24 December 2011

keluarga adalah keutamaan

assalamualaikum. HAI! semua...

aku sekarang ni tengah resah gelisah. duk fikir2 betapa banyaknya duit aku habis untuk aku balik rumah 3 minggu berturut turut. fuhhh! aku bukan nya belajar kat KL lagi. tiap2 minggu boleh balik dengan senang hati. senyum sampai telinga. kadang2 boleh bertemu senyum kiri dan kanan. erkkk TIPU!

sekarang tercampak jauh ke selatan tanah air sudah. memang seronok orang yang call tu suruh balik. aku pun jadi seronok terlompat-lompat nak balik. tapi duit dalam bank tu penat cari tempat nak menyorok supaya tidak dikeluarkan TAHU?! dulu kat KL aku kata duit laju macam air paip keluar. tapi sekarang aku boleh sokong statement kawan aku. "Duit aku ni dah macam TSUNAMI ko tau". hahaha... itu hanya perumpamaan. insyaALLAH aku masih mampu control duit yang mak bagi. start belajar diploma hari tu, alhamdulillah pandai control duit keluar masuk. tak pernah sesak2 duit ni. cukup segala. siap boleh bagi pinjam kat kengkawan sampai sekarang tak bayar2. huhuhu. siap boleh shopping sakan hujung bulan, bilamana duit belanja tak habis, dapat lagi duit belanja untuk next month. ececece macam peribahasa FIFI FAIRUZ FUYYOOO pulak yang selalu sesat timur tu.

tapi bila di fikir2 kan balik, bila sentuh jer bab family, lembut sikit hati aku. apa lagi yang aku boleh buat selain menggembirakan hati ahli2 keluarga kan. mereka dah banyak tolong aku. support aku tak kisahlah daripada segi apa. tapi memang yang paling utama daripada segi duit. tiap kali kalau balik kampung, memang pulang modal lah orang kata. cuma modal duduk lama2 dalam bas 3 4 jam jer, tak dapat pusing balik. hehehe

terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong aku selama ini. dan sejak azali lagi, aku tidak mencampurkan hal pelajaran dengan keluarga. hahaha. agak poyo di situ. dan sememangnya aku malas bawak balik assignment or anything yang perlu disiapkan kat rumah. NO WAY! aku akan buat perancangan di mana assignment yang perlu dibuat sebelum balik, or yang boleh di selesaikan selepas aku balik semula dari rumah nanti. hah macam tu lah baru boleh kata profesional kan?! cehhh perasan.

sekarang musim final exam. tak tahulah dapat balik tiap minggu ke tak lagi. dan separuh daripada duit belanja dah digunakan untuk membeli present khas buat anak sedara yang dapat 8A dalam PMR baru2 ini. tahniah!

No comments: