27 February 2012

always about makan

hai. baru teringat hari ni nak story tentang tabiat makan aku yang tak menentu akhir2 ni. huhu. baru ni terbaca satu kisah pasal makanan. try KLIK sini. tapi bila baca2 semua tu, tak de pulak yang sepenuhnya betul. mungkin lain sikit lah. aku ni jenis yang makan BANYAK kali. bukan sekali makan tu BANYAK. aku jenis cepat kenyang then cepat lapar. aku pun tak tau kenapa. sebab bila aku rasa lapar sangat tu, aku pun makan lah kan. tapi aku larat makan sikit je. aku dah jadi kenyang tak mampu nak kunyah lagi. but then, selang beberapa jam je, dah lapar balik. sekarang aku noticed, every 4 hours. GULP!

aku ni ada sakit gastrik. thats why la aku tak nak bagi perut aku lapar menggila terlolong mintak makanan. itu sebab pergi je mana2, aku ada spare biskut dalam  beg. kalau tak bawak beg pun, letak je dalam poket seluar. even pergi kelas sekejap pun, harus ada spare something yang boleh dikunyah. kalau tak, nanti aku tak leh nak fokus. atau ape2 keje lah yang sedang aku buat. even nak tido pun tak leh.

selalu jugak la aku bangun balik tengah2 malam mencari ape2 yang boleh dikunyah. walhal dah tutup lampu, dah selimut bagai ready nak tido. tapi kalau dah lapar, memang aku tak leh nak lelap.

and one more thing, mood aku aku terus berubah drastik giler time lapar. hahaha. AWAS! anda semua. ni semua kawan or family tau dah. jadi, jika ingin menjadi kawan sejati aku, umpan aku dengan makanan. hihihih. pasti aku tak tolak.

17 February 2012

tabiat tidur

oittt. baru bangun tido ka? ke baru nak tido. kalau baru nak tido, baca entry aku ni confirm tak sempat habis, terus lelap tak hengat! hahaha...

sejak kecik sampai sekarang. macam2 tabiat tido yang aku dah lalui. oh stop! bukan gaya spontan sewaktu tido yang nak aku share ni. tapi tabiat yer teman2. maksud aku, waktu2 yang aku sepatutnya tido seharian.

time baby dulu, tak tau lah macam mana aku tido kan. entah2 tido je 24 jam 2 hari. hehehe... ke tak tido langsung2. sebab dulu aku ni jenis kuat merahang. kau tau ape merahang tuh? hah orang kampung aku kata merahang tuh macam menangis giler2 punya tahap gaban dah. memang tak leh nak pujuk. kalau aku dalam buai, makcik aku kena angkat buai tu dengan besi2 sekali bawak tido atas tilam. kalau tak, nanti aku nangis, sampai pagi. hah lantak 1 rumah tak leh tido. oh lupa nak tell u all. aku dari kecik umo 2 bulan, memang duduk kampung dengan makcik & sepupu aku.

bila dah naik time sekolah, macam biasa lah kan. rasa ngantuk jer tido lah. kerja sekolah? hurmmm paham2 jer aku yang pemalas ni. kalau siap, kira ok lah kan. kalau tak, ada lah suara2 kejut aku pepagi buta dalam kul 5 pagi. tak pun, aku sendiri yang terjaga. betul lah pakar motivasi kata, kalau kita dah set sesuatu dalam minda sebelum tido, dah set pukul berapa nak bangun, insyaALLAH terjaga lah dengan sendiri nya.

tapi yang paling ingat time form 4. tahun ni orang kata honeymoon year konon. cehhh. memang aku honeymoon tak ingat. lepas PMR kan. entah kenapa aku jadi aktif semacam. join olahraga sekolah. acara aku jarak jauh jer. merentas desa. 3000 meter. 800 meter. tu je lah. penah try sprint sekali, 200m. huh macam hampeh. aku lari relax jer macam acara jarak jauh. amek! sape suruh letak nama aku dalam sprint. intro sikit.

so, tabiat tido aku dah berubah sikit. pagi sekolah. kadang2 ada latihan olahraga. petang pun kadang2 ada latihan. dengan aku join kelab budaya sekolah lagi. kelab ni memang aktif sampai sekarang. aku dah study jauh2 ni pun, kena panggil lagi hah kalau ada jemputan persembahan. aish! tapi aku suka. :)

tiap2 hari aku akan tido lepas maghrib. memang penat wey. homework memang letak tepi semua. lepas tu, dalam kul 10 lebih, ada lah sorang umat yang mesej aku. kira kejut kan aku tido lah tu. aku dah solat isyak semua, baru lah aku bukak buku, study. sambil2 tu mesej lah dengan sorang umat ni. kira macam teman aku study lah. haiii semua itu memori. sampai lah 2 ke 3 pagi. kadang2 sampai gak kul 4 pagi. tengok banyak mana kerja yang ada. selama mana aku boleh tahan. seronok study awal2 pagi macam tu. senyap. sunyi. tapi bertahan setahun je. masuk form 5, aku betul kan sistem tido aku balik. sampai lah sekarang

pukul 12 jer, tido. 6 pagi harus dah celik mata. kan tak baik tido lewat malam. lagi pun, aku tak boleh tido lepas asar, nanti confirm2 ngantuk cepat. kalau lebih kul 12 malam kang, aku jadi lapar lak. selalu jer, aku bangun kejap dalam gelap2 tu, kunyah biskut sekeping dua. huhu. tak leh tido wey. untuk pengetahuan, aku ni PANTANG LAPAR.

ok lah. kisah pantang lapar aku ni, sambung next entry. bye2...

16 February 2012

skudai oi skudai wey

hanya tinggal beberapa hari saja lagi... kaki ku akan melangkah ke bumi bertuah skudai yang tercinta. wah wah wah... tak yah kira hari. nak kira jam ke minit ke, mampu lagi aku rasa. hari ni dah khamis. sabtu or ahad, memang bakal jejak lah kaki aku kat skudai. aishhh... time cuti memang bosan ya amat. tak de keja. bila sampai jer waktu nak balik, gini lah perasaan. malas. semua nya adalah kerana malas. malas. malas. malas. arghhhh malas!!!

entah kenapa memang dari kecik aku ni pemalas. sejak dari sekolah, aku lah kaki ponteng paling popular seantero ermmm seantero sekolah jer. hahaha... cikgu pun dah faham. bayangkan, lepas exam akhir tahun, korang buat apa jer kat sekolah? mungkin ada sekolah yang sediakan aktiviti menarik supaya semua pelajar wajib hadir kan. sekolah aku tak da. so, buat apa aku nak datang?! hahaha... melain kan kawan2 plan nak main something. hah bawak lah kau segala permainan yang ada kat rumah tu. tapi tu time sekolah rendah jer. bila dah naik menengah, habis jer exam, memang dah tak nampak dah aku kat sekolah. hihihi...

apa target korang datang sekolah? kalau tanya soalan macam tu kat aku sekarang, boleh lah aku hurai kan panjang lebar sikit. ikut kehendak agama. belajar itu satu ibadah. ilmu dicari hingga ke liang lahad. betul tak?

ni dapat soalan macam tu time sekolah lagi. yang aku tau nak dapat A, A, A. kalau fail, rasa kiamat dunia. bila fail jer, rasa  BODOH nya aku. 

tapi bila dah meningkat remaja ni. faham lah serba sedikit kenapa kita belajar. kenapa nak belajar pandai2? kenapa nak masuk u segala? kenapa nak belajar sampai luar negara? kenapa semua kena dapat A? kenapa? kenapa? kenapa? kenapa duit hantaran kena ikut lulusan belajar? erkkk tetiba! *gatai nama nya*

cari lah ilmu selagi termampu. setiap apa yang terjadi sekeliling kita, ambek lah sebagai satu pengajaran. yang baik dijadikan tauladan. yang buruk dijadikan sempadan. ilmu tak semestinya yang kita dapat di tempat2 khusus seperti sekolah, U atau kuliah2. tapi di merata tempat.

contoh hutan. pergi berkhemah. belajar berdikari. buat itu ini. apa yang ada jer kita guna. tak leh nak demand. itu pun ilmu bukan?! kat hutan jer dah dapat ilmu. hahhh...

tu lah yang aku nak kata. mana2 jer ada ilmu. gunakan lah ilmu sebaiknya.


15 February 2012

cuti cuti cuti

aloha! assalamualaikum salam sejahtera semua...
haish dah lama tak update blog. nak kata tak da masa, 24 jam tuh tak kan lah tak da seminit dua nak menaip ye dak. kalau berchatting tuh ke main lagi ber jam2 nya. sampai anak sedara pun tanya, "mak ipah tak update blog ke? akak selalu gak usha2." huhuhu ok2. kalau ada, ada lah entry ni. kalau tak memang terperap jadi draft je lah gamak nya.

diam tak diam, pejam celik pejam celik, nak dekat sebulan aku bercuti sem ni hah. dari last paper 19 jan hari tu, hingga lah 19 feb ni, aku nak balik skudai dah. dari 25 jan sampai 5 feb hari tu, dah habis kat program SUKSIS. hahaha suksis lah sangat. lebih kurang 2 minggu jugak lah. 1st week aku belajar pasal senjata. M16 & revolver .38. 2nd week, berkhemah kat tasik chini, pahang. dan itu lah perkhemahan yang paling rilex pernah aku join selama aku berkecimpung dalam dunia khemah2 ni ha. cuma satu jer aktiviti yang memang excited tak terkata, 'lake crossing'. yang lain2 macam 'flying fox', 'repelling' & 'jungle trekking', tuh semua dah pernah rasa. 

untuk baki2 cuti yang seterusnya, duduk lah aku kat kampung yang indah nan permai ni hah. kuala klawang, jelebu nogori sombilan... ada plak member chat aku kata sini hutan. hampeh! berbulu jer rasa. 
nape duk kampung instead petaling jaya yang lagi meriah tu?
hah ini jawapan dia (cer sebut ala2 johan sikit)...

kat sini aku boleh merempit yo. tiap2 hari vroom sana sini. ini lah benda yang aku cari2 time cuti. sebab duk skudai tak de motor. duk PJ, abah tak bagi nak merempit. last2, kampung jugak tempat lepas geram.

ke kedai ibu. ke rumah kak yah. melepak di afiq tom yam. merendek sekitar seremban. itu lah antara program yang terlaksana. hanya PD lah yang aku mimpi2 selama ni. huhuhu bila lah nak dapat berendam air garam ni. dah lama rasa nya mengidam ni. hari tu just pegi jeram toi je. berendam ada lah 1 ke 2 jam. habis kecut semua. adeh!

ok lah. ini saja untuk hari ni. tau2 je lah saka malas aku ni men jadi2. aigooo