10 January 2011

'tolong ingatkan aku'

ada orang kata blog aku ni sudah bersawang. sampai hati U cakap begitu. huk huk huk...

kalau baca entry lepas pun, blog tiada dalam senarai azam tahun baru. kan?!

laptop tiada. netbook abang guna. jadi aku ada komputer sahaja yang boleh digunakan tapi tidak boleh dibawa kemana-mana. oleh itu, blog ini tidak akan berupdate setiap hari.

contoh: komputer di library kampus aku. sob..sob..
tiada idea untuk menulis apabila kepala dah penat duk pusing kiri kanan nak tengok siapa yang lalu. aish!

kalau kat rumah, penulisan selalu terganggu. kerana malu. hikkk... apabila sesiapa sahaja yang lalu, dengan sepantas kilat aku tukar page lain. sebelum log in dalam blogger, page yang harus dibuka dahulu... FACEBOOK-KOSMO-AIMSWEB- & etc...
untuk mengelakkan mereka yang lalu lalang berhenti untuk membaca apa yang tengah aku kutuk pasal diorang. ha ha ha...

ini ada pesanan untuk all my friends. heee... 'tolong ingatkan aku' supaya makan on time! hal ini adalah kerana, musuh ketat kembali menyerang. gastrik datang lagi! huuu nampaknya kena berpantang makan pedas. tapi buat sementara waktu jer. dah elok nanti, aku bedal jer semua...

klinik? doktor? ubat?
heeeee tak mahu!!!

2 comments:

SINGALAUTMETRO said...

hahaha...kesiannya. sabar.sabar..update aje mana boleh..belajar paling utama

Nas said...

hehhee...leh katakan time kelas tadi asyik ade je orang yang cuba gune tajuk lagu ana tu as ayat...tolong ingatkan aku esok ader test :P