30 November 2011

Main daun terup...?! What the...

Salam dan hai. Selamat pagi dunia!!! Senyum lah. Pasti dunia akan membalas senyumanmu. :)






Once upon a time......

"Astagfirullah, ko main game ape ni? ish ish ish..."

Pernah kawan2 sound? bila ternampak anda bermain game yang berunsurkan daun terup dalam komputer. HAH di atas ni adalah salah satu contoh sound daripada kawan2 aku sewaktu bersekolah rendah dulu2. Pelik sangat ke aku main Solitaire? huhuhu...

Sejak kecik lagi aku dah kenal dengan daun terup. Join orang2 dewasa bergelak ketawa sambil bermain daun terup. Dari hari ke hari aku belajar permainan baru berasaskan daun terup. Menurut Wikipedia, daun terup bermaksud..... Klik sendiri la wikipedia tuh. hehehe

So, untuk entry ni, aku nak berkongsi sikit sebanyak tentang beberapa permainan daun terup yang aku tau.

FIRST
Colek ke culik ke. Aku tak tau nama sebenar. Game ni dimulakan dengan membahagi satu dek kad kepada semua pemain sebanyak 5 kad seorang. Then, pilih satu kad random, letak kat tengah dan terbalikkan. Lepas tu, semua orang kena keluarkan kad yang sama bunga dengan kad yang tengah tu. If tak de, kena culik lebihan kad tadi, cari sampai dapat kad yang sama bunga macam kat tengah tu. Kad siapa paling besar, akan mulakan permainan semula dengan mengeluarkan mana2 kad yang dia nak, letak kat tengah diterbalikkan, then teruskan permainan macam tadi. 
Tu lah namanya culik. hahaha


wohaaaa! macam tutorial pun ada. macam aku sorang je yang tau main daun terup ni pulak. hahaha...


SECOND
Main Pair atau 21. Ni senang jer. Senang sangat. Setiap pemain akan dapat 2 kad. Jumlahkan nilai kad, nak dekat2 dengan 21. Kalau tak cukup, boleh tambah lagi, ambek kad tengah tu. Selalunya, orang yang dapat kad A berpasangan dengan J/Q/K, confirm2 menang. Sebab JQK mewakili nilai 10, A pulak nilai 1/10/11. Pandai2 la nak campur kan yer. 


Ini semua cara2 dalam family aku jer main. Kat tempat lain, x tau la pulak.


THIRD
Race. hahaha. Daun terup pun pandai main lumba2. Jangan terkejut pulak. Main ni pulak, kita akan dapat 10 kad. Kita kena susun kad menjadi turutan (kalau sama bunga) atau nombor yang sama (confirm lah lain2 bunga). huhuhu... Susunannya adalah 3-3-4. Kita kena susun atur kad dengan mengambil kad di tengah, atau mengambil kad yang dibuang oleh pemain lain. Kalau pemain sikit lagi senang.


FOURTH
Haaaa ini permainan yang aku baru tau. Abah aku lah yang jadi kepala nya ni. Time family aku p Sabah hari tu (aku tak ikut pun... sob3), sibuk main terup. Celik mata je terup. Nak tido je terup. Namanya JERAMI. Pernah dengar? hehehe... Game ni kena guna 2 dek terup. Maksimum 5 orang. Kalau 6 atau lebih, tambah lagi satu dek. Kad habis dibahagi sama rata kat semua pemain. Game dimulakan dengan setiap pemain perlu membina rumahhhh?! What?! hahahaha... Main terup pun besar modal nya.
Bukan buat rumah betul, maksud aku, setiap pemain kena keluar kan 3 keping kad sama bunga, yang disusun berturutan. Itu lah namanya rumah. Then, game diteruskan dengan setiap pemain perlu menyambung rumah2 yang telah sedia ada dengan hanya 1 kad, atau membuat rumah baru. Untuk pusingan seterusnya, 'rumah yang dibina', boleh mengandungi 3 atau lebih kad, dan juga boleh terdiri daripada kad yang sama nombor atau huruf. Abah aku kata, game ni game budak2. cehhh! Penat2 aku belajar. Sebab apa? Sebab game ni guna Joker. hahaha... Dalam banyak2 jenis, game ni lah Joker amat berguna. Sebab Joker boleh mewakili apa2 kad yang pemain tu nak. Memang bertuah la siapa2 yang dapat Joker banyak. Memang selalu orang yang banyak Joker ni menang.


LAST
Ini lagi game budak2. Guna Joker jugak. Tapi Joker yang ni, jahat. Siapa yang simpan Joker sampai habis, KALAH! hahaha padan muka. Aku rasa tak de nama yang spesifik untuk game ni. Aku just panggil, Tarik2. Sama jer, kad dibahagi sama rata kat semua. Keluarkan mana2 kad yang ada pasangan (sama nombor atau huruf), kad yang tinggal perlu ditarik oleh pemain lain, ikut giliran. Kad siapa yang habis dulu, dia lah menang. Siapa yang ada Joker, dia lah malang. hahaha...




Dan aku rasa, menjadi kebiasaan orang2 yang kalah ni, kena CONG kad, atau ada sesetengah panggil, KOCOK daun. Game ni memang boleh jadi ketagih tau. Family aku memang setiap kali berkumpul, boleh tahan sampai 2 ke 3 pagi main benda alah  ni. Tak yah kira yang sebaya dengan aku, mak ayah pun main. Tu hah, sepupu aku tadika lagi, pun join sekali. Fenomena betul!


Kitorang main just for fun. Tak pernah taruh2 ni. Game ni uji minda jugak. Ingat orang sembarangan jer boleh main. Kalau tak fikir, boleh kalah senang2 jer.




Ni semua kenang2an bila balik kampung. Kat sekolah ke, kat U ke, aku tak jumpa lagi budak2 sekepala dengan aku. huhuhu...

25 November 2011

Program cuti-cuti di UTM

Hai assalamualaikum. Salam sejahtera. :)

Memang aku rindu giler nak berblog ni. Dari hari ke hari nak menaip macam2 cerita. Macam2 idea ada, tapi penyakit malas sentiasa lekat kat badan aku ni. Tak nak pindah tuan katanya. Macam SAKA pun ada. huhuhu...

Yer memang banyakkk sangat cerita. Kalau nak letak semua dalam satu entry, nanti kena pulak beli laptop saiz 47 inci, baru dapat baca cerita aku. hahaha... 

OK lah. Malas nak cerita perkara lepas2. Aku nak cerita pasal HARI INI DALAM SEJARAH. ehhh CHOYYY silap. Pasal hari ni dan semalam lah. Aduhai nya punnn.

Hari Ahad lepas, abang aku datang JB ni hah. Dia kena datang sini untuk ajar staf JPN JB, cara2 nak kendalikan mesen cetakan IC. So, lepas ni, orang2 kat JB ni, boleh dapat IC dalam tempoh 24 jam. WAHHH cepatnya...
Alang2 dia dah sampai sini, dia pun nak lepak2 la dengan aku. Rindu lah tu kat adik dia ni. hehehe. Aku pun booking kan Scholars inn. Dapat student price. Check in Khamis, check out jumaat. Hari ni lah.

Jadi, petang semalam kami pun cadang2 lah nak beraktiviti apa2 yang patut. Daripada lepak jusco Taman U, baik pergi Umall. Dapat tengok wayang. Kami tengok cerita Aku Bukan Tomboy. OH BEST!!! Not bad lah. Tapi mengikut firasat aku, pasti akan ada sambungan. Tau2 je lah cerita Shamsul Yusuf tu.

Habis2 jer wayang, dah pukul 10. Teksi TAK ADA!!!? Cisss lama siottt tunggu. Telefon teksi sana sini x angkat. Hampeh jer. Nak tau kami buat apa lepas tu? huhuhu sangat sadis...





Jalan kaki dari Umall ke Jusco. Dah la jumpa macam2 orang. EEEEE takut mak. Teringat pulak wayang tadi, Scha nak kena rogol bagai. Aduh. Aku jalan macam apa ntah. Laju giler. Pak cik teksi cakap kalau jalan, dalam 15 minit. Aku 10 minit jer dah sampai. hahaha... Tapi sampai jugak tempat yang dituju. Alhamdulillah. Then, aku mintak teksi hantar sampai KTC jer. Sebab aku nak ambek barang aku plak. Nak teman abang aku tido kat scholars inn.


hohoho lepas tu jalan kaki lagi. Dengan beg berat nya. Dengan bawak makanan air mineral bagai. Naik bukit pulak tu. haihhh. Terbakar lemak untuk secawan teh tarik, bak kata abang aku. huhuhu...

Hari ni pulak pergi Jusco Tebrau. WOW! Besar nya. Macam Mid Valley orang kata. Tapi berbekalkan sepuluh hinggit dalam purse aku ni, itu semua xde makna lagi tahu?! Kami setakat pergi makan KFC jer tadi. HUH berbekalkan 6 ke 7 ringgit naik teksi ke Taman U pun boleh dapat KFC tau. Ni, pergi je dah RM25, balik pulak RM35. Pas tu, abang aku call teksi lagi hantar ke Senai, RM30 lagi. Sewa scholars inn RM100 pulak. MAK AIII duit habis pada benda yang tak nampak.

Dengan aku ponteng 2 kelas lagi. Assignment x buat2 lagi. Malam ni bantai nak blog2 pulak. Esok pagi2 dah kena latihan Suksis. Lepas latihan nak kena balik kampung. Assignment nak kena hantar Selasa & Khamis. arghhh... Lepas post entry ni, nak tengok semi final muzik2 pulak. hohoho. Hari ni aku nak bermalas2. X tau lah kenapa SAKA ni kemain lagi menjadi2. BYE!