22 January 2011

this is cool babeh

hak hak hak... belagak bukan? menunjukkan handphone baru kepada korang semua. cool tak?!
aku tak suka nak menunjuk depan-depan. keh keh keh... jadi aku tunjuk lah kat sini. alaaa dah tak hairan kan. orang sekarang guna segala-gala BERRY. aku still cinta sayang sama nokia.
dalam seminggu guna benda alah ni, NOKIA memang tak pernah mengecewakan. hu hu hu...

dan yang sebenarnya... abang aku bagi pinjam jer. hahaha...
tapi ok what! first hand kot. abang aku kata, dia ambil balik kalau aku tak nak guna dah.

eh hello bro!!! berjanggut lah kau tunggu...

pesanan untuk beliau > solat hajat lah banyak-banyak nak ambil balik handphone ni yer...

15 January 2011

tiba-tiba aku teringat

daily updated blog now changed to weekly updated. huh! whatever

yang penting aku tengah berbahagia di rumah. he he he... macam biasalah tiap minggu harus balik ke rumah and then, kampung. la la la...

fuhhh seminggu aku berpantang. hello bukan pantang bersalin lah. huuuu pantang daripada makan makanan pedas. yerrr...

kalau dulu time order :
"kak, nasi putih dengan ayam paprik. pedas tau. pedas GILA!"

seminggu ni :
"kak, jangan buat pedas-pedas tau."

dan sekarang, baru tadi... mak aku masak ayam kampung masak lemak cili api. pedas gila terangkat memang hebat wowww! lepas gian aku.

perut oo perut... jangan meragam lagi yer.

for your info, tiap kali balik, aku tak pernah lupa untuk memuatkan beg aku dengan buku-buku untuk dibaca or to do some revision. tapi aku selalu LUPA yang aku ada bawa buku balik ke rumah. HA HA HA

sebelum abah keluar balik pergi office tadi, beliau sudah pesan banyak banyak banyak kali. esok bangun pagi-pagi. pukul 6 kita balik kampung. wohaaa! itu hanyalah kata-kata seorang abah.
bagi seorang anak, itu adalah janji. yeah!!! by six, abah tak bangun... banjir kilat! dalam bilik abah nanti. wuhuuu

oklah. tiba-tiba aku teringat aku ada bawa buku Industrial Electronics or in short form IE. he he he...

tadaaa

10 January 2011

'tolong ingatkan aku'

ada orang kata blog aku ni sudah bersawang. sampai hati U cakap begitu. huk huk huk...

kalau baca entry lepas pun, blog tiada dalam senarai azam tahun baru. kan?!

laptop tiada. netbook abang guna. jadi aku ada komputer sahaja yang boleh digunakan tapi tidak boleh dibawa kemana-mana. oleh itu, blog ini tidak akan berupdate setiap hari.

contoh: komputer di library kampus aku. sob..sob..
tiada idea untuk menulis apabila kepala dah penat duk pusing kiri kanan nak tengok siapa yang lalu. aish!

kalau kat rumah, penulisan selalu terganggu. kerana malu. hikkk... apabila sesiapa sahaja yang lalu, dengan sepantas kilat aku tukar page lain. sebelum log in dalam blogger, page yang harus dibuka dahulu... FACEBOOK-KOSMO-AIMSWEB- & etc...
untuk mengelakkan mereka yang lalu lalang berhenti untuk membaca apa yang tengah aku kutuk pasal diorang. ha ha ha...

ini ada pesanan untuk all my friends. heee... 'tolong ingatkan aku' supaya makan on time! hal ini adalah kerana, musuh ketat kembali menyerang. gastrik datang lagi! huuu nampaknya kena berpantang makan pedas. tapi buat sementara waktu jer. dah elok nanti, aku bedal jer semua...

klinik? doktor? ubat?
heeeee tak mahu!!!

08 January 2011

saya sangat rajin

assalamualaikum. hai. selamat pagi!
fuhhh! jangan tak percaya. aku telah membakar 230 kalori yang bersarang dalam badan aku nih. selama 30 minit berjalan berlari berjalan dan berjalan. 
HAHAHA

of course lah berjalan lagi banyak daripada berlari. semput kot! hu hu hu...

nampaknya, aku telah berjaya melaksanakan ketujuh-tujuh azam aku tahun ini. dan aku tambah satu lagi azam iaitu.......

untuk mengekalkan kesemua azam tuh sampai hujung tahun ni. ok?!

hah you all... dah tengok 'the tourist'?
kalau belum... better cari cerita lain ok. hi hi hi. tapi tak tahu lah taste korang macam mana eyh. kot kot ada yang suka pulak cerita nih.
NO COMMENT!

cerita nih bukan sehaluan dengan hidup aku. nasib baik tak tengok kat wayang.

OOPPSSS! kantoi ambil cerita download. ha ha ha...

by : geng Lanun. he he he

06 January 2011

ini tahun 2011

last aku update blog tahun lepas. fuhhh lamanya tinggalkan blog ni. hah sebelum tu...

HAPPY belated NEW YEAR!

kelas dah mula. tension bakal menyusul. tapi NC aku kata, kalau kat U, orang tak panggil tension dah. we call it STRESS. kah kah kah

beliau kata tension tuh time sekolah dulu kala...


walaupun ada tugasan. eh eh ASSIGNMENT lah. dalam hati aku, (hujung minggu = rumah).
aku bertekad untuk menjaga kesihatan. ceh ceh ceh... aku dah kirim kasut sukan kat abang aku, bawak balik rumah. jadi, hujung minggu ni... mari kita...


kah kah kah. sini sudah.

dan aku ada azam untuk tahun 2011 ni...

SENYUM
 SABAR
  SOLAT
   SAYANG
    SIT-UP
     SENAM
      STUDY

hah ok tak?! hi hi hi... harap dapat capai semua target. kalau tak pun, carry forward untuk 2012. itu pun kalau sempat... sebab yang ke-5 dan ke-6 tuh, macam... macam.. entah lah... tunggu dan lihat jelah... huuuuu