20 June 2013

Latihan Industri

Bismillah...
Kebosanan terlampau duduk di office membuatku terpanggil untuk menaip lagi di blog usang ini. Hah gitu!
Pada 10 Jun lalu, bermulalah Latihan Industri (LI) aku di Menara TM, KL. Terima kasih kepada emak sebab bersusah payah membantu untuk mendapatkan tempat bagi aku menjalani LI di sini. Ikutkan permohonan aku untuk LI di ICmic, Cyberjaya berjaya. Cuma perlu menyatakan persetujuan.

Oleh itu, aku ditempatkan di department Carrier and Network Development (CND) atau dulu dikenali sebagai Global and Network Development (GND) dan report kepada En. Kamarul Azmi di bawah unit Satelit. Tetapi aku ditempatkan di bawah pengawasan Cik Mazlina. Maka, selama 12 minggu ini, Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang, duduklah aku di tingkat 47 (North).

Selama satu minggu pertama, aku diberi segala bahan berkaitan satelit dan antena dan juga bahan berkaitan produk yang dikeluarkan oleh pihak TM. Tidak kurang juga mencari bahan berkaitan di Google. fuhhh
Datang ke office buka laptop dan membaca. Pukul 1 tengah hari turun makan dan solat. Pukul 2 masuk balik dan sambung membaca. Itu lah rutin minggu pertama.

Minggu ke-2, terjahat sikit baca blog yang tak berkaitan. Maaf. Memang confirm segar bugar sampai petang.

Dan semalam, 19 Jun, aku pergi Cyberjaya Earth Station. wihuuu!
Pergi melihat sejumlah antena pelbagai saiz. Melihat server/hubs. Meninjau van yang digunakan untuk mobile antenna. Itu yang sangat menarik perhatian. Mobile antenna digunakan jika ada event besar untuk siaran secara LIVE. Tapi tidak bernasib baik kerana tak dapat mengambil apa-apa gambar. RAHSIA!

InsyaAllah, kalau ada kebosanan dan kerajinan, akan aku ceritakan lagi pengalaman LI selama 12 minggu ini. Sekian.

3 comments:

Aween Md Zahir said...

weh, tolong tanyakan kot2 ada vacancies. department corporate communication ke, event department ke.please ! trimas ;) bwahahahaha. p/s: ini serius !

Anonymous said...

boleh tau x camna apply kat menara TM tu ? hehe thx!

Anonymous said...

nk pinjam laporan boleh :3