08 August 2012

Keperluan atau Kemahuan?

Assalamualaikum dan salam semua...

Sekian lama tak merapu dalam blog, hari ni semacam ada satu topik yang menarik ingin digembar gemburkan. Sebelum itu, Salam Ramadhan buat semua dan Salam Lailatulqadar. Moga kita berjumpa malam yang dinanti nantikan sepanjang hidup ini.

Anda rasa setiap yang ada di sekeliling diri kita, sesuatu yang kita perlu, atau sekadar sesuatu yang kita mahu? HEH sudah lah dengan ayat skema macam ni. Letih mak aiii...

Sebagai contoh lah kan. Aku rasa loser jugak bagi yang takde henpon ni. HAHAHA. I'm sorry. Tapi ini tahun 2012 der. Budak baru kenal dunia pon dah pandai guna henpon. Tahun depan lagi lah. Budak budak dah boleh bawak henpon p sekolah. DAHSAT. Bagi aku lah kan, zaman ni, masa ni, henpon memang satu keperluan. Senang nak call walau di mana kita berada. CEWAH. Kalau rasa kedekut sikit, atau memang kredit tak penah cukup, mesej saja sudah berbaloi. Tapi henpon akan menjadi sebaliknya apabila kita mahukan henpon yang boleh ambek gambar, boleh Facebook sambil makan, boleh update blog dalam dalam toilet dan boleh macam2 lagi selain call dan SMS.

Rumah pun satu keperluan bukan? Benda2 asas dalam rumah haruslah ada toilet, bilik mandi, dapur, bilik2, ruang tamu, dan apa2 saja yang kita biasa tengok dalam rumah. Tapi akan menjadi suatu kemahuan apabila kita nak ada bilik solat, bilik tamu lah, bilik riadah untuk keluarga lah, ruang untuk anak2 main PS lah, ruang nak menonton TV bersama keluarga lah dan macam2 ruang nak diadakan dalam rumah.

Selain itu ialah kenderaan. Biasa lah orang ada kereta. Paling agung pun ada lah sebijik motor. Paling koman, naik lah public transport. Nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat, memang kita perlukan kenderaan supaya cepat sampai dan dalam keadaan yang selesa. Tapi, bila naik motor, mahu kan motor yang besar2 saja. Motor yang laju2 sahaja. Padahal motor kapcai pun mampu membawa anda sampai ke tempat yang dituju. Cuma penunggang motor canggih2 ni bisa menghabiskan sebatang rokok sambil menunggu si penunggang kapcai sampai di destinasi yang sama. HEHEHE... Gurau2 jer...

Itu je lah 3 contoh yang nak aku kongsikan. Yang lain, pikir2 lah sendiri.

No comments: