25 April 2011

selamat tinggal sayang

Tanpa saya sedar, dah 4 bulan kita bersama ya. Pahit getir ribut taufan, semua dah rasa. Hujan panas lapar dahaga tiap-tiap hari, tak mampu nak kira. Kita ditakdirkan berjumpa hanya sekali seminggu. Petang pulak tu. Lagi lah saya bosan, ngantuk, lapar bila jumpa awak. AISHHH!

Hari ni saya nak buat declaration dengan awak. Dengar sini baik-baik tau!

"I nak mintak putus. Please. I dah tak tahan. huhuhu... Tapi U mesti bagi yang terbaik untuk I tau."

HAH padan muka. Saya dah ada orang lain sekarang. Kiranya petang tadi, last lah kita jumpa eyh.

Terima kasih kerana sudi bersama dan memahami saya sepanjang perkenalan kita. Walaupun saya dah cuba dan cuba dan cuba lagi untuk sayang dan cinta awak, tapi saya tak mampu. Ini saja yang saya mampu berikan. sob sob sob

Sedihnya kerana melepaskan awak pergi. Takut awak buat tak baik kat saya. Kalau nanti, hidup saya huru-hara, saya akan salahkan awak. Saya tak nak jumpa awak lagi!!! Saya nak lupakan awak. Tapi bukan selama-lamanya. hehehe... Bila saya perlukan awak, saya panggil lah. Kalau tak nak, bye-bye... :P

Kalaupun ada jodoh antara kita lagi, biarlah kita bertemu di tempat lain. Saya dah tak sanggup untuk berjumpa awak di sini lagi. Saya malu lah. ahaks

Awak doakanlah, dengan orang baru ni. Saya akan bahagia jugak. Dan saya harapkan saya lebih bahagia bersama orang baru ni berbanding dengan awak sebelum ni.

HUAAAAAHHH tolong lah orang baru. Jangan kecewakan saya. Saya haraaaap sangat. Berilah yang terbaik untuk saya. Please please...

Selamat tinggal sayangku....





Engineering Management....

keh keh keh...

Itu dia orang baru saya!
Dah lah. Banyak mengarut jer aku malam ni. Effect exam petang tadi lah tu. Tapi alhamdulillah semua yang dibaca, ditanya dalam soalan tadi. Nak tahu kenapa???

hahahaha sebab lecturer dah bagi siap-siap suruh baca apa. ohhh terima kasih pensyarah ku.

No comments: