24 February 2015

Korban kerjaya demi ibubapa

Salam...

Sejak aku bagi resign letter, bos dah tak sudi nak bagi aku kerja. sob sob sob
Sebab tinggal 3 minggu sebelum aku angkat kaki dari Celcom tersayang. cewah
So, aku ambil inisiatif sendiri buat muka tak malu dahaga kan kerja pergi tanya siapa2 yang perlu kan pertolongan.
Atas usaha yang jitu, kakak HR sudi terima aku sebagai staf sokongan sebab dia hadap kerja bertimbun seorang diri. hahahaha
HR memang banyak kerja weiii. Seronok pulak dah jadi orang HR. Sebab kerja non-stop tapi kerja nya simple2.
Alkisah yang aku nak cerita kan adalah berkisar tentang staf2 lah. Dah duduk HR memang hari2 cerita pasal staf sana sini itu ini. Banyak sungguh isu daripada sebawah bawah staf, hingga lah sebesar besar bos.

So, petang tadi kisah nya ada seorang staf yang datang hantar resign letter. Short notice. Sepatut nya kalau nak resign kena bagi notis 2 bulan kan. Kalau tak, kena lah bayar wang pampasan.
Tapi cerita nya agak menyentuh perasaan. Dia perlu jaga ayah yang sakit. Antara 4 beradik, dia lah yang paling rapat dengan ayah. Ayah perlu jalani beberapa siri rawatan di beberapa tempat yang berbeza kerana ikut kepakaran doktor yang berlainan.
Adik2 pulak baru nak meningkat naik. Baru menjengah alam pekerjaan. Emak pun tak berapa sihat. Dia cakap emak pernah pengsan time jaga ayah dulu. Pernah sama2 masuk wad kat hospital yang sama.
Dia tak kisah pasal kerja sekarang. Dia yakin nanti kalau ada rezeki, tak ke mana. Buat masa sekarang dia nak fokus kan dengan rawatan ayah dan kesihatan emak.
Bagus kan anak macam ni. Ketepikan minat & kerjaya demi ibu bapa.
Semoga ayah nya segera sembuh. Semoga emak nya tabah hadapi dugaan ini. 
Semoga dia wahai kakak, akan peroleh keberkatan & rezeki lebih baik kemudian hari. Jika bukan di dunia, insyaALLAH di akhirat kelak.

4 comments:

suriram said...

Congrats ipah!

ifah said...

Thanks @suriram

Anonymous said...

salam awak nak tanya, lepas sl1m awak terus diserap kerja ke?thanks

Анна Лапина said...

Дорогие индивидуалки sex-ra.com Кто умеет создавать великое, создаст и малое помогут скрасить не только ваш досуг, но также могут украсить вас как мужчину, личность. У меня есть ВСЁ, что нужно для Вашего комфорта. Разнообразие предоставляемых услуг, неиссякаемая фантазия, тактичность, учитываю все Ваши пожелания, а также ненавязчивое МУЗЫКАЛЬНОЕ СОПРОВОЖДЕНИЕ.