03 May 2011

jangan terkejut jumpa aku kat pasar

"Angah, angah! Jom hantar aku g pasar."

huhuhu... Tu lah nasib badan. IC bantai letak dalam kereta. Kereta semua orang bawak pergi kerja. Tinggal aku dan lesen sahaja. Kenalah menagih simpati adik beradik. keh keh keh

Ikutkan, pagi ni nak pergi pasar. Nak beli ayam dan bahan-bahan untuk perap ayam. Dapat call daripada pengarah (Dan) program baru tadi, suruh beli ayam 7 ekor potong 12. WOW! 

Yang sebenarnya, aku dan budak sekelas 3DDP ni nak buat BBQ malam esok. Maklum saja lah, sem last. Nak together gether gediks lah malam esok. Tapi rasa macam banyak jer tu 12x7=84. Kitorang ni ada 30 orang jer. Kalau beli 6 ekor pun cukup. Tambah nasi lagi. Ada sosej lagi. Banyak tu...

Dia tanya pendapat aku nak beli berapa ekor. Dia kata "Cuba ko bajet2, budak pempuan makan berapa banyak?". Siap pesan lagi "Jangan ikut kau, kau makan memang sikit". Ek eleh... Ingat yang lain tu makan banyak ke. huhuhu sengal Dan. Tak kisah lah. Aku beli 6 ekor je lah. Dah potong2 nanti, bukan dia perasan pun. hahaha. opsss!

Ada jugak cadangan nak pergi Sungai Sendat. Tapi memandangkan musim sekarang hujan jer. Lagi pun kitorang ni belum pun habis exam lagi. Aku tak berapa setuju. Risiko tuh. Aku tak nak! Mujurlah ramai jugak yang sependapat dengan aku. heeeee... Kalau tak, sah2 lah aku tak pergi.

No comments: