25 November 2011

Program cuti-cuti di UTM

Hai assalamualaikum. Salam sejahtera. :)

Memang aku rindu giler nak berblog ni. Dari hari ke hari nak menaip macam2 cerita. Macam2 idea ada, tapi penyakit malas sentiasa lekat kat badan aku ni. Tak nak pindah tuan katanya. Macam SAKA pun ada. huhuhu...

Yer memang banyakkk sangat cerita. Kalau nak letak semua dalam satu entry, nanti kena pulak beli laptop saiz 47 inci, baru dapat baca cerita aku. hahaha... 

OK lah. Malas nak cerita perkara lepas2. Aku nak cerita pasal HARI INI DALAM SEJARAH. ehhh CHOYYY silap. Pasal hari ni dan semalam lah. Aduhai nya punnn.

Hari Ahad lepas, abang aku datang JB ni hah. Dia kena datang sini untuk ajar staf JPN JB, cara2 nak kendalikan mesen cetakan IC. So, lepas ni, orang2 kat JB ni, boleh dapat IC dalam tempoh 24 jam. WAHHH cepatnya...
Alang2 dia dah sampai sini, dia pun nak lepak2 la dengan aku. Rindu lah tu kat adik dia ni. hehehe. Aku pun booking kan Scholars inn. Dapat student price. Check in Khamis, check out jumaat. Hari ni lah.

Jadi, petang semalam kami pun cadang2 lah nak beraktiviti apa2 yang patut. Daripada lepak jusco Taman U, baik pergi Umall. Dapat tengok wayang. Kami tengok cerita Aku Bukan Tomboy. OH BEST!!! Not bad lah. Tapi mengikut firasat aku, pasti akan ada sambungan. Tau2 je lah cerita Shamsul Yusuf tu.

Habis2 jer wayang, dah pukul 10. Teksi TAK ADA!!!? Cisss lama siottt tunggu. Telefon teksi sana sini x angkat. Hampeh jer. Nak tau kami buat apa lepas tu? huhuhu sangat sadis...





Jalan kaki dari Umall ke Jusco. Dah la jumpa macam2 orang. EEEEE takut mak. Teringat pulak wayang tadi, Scha nak kena rogol bagai. Aduh. Aku jalan macam apa ntah. Laju giler. Pak cik teksi cakap kalau jalan, dalam 15 minit. Aku 10 minit jer dah sampai. hahaha... Tapi sampai jugak tempat yang dituju. Alhamdulillah. Then, aku mintak teksi hantar sampai KTC jer. Sebab aku nak ambek barang aku plak. Nak teman abang aku tido kat scholars inn.


hohoho lepas tu jalan kaki lagi. Dengan beg berat nya. Dengan bawak makanan air mineral bagai. Naik bukit pulak tu. haihhh. Terbakar lemak untuk secawan teh tarik, bak kata abang aku. huhuhu...

Hari ni pulak pergi Jusco Tebrau. WOW! Besar nya. Macam Mid Valley orang kata. Tapi berbekalkan sepuluh hinggit dalam purse aku ni, itu semua xde makna lagi tahu?! Kami setakat pergi makan KFC jer tadi. HUH berbekalkan 6 ke 7 ringgit naik teksi ke Taman U pun boleh dapat KFC tau. Ni, pergi je dah RM25, balik pulak RM35. Pas tu, abang aku call teksi lagi hantar ke Senai, RM30 lagi. Sewa scholars inn RM100 pulak. MAK AIII duit habis pada benda yang tak nampak.

Dengan aku ponteng 2 kelas lagi. Assignment x buat2 lagi. Malam ni bantai nak blog2 pulak. Esok pagi2 dah kena latihan Suksis. Lepas latihan nak kena balik kampung. Assignment nak kena hantar Selasa & Khamis. arghhh... Lepas post entry ni, nak tengok semi final muzik2 pulak. hohoho. Hari ni aku nak bermalas2. X tau lah kenapa SAKA ni kemain lagi menjadi2. BYE!

No comments: