15 February 2012

cuti cuti cuti

aloha! assalamualaikum salam sejahtera semua...
haish dah lama tak update blog. nak kata tak da masa, 24 jam tuh tak kan lah tak da seminit dua nak menaip ye dak. kalau berchatting tuh ke main lagi ber jam2 nya. sampai anak sedara pun tanya, "mak ipah tak update blog ke? akak selalu gak usha2." huhuhu ok2. kalau ada, ada lah entry ni. kalau tak memang terperap jadi draft je lah gamak nya.

diam tak diam, pejam celik pejam celik, nak dekat sebulan aku bercuti sem ni hah. dari last paper 19 jan hari tu, hingga lah 19 feb ni, aku nak balik skudai dah. dari 25 jan sampai 5 feb hari tu, dah habis kat program SUKSIS. hahaha suksis lah sangat. lebih kurang 2 minggu jugak lah. 1st week aku belajar pasal senjata. M16 & revolver .38. 2nd week, berkhemah kat tasik chini, pahang. dan itu lah perkhemahan yang paling rilex pernah aku join selama aku berkecimpung dalam dunia khemah2 ni ha. cuma satu jer aktiviti yang memang excited tak terkata, 'lake crossing'. yang lain2 macam 'flying fox', 'repelling' & 'jungle trekking', tuh semua dah pernah rasa. 

untuk baki2 cuti yang seterusnya, duduk lah aku kat kampung yang indah nan permai ni hah. kuala klawang, jelebu nogori sombilan... ada plak member chat aku kata sini hutan. hampeh! berbulu jer rasa. 
nape duk kampung instead petaling jaya yang lagi meriah tu?
hah ini jawapan dia (cer sebut ala2 johan sikit)...

kat sini aku boleh merempit yo. tiap2 hari vroom sana sini. ini lah benda yang aku cari2 time cuti. sebab duk skudai tak de motor. duk PJ, abah tak bagi nak merempit. last2, kampung jugak tempat lepas geram.

ke kedai ibu. ke rumah kak yah. melepak di afiq tom yam. merendek sekitar seremban. itu lah antara program yang terlaksana. hanya PD lah yang aku mimpi2 selama ni. huhuhu bila lah nak dapat berendam air garam ni. dah lama rasa nya mengidam ni. hari tu just pegi jeram toi je. berendam ada lah 1 ke 2 jam. habis kecut semua. adeh!

ok lah. ini saja untuk hari ni. tau2 je lah saka malas aku ni men jadi2. aigooo

No comments: