No comments: