Hai uolls
Last week I got a call for an interview. Daripada 99 Speedmart. Jawatan as Assistant Branch Manager/Branch Manager.
Alkisah kenapa gigih sangat cari kerja even di luar bidang? Company sekarang seperti mahu terkubur dan melabuhkan tirai. :-(
Kontrak offer hanya sambung 6 bulan. Projek dah lama sendu. Takde kerja kat ofis. Hari2 main game sampai boleh menang setiap hari. Ada pun buat 1 ke 2 report, then boleh main game sampai balik. Join meeting dingdongdingdong, then balik tempat sambung main game.
Seronok dapat gaji tapi takde kerja??? SERONOK sangat. Tapi aku makan gaji buta kalau hari2 macam ni. So nak tak nak, try apply kerja sana sini habis semua yang luar bidang pun aku apply. klik klik klik KLIK! 99 Speedmart!!!
Esok IV kat Warehouse 2, Klang. Pergi je dulu walaupun tau gaji yang di offer tidak lah sekaya sekarang, but at least aku ada kerja. Buat kerja dapat gaji. Bukan duduk main game sampai menang, awal bulan dapat gaji. NONONONO.
Mungkin boleh goreng sikit2 sebab aku hanya ada 2 bulan experience as cashier kat Giant duluuuuuu. Kerja sambil tunggu panggilan sambung belajar. So kita redah sajo lah esok. Jawab jer apa dia tanya. BOLEH kan semua apa yang ditanya. :P
Hamba ALLAH
17 December 2018
20 August 2018
Peria Goreng Rangup in TOWN!!!
Assalamualaikum & salam sejahtera semua.
Hai saya Ifah & ingin kembali bersiaran dalam dunia blogging ni.
Saya ada menjalankan sedikit bisnes kecil kecilan iaitu PERIA GORENG RANGUP IN TOWN!!!
Bagi sesiapa yang ingin merasai kerangupan & kesedapan peria setelah dihiris nipis & digoreng rangup, boleh hubungi saya di talian 0132807597 (Whatsapp sahaja).
Terdapat 2 jenis packaging:
180g (RM12)-bekas petak
500g (RM28)-bekas bulat
Free delivery sekitar Shah Alam & Petaling Jaya (Rabu/Jumaat)/Senawang & Seremban (Jumaat/Sabtu/Ahad)
Beberapa feedback yang saya dapat daripada customers sebelum ni boleh lawat Instagram @periagoreng (Peria Goreng Rangup).
Khidmat postage juga disediakan ke seluruh Malaysia. Kos pos ditanggung oleh customer sendiri. Memandangkan bisnes ini baru bermula, baru 3 parcel yang selamat diterbangkan ke Johor & Sarawak.
-PERIA GORENG RANGUP IN TOWN-
-0132807597-
24 February 2015
Korban kerjaya demi ibubapa
Salam...
Sejak aku bagi resign letter, bos dah tak sudi nak bagi aku kerja. sob sob sob
Sebab tinggal 3 minggu sebelum aku angkat kaki dari Celcom tersayang. cewah
So, aku ambil inisiatif sendiri buat muka tak malu dahaga kan kerja pergi tanya siapa2 yang perlu kan pertolongan.
Atas usaha yang jitu, kakak HR sudi terima aku sebagai staf sokongan sebab dia hadap kerja bertimbun seorang diri. hahahaha
HR memang banyak kerja weiii. Seronok pulak dah jadi orang HR. Sebab kerja non-stop tapi kerja nya simple2.
Alkisah yang aku nak cerita kan adalah berkisar tentang staf2 lah. Dah duduk HR memang hari2 cerita pasal staf sana sini itu ini. Banyak sungguh isu daripada sebawah bawah staf, hingga lah sebesar besar bos.
So, petang tadi kisah nya ada seorang staf yang datang hantar resign letter. Short notice. Sepatut nya kalau nak resign kena bagi notis 2 bulan kan. Kalau tak, kena lah bayar wang pampasan.
Tapi cerita nya agak menyentuh perasaan. Dia perlu jaga ayah yang sakit. Antara 4 beradik, dia lah yang paling rapat dengan ayah. Ayah perlu jalani beberapa siri rawatan di beberapa tempat yang berbeza kerana ikut kepakaran doktor yang berlainan.
Adik2 pulak baru nak meningkat naik. Baru menjengah alam pekerjaan. Emak pun tak berapa sihat. Dia cakap emak pernah pengsan time jaga ayah dulu. Pernah sama2 masuk wad kat hospital yang sama.
Dia tak kisah pasal kerja sekarang. Dia yakin nanti kalau ada rezeki, tak ke mana. Buat masa sekarang dia nak fokus kan dengan rawatan ayah dan kesihatan emak.
Bagus kan anak macam ni. Ketepikan minat & kerjaya demi ibu bapa.
Semoga ayah nya segera sembuh. Semoga emak nya tabah hadapi dugaan ini.
Semoga dia wahai kakak, akan peroleh keberkatan & rezeki lebih baik kemudian hari. Jika bukan di dunia, insyaALLAH di akhirat kelak.
19 February 2015
SL1M trainee Celcom
Hai u all. At last rajin jugak nak menaip untuk 2015 ni. Aku harap rajin terus menjengah untuk update blog.
Just to share lah yang aku baru grad (baru x baru hujung bulan Jun 2014) then convo pada Nov 2014. So, lepas habis study memang x plan untuk cari kerja pun, sebab Ogos tu ada majlis tauliah Kor Suksis. I all memang excited nak tauliah pakai baju istiadat polis warna putih tu ha. So I make sure yang tiada apa halangan untuk I join that tauliah yang jatuh pada 24 Ogos 2014. Remember the date forever! Where I got the title as Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis. Tauliah di UiTM Shah Alam. Dan dan dan terima kasih to all my family members yang sudi datang pepagi buta nak tengok I dan seribu lebih lagi anggota suksis seluruh Malaysia berbaris (KIRI KANAN KIRI KANAN) dan sambil memegang erat M16 gituuu.
Okay then lepas dah habis semua tauliah bagai tu, baru lah I all serius dalam pencarian kerja. Ada pergi beberapa interview but x berapa nak kena dengan minat dan lokasi kot. Dan mungkin gaji. HAHAHAHA. fyi, I ni mata duitan hokay! Bukan lah orang kata nak memilih sangat ke, nak banyak songeh ke, just nak kerja yang sesuai dengan kelayakan (maybe) dan paling penting yang aku minat nak buat kerja. Bukan kerja semata-mata nak gaji. Nampak x ikhlas okay.
Dan hingga lah suatu petang sedang tergolek-golek atas katil, HR Celcom named as Hazwani called me offer an interview as SL1M Trainee. Atas sebab memang sedang menanti panggilan untuk interview dan lebih-lebih lagi Celcom kot, company GLC (kan?) pulak, dalam bidang telco. Ahaaa memang sesuai lah dengan bidang hakak. Apa lagi terus grab that opportunity, went to the interview, dapat result on the same day. Taraaa I'm successed! Starting date on 3rd November 2014, sehari selepas convocation day.
Alhamdulillah sangat. Cuma yang x best bila x dapat nak huhahuha sangat dengan geng sebab kena rushing balik KL. Yelahhh esok nya kan dah start kerja. Mesti lah tunjuk bagus on the 1st day. :P
Selama 4 bulan as trainee dalam Celcom, banyak benda aku belajar. Syukur. Walaupun bukan kerja sebenar, tapi we all dapat benefits yang lebih kurang dengan staf biasa. Kerja pun diberi macam kami ni staf (iyer macam staf yang lain jugak). Cuma kami dibayar elaun instead of salary. Without EPF. Fine.
Antara benefits yang kami dapat kan: medical card (AIA), laptop, CMP (sim card free kau guna lah sampai lebam), MC, annual leave, hospitalization & what so ever lah.
Tapi ini just a 1 year contract. So bagi aku macam tiada jaminan untuk kami diserap andai kata dah habis lah nanti kontrak nya dalam bulan 10 akan datang. So better aku cari kerja lain yang permanent, gaji bagi tinggi sikit. Memang bos2 ada cakap U all semua SL1M staff ni akan diserap nanti. Jangan risau. Tapi hitam putih ada? Dan agak lama aku nak tunggu sampai bulan 10 nanti. ermmm maka aku pun mengambil keputusan untuk mengundur kan diri dan dengan yakin nya telah menghantar resign letter (1 month notice).
2 March 2015 new job! yuhuuuu
Later nak update pasal experience dalam Celcom yang aku pikir sangat lah berguna untuk masa2 akan datang. Aku x akan lupakan program ni dan manusia2 yang terlibat. InsyaALLAH.
06 January 2014
Family datang lagi
Hai dan hai semua nya!
Sementara tunggu hujan berhenti sebelum nak ke dusun, meh aku nak melagha kejap kat blog ni ha. Saja nak story mory nak bagi tahu yang family I datang weekend lepas. WEEHUUU!
Semua ada kecuali my sis. Dia seorang yang sangat lah rajin bekerja di hujung minggu. hahaha.
So, just nak share lah ke mana aku angkut family jalan2 area sini. Skudai jer pon. X tahu apa yang menarik kat sini.
OK. Diorang sampai Sabtu pagi dalam pukul 8.15 lebih kurang lah. Then, aku jemput bawak pergi sarapan. HUH nasib baik diorang ni jenis x kisah makan kat mana2. Aku bawak jer pergi stall belakang tuuu, makan nasi lemak & roti canai. Stall jer OK! Then, then lepas tuuu kan, aku punya excited nak jalan jalan jalan, abah aku cakap cenggini haaaa "Jom lah balik Scholars Inn, abah nak tidur." Ohhh jammed kepala lutut aku nyahhh... Abah memang macam ni. Pergi lah jalan mana2, jauh sekalipun, mesti nak rehat nak tidur nak makan.
Lepas dah check in semua, aku ajak abang aku keluar. Kitorang pergi AEON Kulai. Yang baru tu. Saja malas nak duduk bilik. Abah, mak & angah tidur. Tidur! aish.
Lepas Zuhur baru lah kitorang semua keluar. Biasa lah kalau datang sini, x pergi JPO x sah. Aku dah bosan pergi situ. Dan selalu makan hati jer sebab x dapat beli apa yang aku berkenan. Tapi sebelum tu, kitorang pergi lunch dulu lah. Tapiiii dah nama nya makan tengah hari di waktu petang. Apa jer lauk yang ada??? spoiled.
Lepas JPO, abang aku mengentan nak pergi The ZON pulak. eh ke The ZONE. ahhh lantak lah macam mana eja asal kan ada bunyik. Tapi jammed pulak nak ke sana. So, patah balik kira nya nak terus p dinner. Usha2 ciken cop hutan bandar, penuh pulak. Dengan hujan lagi. Kitorang pergi lah ciken cop Angah D&C jer. Alhamdulillah kenyang perut.
Pagi Ahad baru tertunai hajat abang aku nak ke The Zone. Beli lah coklat sikit nak puas kan hati. Padahal hujung bulan ni pergi Langkawi. aish.
Dah rehat2 makan semua, hantar lah diorang ke airport semula.
Dan tiba2 hari ni, supervisor aku email tanya pasal report PSM. hahaha. Terus xde selera makan. aishhh
02 January 2014
Salam Tahun Baru 2014
Salam Tahun Baru 2014. Salam 1 Malaysia. Salam naik tak turun2 semuanya.
Bagaimana sambutan tahun baru anda? Meriah? Sambut dengan konsert? Bunga api? Atau duduk di rumah sahaja tiada perasaan. hahaha
Saya sambut tahun baru dengan cuba untuk siapkan report PSM 1. Apa itu PSM? Well. Konon belajar tinggi2 dapat kerja bagus gaji lumayan, maka saya kena siapkan report ini untuk saya bergelar seorang pelajar yang boleh grad pada tahun ini.
Projek Sarjana Muda or known as Final Year Project.
Ini lah sahaja post untuk tahun baru. InsyaAllah akan terus untuk mencarut di sini dalam masa yang akan datang.
Ada orang dah panggil makan. >TATA<
Bagaimana sambutan tahun baru anda? Meriah? Sambut dengan konsert? Bunga api? Atau duduk di rumah sahaja tiada perasaan. hahaha
Saya sambut tahun baru dengan cuba untuk siapkan report PSM 1. Apa itu PSM? Well. Konon belajar tinggi2 dapat kerja bagus gaji lumayan, maka saya kena siapkan report ini untuk saya bergelar seorang pelajar yang boleh grad pada tahun ini.
Projek Sarjana Muda or known as Final Year Project.
Ini lah sahaja post untuk tahun baru. InsyaAllah akan terus untuk mencarut di sini dalam masa yang akan datang.
Ada orang dah panggil makan. >TATA<
20 June 2013
Latihan Industri
Bismillah...
Kebosanan terlampau duduk di office membuatku terpanggil untuk menaip lagi di blog usang ini. Hah gitu!
Pada 10 Jun lalu, bermulalah Latihan Industri (LI) aku di Menara TM, KL. Terima kasih kepada emak sebab bersusah payah membantu untuk mendapatkan tempat bagi aku menjalani LI di sini. Ikutkan permohonan aku untuk LI di ICmic, Cyberjaya berjaya. Cuma perlu menyatakan persetujuan.
Oleh itu, aku ditempatkan di department Carrier and Network Development (CND) atau dulu dikenali sebagai Global and Network Development (GND) dan report kepada En. Kamarul Azmi di bawah unit Satelit. Tetapi aku ditempatkan di bawah pengawasan Cik Mazlina. Maka, selama 12 minggu ini, Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang, duduklah aku di tingkat 47 (North).
Selama satu minggu pertama, aku diberi segala bahan berkaitan satelit dan antena dan juga bahan berkaitan produk yang dikeluarkan oleh pihak TM. Tidak kurang juga mencari bahan berkaitan di Google. fuhhh
Datang ke office buka laptop dan membaca. Pukul 1 tengah hari turun makan dan solat. Pukul 2 masuk balik dan sambung membaca. Itu lah rutin minggu pertama.
Minggu ke-2, terjahat sikit baca blog yang tak berkaitan. Maaf. Memang confirm segar bugar sampai petang.
Dan semalam, 19 Jun, aku pergi Cyberjaya Earth Station. wihuuu!
Pergi melihat sejumlah antena pelbagai saiz. Melihat server/hubs. Meninjau van yang digunakan untuk mobile antenna. Itu yang sangat menarik perhatian. Mobile antenna digunakan jika ada event besar untuk siaran secara LIVE. Tapi tidak bernasib baik kerana tak dapat mengambil apa-apa gambar. RAHSIA!
InsyaAllah, kalau ada kebosanan dan kerajinan, akan aku ceritakan lagi pengalaman LI selama 12 minggu ini. Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)