24 April 2011

IPD Petaling Jaya dilanda ribut

Aku tak mampu menulis untuk puaskan hati semua orang.

Tapi aku ada cerita hari ini. hehehe...

Alkisah nya bermulaaaaa...

Pada suatu petang...

Hujan rintik-rintik, air bergelora

Lepas tuuu kan... POM PAM POM PAM!

Kilat sabung menyabung. Hujan dah tak sudi nak rintik-rintik lagi. Tapi mencurah-curah. Kalah pili bomba yang buat berlakon dalam filem tu. huhuhu... AMEK KAU!

pemandangan dari tingkap rumah

tengah hujan lebat pun orang dah turun buat kerja


Tengoklah tu. Pokok durian tu menyembah bumi. Habis 1 row parking roboh. Ingatkan kereta aku tak kena sebab duk hujuuuuuung sekali. Almaklumlah, parking dah bergoyang-goyang. Kayu pun dah reput. Atap pun dah berlubang. Memang saja bagi roboh ni. Boleh buat baru. hahaha. upsss jangan marah Tuan Arjunaidi.

Aku takdelah jenis gelabah puyuh kan. Dengar parking roboh terus berlari berkejaran nak selamatkan kereta. LEK LUUUUU. Kereta mak gua. Bukan gua punya duit. hahahaha...

Tak de lah sampai macam tu. Akak & abang aku dah turun meninjau tapak kejadian. Menolong apa yang patut. Mak aku pun turun menyumbang mata & telinga. Tapi AKU???

Mestilah turun! Lambat sikit jer. heh.

Dah tu kau pikir gambar ni aku copy paste ke? Tolong sikit. Ori daripada henset aku ler... Sibuk KLIK! KLIK! mengalahkan wartawan. huhuhu... Tu jelah aku dapat tolong.

taraaa!

nasib baik tiang landing baikkk punya sebelah kereta

aik! senyum lagi tuh... tapi dalam hati :
"rupa-rupanya dapat bonus bulan ni nak ketuk kereta"

aerial dah hilanggg! sob sob sob

Memandangkan aku yang masih bersih lagi suci, tak menolong langsung orang berkemas, kena lah alihkan kereta ke tempat lain. Rasa jadi pemandu kehormat. Tak bawak lesen. Aku kena drive keluar balai, sebab tak de jalan lain untuk masuk parking sebelah depan.



tadi atap tuh main patah-patah jer. nampak sangat dah uzur.


Toyota Avanza ni satu-satunya kereta yang dihempap oleh pokok. Yang lain kena tempias jer. Parking ni ada 10 lot. 8 jer ada kereta time tuh.
Ada polis trafik cakap tadi : "Malam ni ko p langgar mana-mana tembok. Baru boleh claim."

Kalau langgar tembok, memang lah kemik. Tapi kat tepi. Ni kemiknya kat atas. Macam mana tuh? huhuhu

Sebelum aku balik kolej tadi, sempatlah aku ambik lagi satu gambar...


Clear sudah. Habis semua pokok kena tebang.
Takut lah tuuu
Aku pasti semua menanti-nanti kemunculan parking terbaru...

NANTIKAN......

itu sahaja laporan daripada ifah
dari meja study, KSJ

Kenapa update cepat sangat? -sebab saya malas nak study sekarang-

status terkini : esok ada paper Engineering Management

Bagus!!!

No comments: