16 February 2012

skudai oi skudai wey

hanya tinggal beberapa hari saja lagi... kaki ku akan melangkah ke bumi bertuah skudai yang tercinta. wah wah wah... tak yah kira hari. nak kira jam ke minit ke, mampu lagi aku rasa. hari ni dah khamis. sabtu or ahad, memang bakal jejak lah kaki aku kat skudai. aishhh... time cuti memang bosan ya amat. tak de keja. bila sampai jer waktu nak balik, gini lah perasaan. malas. semua nya adalah kerana malas. malas. malas. malas. arghhhh malas!!!

entah kenapa memang dari kecik aku ni pemalas. sejak dari sekolah, aku lah kaki ponteng paling popular seantero ermmm seantero sekolah jer. hahaha... cikgu pun dah faham. bayangkan, lepas exam akhir tahun, korang buat apa jer kat sekolah? mungkin ada sekolah yang sediakan aktiviti menarik supaya semua pelajar wajib hadir kan. sekolah aku tak da. so, buat apa aku nak datang?! hahaha... melain kan kawan2 plan nak main something. hah bawak lah kau segala permainan yang ada kat rumah tu. tapi tu time sekolah rendah jer. bila dah naik menengah, habis jer exam, memang dah tak nampak dah aku kat sekolah. hihihi...

apa target korang datang sekolah? kalau tanya soalan macam tu kat aku sekarang, boleh lah aku hurai kan panjang lebar sikit. ikut kehendak agama. belajar itu satu ibadah. ilmu dicari hingga ke liang lahad. betul tak?

ni dapat soalan macam tu time sekolah lagi. yang aku tau nak dapat A, A, A. kalau fail, rasa kiamat dunia. bila fail jer, rasa  BODOH nya aku. 

tapi bila dah meningkat remaja ni. faham lah serba sedikit kenapa kita belajar. kenapa nak belajar pandai2? kenapa nak masuk u segala? kenapa nak belajar sampai luar negara? kenapa semua kena dapat A? kenapa? kenapa? kenapa? kenapa duit hantaran kena ikut lulusan belajar? erkkk tetiba! *gatai nama nya*

cari lah ilmu selagi termampu. setiap apa yang terjadi sekeliling kita, ambek lah sebagai satu pengajaran. yang baik dijadikan tauladan. yang buruk dijadikan sempadan. ilmu tak semestinya yang kita dapat di tempat2 khusus seperti sekolah, U atau kuliah2. tapi di merata tempat.

contoh hutan. pergi berkhemah. belajar berdikari. buat itu ini. apa yang ada jer kita guna. tak leh nak demand. itu pun ilmu bukan?! kat hutan jer dah dapat ilmu. hahhh...

tu lah yang aku nak kata. mana2 jer ada ilmu. gunakan lah ilmu sebaiknya.


No comments: