30 November 2010

handphone aku

"kau tuh suka letak handphone merata-rata. vibrate pulak tuh. mane nak dengar orang call. mesej tak balas." grrrrr

itu abang aku yang kata petang tadi. aku tak kata. ha ha ha. aku taip jer.

sejak aku start study JULAI 2008 hinggalah sekarang. memang aku telah melancarkan mode 'beep once' kepada handphone aku. even dah habis kelas pun, aku biar jer. macam best jer gegar-gegar. hi hi hi. biar aku sorang jer tau ada panggilan masuk.

kepada lecturer aku yang terbaca entry ini, sila lah bermurah hati untuk menambah markah exam aku sem ni. huh! sebab memang aku patuh pada arahan.
anda tak pernah dengar handphone saya menyanyi dalam kelas kan?! hi hi hi. tapi aku selalu angkat call atau balas mesej depan-depan lecturer.


i'm sorry. tak perasan.

tapi sekarang, aku dah letak lagu kat handphone. haaa. kuaaat punya. letak dalam tangki kat bilik air pun boleh dengar.

cisss! tipu jer... heeeee

abang aku pesan macam tu sebab...
aku ada lah hantar resume kat JPN putrajaya. abang aku kata ada kerja kontrak 1 bulan. ermmm. saja nak try. jadi, tengah tunggu lah ni panggilan daripada mereka. dapat ke tak, aku tak kisah pun. aish dah pasang lagu 'kalau berPACARAN' ni, tak nak pulak orang call. aduh!!!

aku nak 'study' ni. tadaaa......

aku nak jadi macam abah. boleh?!

4 pagi tadi, aku bangun nak pegi toilet, dengar abah bising-bising bertalipaon kat hall.

tadi tanye mak, abah p mana?

cesss ade orang india bergaduh. tak de keje lain!

memang macam tu lah selalu nye. sikit-sikit gaduh.
kalau nak gaduh pun, cube lah cari mase awal sikit. ni orang tengah tidur, baru nak gaduh. hu hu

lagi satu, kalau bab mati-mati nih.
lagi tak kire mase. ade tuh, abah aku baru menjejakkan kaki ke dalam rumah...

"hello jen, ni ade orang vietnam mati. gantung diri."

nape tak nak gantung diri time office hour tadi?
adeh!!

ade tuh, orang bangla terbakar lah. orang myanmar lah. ape lah itu lah ini lah.

tapi, kenape orang malaysia tak de? bukanlah tak de sebenarnye. kurang.
sebab trend sekarang. . .
|sembelih|kelar|tikam|
itu baru malaysia ok! abah aku tak handle kes macam tu. itu kes bunuh.

kadang-kadang kesian kat abah. baru sampai rumah, ade orang call. bile balik kampung, tak sempat bermalam kene balik KL balik. kalau pegi bercuti, rancang 3 hari jadi 2 hari. tapi kalau pegi sabah/sarawak kan. siap pesan kat abah.

"sila off handphone anda!"


hi hi hi. melainkan abah sanggup nak bayar duit tiket yang berkali-kali ganda mahalnya daripada tiket promosi, semata-mata nak jumpa orang yang dah mati. huh!

kalau dah macam ni gayanya seorang anggota polis, kenapakah aku mengentan-ngentan nak jadi polis wey?

meh sini cek nak habaq mai...

aku memang sukaaa polis. nak jadi polis. nak jadi macam abah. adik-beradik lelaki abah aku, semua polis. anak-anak diorang pun mewarisi kerja bapak diorang. jadi, abang dan kakak aku tak jadi polis, rasa macam aku yang harus mewarisi abah aku. ecececeh...

lagi-lagi kalau dapat bahagian macam abah aku handle sekarang. kes orang-orang mati ni kan.
aku tak kan jumpa orang yang sama setiap kali ada kes.
hahhh...! nak tau sebab apa?!


tak kan orang yang dah meninggalkan dunia hari ni, muncul lagi esok. aduh!
ha ha ha

29 November 2010

GSC - rapunzel

hallo hallo!

sila tengok ini cerita.
tak da rugi punyaaa
ini cerita pun manyak gelak-gelak. syiiiiok maaa.
pigi pigi jangan tak pigi haaa itu wayang. tak mau la kasi download mehhh. tadak baik.

kalau u suka download download ha... u jadi macam ini ooo...
manyak jahat!


tapi ini jack sparrow saya manyak suka.
ha ha ha

28 November 2010

GSC - ngangkung

Assalamualaikum... heee aku tau semua yang baca blog aku Islam belaka. kan?!

Firstly, aku nak bagitau semua, sila lah tengok cerita ni. HA HA HA
Tak rugi punya!

Dari awal sampai habis satu panggung gelak ok!

Malam ni, aku nak tengok RAPUNZEL pulak. Jangan jelesss!

--------------------------------

Wohaaa! gembira siot balik kampung. paling best dapat rempit. he he he. dapat lepas rindu kat my encik EX5. tapi tak sempat nak gosok-gosok badan dia. Sorry! hu hu

Satu aku puji. kebanyakan lah yang aku jumpa. motor yang ditunggang oleh sang lelaki lebih berkilat bersinar-sinar daripada kaum perempuan. aku agak jeles di situ. kenapa kah aku tidak serajin mereka ( sang lelaki ) bila sampai bab motor? ermmm...
Sudah-sudah tu. jangan terperasan. ni yang aku selalu jumpa, bukan semua. :P
*nak jugak menang. hi hi hi








[Aku balik naik KTM dari KL Sentral ke Seremban hari tu. memang lah dah selalu naik, tapi tak tau pun jadual perjalanan nye. bosan-bosan beratur nak beli tiket, terbacalah notis. tren setiap 15 minit. oh cepat jugak rupanya. Sampai-sampai bawah, lagi 20 minit pulak. harga tiket makin naik, masa pun ikut sekali. ish KTM tipu! wuuuuu]





Last paper this Friday. Ooo yeahhh!!!

25 November 2010

entry terakhir

sob... sob...

tajuk memang agak poyo. tapi kalau umur pendek nak buat macam mane. tak cepat atau lambat walau sesaat.

he he he...

terakhir untuk this week jer kot. petang ni aku ade exam. doakan aku...

supaya keluar dewan cepat!

ha ha ha

yelah, aku dah la selsema ni. aircond dalam dewan tuh, kalau ade 1degr celcius, memang die letak suhu tu. tau sangat. huhu. dapat pulak aku landing baeeeek punye dekat aircond. karang takut leleh-leleh pulak. eeeee tak senonoh. wekkk

HA HA HA

hari ni dengan esok exam. esok exam pagi. jadi, aku dah plan dengan sedara mara, nak p tengok wayang. nak release tension sikit. kat seremban. jom jom. terminal 1 sudah...

citer ape eyh? NGANGKUNG kah atau RAPUNZEL kah atau apakah?

sabtu ahad ade kenduri pulak. jadi BUSY sikit. banyak jemputan nih. biase lah orang macam aku kan... memang orang suke ajak-ajak nih.
ha ha tak leh blah. walhal pegi mentedarah jer pun.

bile dah kat kampung, laptop tak de. nak g CC mahal. ha ha ha. kemut!
jadi, rehat lah kejap blog.

jumpe lagi u all. daaaaa

24 November 2010

satu pesan untuk abah

adat lah antara keluarga, masing-masing saling memesan...
tak kira lah yang muda pesan yang tua ke, yang tua pesan yang muda ke... kan?!

selalu abah aku pesan pada anak-anak beliau...

> korang jangan selalu minum air bergas ni. tak baik. coca-cola, pepsi, dan ape-ape lah... gula banyak. tak baik.


> ni makan manis-manis tak elok. hu hu hu. exercise tak nak. makan nak.

slurrrppp
> air jangan buat manis-manis. kurang kan gula. kurangkan susu.
yelah abah...



> KFC lah Mcd lah pizza lah. tu semua tak elok. 
aishhh. tu jugak yang sedap dan senang. ade sesape yang tak suke?



> ni makanan berminyak ni tak elok nih.
alorrhhh abah. tak masak dengan minyak, tak kan hari-hari pekena masak air jer.



> ni, makanan semalam tak elok nih. duk panas-panas jer.
abah, wan dulu makan lauk panas-panas seminggu, panjang jugak umur. hi hi hi



> korang jangan drive malam-malam. bahaye. ini jam semua benda boleh jadi.
ermmm. tak yah kate malam, siang pun macam-macam boleh jadi abah...


ok lah. cukup lah tu pesan abah kat anak-anak.
sekarang anak-anak nak pesan kat abah pulak. satuuu jer...

abah, tolong berhenti merokok!

pleaseee abah...
please...


tau lah abah tak bace blog ni, tapi dah banyak kali cakap terus terang.
kire luahan hati lah ni. ececece tak leh blah...

BM vs KP

waktu macam ni, patut nye aku tengah membace nota KP.
ni subjek communication engineering atau dalam bahasa melayunye kejuruteraan perhubungan atau short form nye @ KP.
jadi, kami sekelas merupakan rakyat jelata yang amat mencintai BM. kami tak gune bahasa-bahasa luar ni. ekekekeke. KP sahaje!

malah aku tengah membuat assigment BM lagi sekarang ni.
owwhhh... ape jadah nye assigment BM. tak de dalam senarai subjek aku selama 6 sem pun kan?!

tapi abang aku ambek subjek BM sem ni.

grrrrr. paham-paham sudah...
**********

TAG
1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
> IC. hah! kalau takde IC aku dah tak duduk kat malaysia.

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?
> penah ke ade duit sendiri? huhu... ade lah, duit show caklempong. beli ape tak ingat. topup kottttt


3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
> hahaha. aku nak buat kat kampung! tema still BIRU. tak nak kaler lain...

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
> yer tapi bukan dengan orang. :D

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
> kalau dah ade pacar, sampai mati aku cinta. tapi tak kan lebih daripada mencintai Allah.

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
> belum tau. sebab tak de kekasih lagi. hahaha

7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
> aku baru beli diari 2011 semalam. hehehe

8. Apakah nama penuh korang?
> norifah binti abd latif. 99.99% true. hihihi

9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
> entah. ini rahsia.
sebab aku pun tak tau... hahaha

10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
> entah. tak tepikir sesape pun.

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
> yer! tak penah gune mesin basuh. malas nak jalan or Q. dan sem ni tak penah bawak baju balik rumah untuk basuh. SEM ni jer...

12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
> pun tak tau mane.

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
> aku nak peluk arrr. hahaha

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
syufaa:
> baik
> pandai-pandai tukar name( hahahah )
alamak! dua jer. huhu

15. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
> handphone
> handphone ( sebab ade 2 ... heee)
> motor
> baju
> seluar jeans 

not this jin ok

16. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?

> senyum
> kalau berpacaran
- tak cukup la 5 jer - 
dah. aku malas nak tulis. huhu

17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
> 14 september 1990 - kat mane eyh? selalu kat rumah jer. kot...??! -

18. 7 orang blogger yang korang nk tag (tak tau nak tag cape, huu)
> tak mau tag. bukan semua nak buat pun. jadi korang semua selamat. hahaha 

19. Cerita sikit blogger yang pertama korang tag
> bla...bla...bla... paham?!

terima kasih yang sudi tag. love you!

23 November 2010

makan jangan tak makan

errgg alhamdulillah.
nasi + sardin goreng + sayur sawi = kenyanggg sangat

memang boleh senyum macam ni kalau duk rumah...
sardin. agak-agak berape lame dalam tin? berape lame proses? duk kat kilang lagi...

uish hantar ke kedai-kedai lagi. berape lame mase yang diambil.
tengok expired date pulak. wohaaa! lame lagi...

tapi sardin sedappp. kan?!



teringat cikgu bio aku cakap dulu...
kamu ingat makan roti tu elok sangat ke?!

walawehhh cikgu ni. pandai-pandai jer condemn gituh. roti kan sedap!

wajib beli tiap minggu
cikgu sambung lagi...
cube kamu pikir, proses buat roti berape lame? jangan ambik kire roti yang kite buat kat rumah setakat sebuku dua tuh. memang lah sekejap. ni hah. kilang tuh. berbuku terbuku-buku roti kena buat.

duduk dalam kilang entah berape lame lagi. nak hantar ke kedai-kedai ambek mase lagi. tengok tarikh luput.
perghhh satu minggu lagi ooo...

kami discuss lagi. sayur tuh cikgu, segale racun nak diletak. betul tak? mane dapat sayur lawa licin gituh.
nak bunuh ulat ke...? nak bunuh......??!!
kate makan sayur, tambah sihat. 

dah tu...
lagi cikgu aku cakap. anak dia makan aiskrim tak abeh. letak lah dalam mangkuk. bile nak basuh mangkuk tuh, warne aiskrim melekat kat mangkuk.
aiyooo kuatnye pewarne.

tapi aku suke! heeeee
slurrppp
ahh!!! tak nak pikir itu semua. kalau nak di pikir mendalam lagi, make aku tak merase lah semua ni. hu hu hu



makan ni je lah gamaknye. name pun orang kampung...



opsss terlupa! kepada semua calon SPM dan STPM seluruh duniaaa

wei sengal sah-sah la sijil pelajaran malaysia.
kejadah nye seluruh dunia.
hu hu hu

bile malam menjelmaaaaa

yu huuu
rumahku syurgaku

hah! balik rumah lagi. khamis ni exam woi

so... what?

today baru selasa laaaa...

exam hari khamis. petang pulak tuh.

hak hak hak

banyak kau punye lambat. kertas depan mate nanti, mane kau nak raba nota wei.

pssttt... kite bawak TOYOL masuk nak?!

grrrrr. no no no

tak berkat... jangan buat macam tu yer kawan-kawan...

 **********

berbalik pada post aku sebelum ni... harap janganlah ade yang terase. aku bukan nak merendah-rendah kan status sesebuah keluarga. mahupun nak mempertikaikan rezeki yang Allah bagi. tapi kite manusia punye akal fikiran. fikir dulu sebelum buat. betul tak?! haaaaa kalau anak dah berderet sampai tak mampu nak tanggung, tak ke parah.

perancangan itu penting yer!



hah! aku ade satu teori ni. lecturer akak aku yang bagi.

kenape keluarga yang begini, punya anak yang ramaiii?!
agak-agak ade yang dah tau ni...

ha ha ha sile gelak puas-puas

malam-malam mereka tak de hiburan. elektrik tak de. nak tengok TV sah-sah lah tak dapat. ape lagi nak berblog macam kite. kan? hi hi hi

ape lagi yang mereka boleh buat malam-malam?!!!

tak kan itu pun nak bagitau... aduhhh


LU pikirlah sendiri!!!

21 November 2010

susah tapi anak ramai?!

sob sob sob

nak ikut mak!
nak ikut abah!
nak balik kampung. huaaa
siap hantar diorang kat kereta tadi. hu hu hu...
padahal nak ikut.
tapi tak pelah. exam kamis ngan jumaat ni.
study wey study!!!


berita kat tv tadi.
keluarga susah. ayah tak mampu. tapi baru dapat anak ke-2, sebulan yang lepas.

hohoho...

anak first sekolah rendah lagi.

dan banyak lagi keluarga yang macam tu...
kesian kat mereka..

ermmm...

20 November 2010

ksj dekat di hati

teka cepat teka!

cuba teka aku kat mane?!

ha ha ha

yes aku kat rumah!
yer kat rumah.
rumah tahu rumah...

duhhh cari rumah aku dalam google tak jumpe pon. nampak sangat tak femes. hu hu hu

ni jer yang ade. cesss
sape-sape rase jahat, jangan pasang angan-angan jejak kaki masuk haa!

ok sudah.
kenape aku balik rumah? kenape yer?
sudah kecoh-kecoh semalam aku ade kat kolej. hi hi hi

bosan siottt
bosan duk sesorang. tingkapmate toiletmate roomate semua tak de.
ye ker bosan?!

takut sebenarnye. ha ha ha

of kos takut lorrr. sunyi sepi.

aku tidur bukak lampu. gagagaga

kul 2 terjage.
kul 4 terjage lagi.
azan subuh jage, tidur balik. cit!
subuh aku bukan gajah lagi. paus terus. huaaa. dekat pukul 7 baru sedar balik.

see!!! bile orang tak de, maka setan lah yang ade. tu sebab subuh aku lambat. kih kih kih
setan memang jahat. nahas kau!

walaupun aku balik kejap jer...

tadaaa!

lantai bilik aku jadi macam ni...

daripada macam ni

terus jadi macam ni!!!
hahaha
nyah kau dari bilik gua!

huh! satu lagi hal.
no no bukan bala.
anak-anak sedara aku are coming.
ho ho. suke nye. tapi aku kena hantar diorang balik kampung.

korban lah study. satu hari jer pun.

aku kan aunty yang paling baik!


19 November 2010

gune henset pun boleh

aha! jangan tekezot sume. aku dah balik kolej tercenta! ha ha. KSJ yang aku sayangi. cit! x boleh blah. walhal baru first time balik awal daripada rumate. selame 5 sem di sini.

memang sangat semangat. yer semangat! rupenye ade lagi keje nak kene hantar sebelum jumaat depan. alahai...

pagi tadi, baru jer sampai bilik. abang dah call...
"wei malam ni aku datang ambek."
spoil betul!!

opss. tak leh kutuk lebeh lebeh yer.
sebab ape??

sebab abang aku dah mule terjah blog ni. huaaaaa
ok takpe. lepas ni citer baik baik jer.

oh sudah sudah. terase ketidak sedapan nye menaip di henset untuk update blog...

daaa

16 November 2010

50 hinggit jer?

ok. aku terhegeh-hegeh menunjukkan saki baki semase dalam akaun BIMB aku. cisss. tunjuk kat mak pulak tu.
aiyaaa kantoi sudah disitu.

memang betul ade lah lebeh dari 50 hinggit. perlu di gune pakai sepanjang hari-hari dalam november ni.
agak-agak cukup ka? nak mintak lagi. >malu<
hik
think think think

ok, aku akan jalan raye satu kampung esok kutip duit.

tuan-puan rumah, ini jam orang tak bagi duit singgit dua. paling koman pun lima. ha ha
saye ni dah lah blaja kat U. 1 hari makan mau cecah seploh hinggit tau. ha ha
geybang lebeh.

mak, yang sebenarnye, ade 3 pihak meminjam.
tapi itu semua perlu dirahsiakan. hu hu hu
tak sampai hati nak bagi tau.

ade yang dah siap pesan awal-awal :
"jangan bagitau mak aku pinjam duit kau."
cisss sudah terang lagi terpancar. itu lah abang aku. huaaa
kate dah gaji nanti nak ganti. mane???

aku dah sesak nanti mane nak korek. akaun lain tak mau usik. simpanan mase depan.
ececece nanti senang nak kawen. phewittt

selamat hari raya aidiladha

assalamualaikum khas buat semua yang beragama Islam

saya selaku penyimpan mohor besar raja-raja
mengisytiharkan bahawa
hari raya aidiladha akan JATUH pada >>>

gedebuk!!! he he he

17 november 2010 bersamaan 10 zulhijjah 1431H



oleh itu, aku nak mintak maap kat semuo yo
daripado hujung rambut sampaiii lah hujung kaki
hi hi hi

berkorban apa saja
harta atau pun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan muliaaa

kepada yang akan pulang ke kampung, berhati-hati berjantung berlimpa
sila pandu dengan penuh berhemah

pakcik pakcik bas, bawak solo solo yo.
kang ado yang kono tarik lesen laie.

yang cina yang india
duk rumah senyap senyap dulu
bagi kami nak penuhkan highway
he he he

emak emak, rondang buat podeh podeh
biar makan berasap asap
ha ha ha

adek adek, morcun ado?
hah main pueh pueh
hi hi hi
baru meriah rayo
tapi baik baik yo

abang abang pasa
sudah sudah lah tu
g balik la
esok dapat daging free
tak nak beli kat pasa
ha ha ha
jangan marah! peace!

kan dah mintak maap siap siap. heee

15 November 2010

keliru tak ingat

hari ni tetiba teringat kenangan kat PLKN cancun park, pasir mas, kelantan.
markah 86% tuh...
al kisah nye gini. kem aku terdiri daripada warge kelate sendiri, perak dan aku dari selangor.

firstly, mintak maap yer warge kelate.
bukan ape, aku MASIH paham cakap orang perak. hu hu hu

antare perkataan yang meng konfiuskan aku sepanjang berada di kem selame 2 bulan 11 hari :

"ifah, g basuh mangkuk ni. dah cemar."
hah, cemar nape pulak. bukan kite gune mangkuk ni makan megi jer tadi?
penyelamat (orang selangor yang study kat kelantan) > bukan maksudnye gitu ifah. cemar tuh maksudnye kotor lah.

aiyakkk. itu macam ka?!

lagi...

"ifah, kau kate nak pegi kedai lalu."
eh, tak lah. aku nak g kedai sekarang ni lah. wat pe nak pegi lalu.

wakakaka. lalu means sekarang kan?
hampeh

dan lagi... ni kalau jumpe makcik makcik sane

"kamu duk ngaji mane?"
owh, kat negeri sembilan dulu. tapi sekarang khatam dah. (aku pikir khatam al-quran daa)
dush!

dan banyak lagi sebenarnye yang tak mampu nak diingat.

GSC - megamind

yo yo
baru balik dari sini lagi...
yii haaaa!!!
alamanda la pulok. hi hi
citer not bad. tapi tak leh challenge UNSTOPPABLE aku. ngeee
tak sudah sudah unstoppable. unstoppable. hu hu

1 tiket lost in action
orang bekejaran bagai nak putus napas pegi tengok first day, aku jalan dengan sopan santun ala pink panther. ha ha... (aku memang suke tunggu citer nak nak habis ni. hi hi)
"antare pengajaran daripada citer ni, orang yang sangattt lah  JAHAT boleh turn to be too KIND ok!
aku rase mungkin ade orang kat dunia macam ni, memang ade aku harap.
benda lain biase lah, cintan cintun. hasad dengki. dan kelakar.
yer satu panggung gelak gelak dan budak sangaaaaat lah ramai."

semalam, aku duk ngutuk orang yang masuk panggung lambat.
"ish tak punctual! lalu lalang sebuk jer"

dan malam ni, kami berempat lambat 15 minit.

cube bagi tau, ape yang korang akan kate?! huh

> bad mouth <

ni semua atas sponsor akak aku. TQ sis.

then, kitorang pegi sini pulak. soru soru...

eh ni kedai depan lah.
ha ha ha
kitorang makan kat sini sebenarnye.
taraaa!!!



abang wan pulak belanje.
alhamdulillah... errgg sangat kenyang. aku boleh senyum macam ni lah tonight. ha ha ha


jangan pertikai kan ini musim exam aku. U dah bagi cuti seminggu, tak kan nak study pulak. U suruh cuti, cuti lah.
ha ha ha

what next?

14 November 2010

lift untuk kereta

sedang syiokkk menggodam PC kat rumah ni. aku jumpe folder gambar abang aku.
yeay!!!
hak hak. jahat punye adek!


ape yang aku tertarik sangat, gambar gambar ni semua. huh! super duper coool giler.
hahaha
nak pegi sane!
nak pegi sane!





ni kat johor tapi tak tau kat mane.
kalau aku tanye, mesti abang aku pelik kan.

so...

GSC - unstoppable

walah
baru balik from here!!!

mid valley
citer ape?

taraaa!!!

ohhh really best. yeaaay!!!

like so much. thanks to MR. HAFIZ belanje kami semua.
actually, 13/11 adalah birthday my bro. 2/11 hari tu my sis pulak. jadi sekali kan lah buat makan makan sikit malam ni. lepas makan, 'MOVIE time babeh'!

happy birthday kak long & angah!
love u both... muahhh
aku ketinggalan ke pasal citer ni?

owh maybe nooo... i hope... hu hu hu

panggung full tau.

ape yang aku paham?

>>cerita ini berkisar tentang 2 orang yang berusaha untuk memberhentikan keretapi yang tiada pemandu akibat kecuaian seorang pekerja. hah. memang seeesuai! sangat tajuk UNSTOPPABLE ni. sebab ape?
selain daripada keretapi yang tak behenti behenti tuh, elemen seperti ni semua ade :-
kelakar
cemas (debor ni)
marah
geram
sayang
terharu (owh aku sempat melelehkan air mate part ending tuh. huk huk)
memang tak penah STOP dalam citer ni. best!
this kind of story lah yang aku carik. genre action. <<

PERHATIAN * bagi sesiape yang suke tengok citer yang kiss kiss, peluk, romantik romantik gitu. tok sah p! nanti korang marah sebab aku kate citer ni best, tapi bile korang p tengok, sangat tidak best. ouhhh. dont waste your money haa...*

**********

bile? bile?
arggghhh
abang aku kate citer ni SANGAT best!

dan aku balas balik

aku SANGATTT jeles!!!