assalamualaikum. hai hari ni aku rasa rajin pulak nak update blog. hi hi hi...
first of all, tahniah kat cik sofieAZAWA kerana menang hadiah kasut sebab buat entry pasal kasut lah. hu hu hu...
tapi aku tengok, kasut kat YMS tu... fuhhh! tinggi giler... tak pe lah sofie. mungkin anda memerlukannya untuk berada setaraf dengan kawan-kawan kamu nih. heeeee...
aku baru sudah mengisi UPU. heh 4 pilihan. 2 UTM, 2 UM.
kenapa UTM?
sebab aku anak kandung UTM...(dalam lirik lagu tau). then, ada satu kos yang memang ada kaitan.
KEJURUTERAAN ELEKTRIK TELEKOMUNIKASI.
lagi satu aku mohon Matematik Industri. tapi 4th choice.
dan kenapa pulak UM?
hah aku harap anggapan aku betul lah yer. UM ada cawangan tak? kalau tak de, harap jugak lah dapat. naik LRT, satu stesen jer dari rumah. he he he... emak & abang aku pergi kerja kat TM Jln Pantai Bharu, lalu UM tau. wuuuuu tak perlu duduk hostel.
lagi pun, kat UM aku mohon kos STATISTIK & MATEMATIK. 2 ni untuk 2nd & 3rd choices respectively.
aku ni memang hebat(POYO!) bab mengira. aku suka sangat kira-kira. tapi AWAS! he he he... (3DDP pasti tau ayat ni).
jangan sampai jadi GILA!!!
nak belagak sikit lah yer. DUSH!!!
sepanjang hidup, sepanjang 11 tahun kat sekolah, 2 kali jer aku pernah dapat B dalam Matematik. masa Form 2 & Form 4. yang lain semua... ehem ehem... faham-faham sudah... Add math langsung tak pernah dapat B. AAAAAA jer memanjang. kah kah kah
time sekolah rendah lagi best. bila cikgu nak bagi result, cikgu suka susun ikut markah. daripada rendah hingga yang paling tinggi.
Ali...bla bla... Minah... bla bla... Chong... bla bla... bla bla...
OK! siapa yang belum dapat kertas lagi???
dengan bangga, aku angkat tangan. he he he...
time darjah 6, cikgu panggil dalam tak silap aku 3 orang daripada kelas aku, untuk buat skema jawapan ujian-ujian sebelum UPSR. pergghhh rasa hebat sangat. hahaha... kira kami macam jadi panel pulak. pas tu semak antara kami, kalau ada perbezaan, baru bincang dengan cikgu.
ada sekali tu, cikgu semak ujian ikut SEJIBIK jawapan aku. bila semak balik dalam kelas ramai-ramai, ada 2 jawapan yang salah.
argghhh malunya. kalau cikgu senyap-senyap tak pe. ni siap bagitau lagi...
"oh, ni saya ikut jawapan Norifah. tak pe lah. nanti datang depan tukar markah."
SPOIL betul
bila sampai sekolah menengah, tension sikit. pesaing aku hebat-hebat belaka. aku kena lagi sungguh-sungguh, sebab pelajar Cina memang SUPERB!
tapi aku still study smart. aku tak pernah nak study hard. itu menyeksakan bagi aku.
kalau nak buat, sila kan. kalau belum rasa nak buat, tinggalkan dulu. kalau tak nak buat terus pun tak pe. padan muka kalau FAIL!
memang rasa nak buat pengumuman dalam TV bila aku dapat kalahkan pelajar Cina. HA HA HA...
bukan aku tak bersaing dengan pelajar Melayu. tapi pandai-pandai lah nak cari tahap pesaing macam mana yang kita nak.
hari tu time Majlis Perasmian Dewan Karisma, SMKUJ(sekolah aku), cikgu yang bernama Liew Hui Jing(P), (dia ajar Math time form 1 & 3) jumpa aku. nak tau dia cakap apa????!!!! nak tau kan? nak tau?
"saya pasti ingat U pelajar Melayu dalam kelas Matematik dulu."
WA WA WA WA WA WA WA WA WA WA
5 comments:
Tenkiyu Ifah!! Wahh,terror giler ko.. Aku lu Math memanjang C je.. naik form 4 baru laa A.
Add Math jangan citer. Susah aku nak lulus..Hahhaha..
Terbaik! Ajar aku Kalkulus weyh
ko memg pandai math sejak azali la kak pah :P
huhu... sgt sedih skrg bila msk U, drop hbs Math aku
hihii..math bkn dihati..tp kne simpan dlm hati jugak! =.="
memang hebat dan cemerlang...kekalkan
Post a Comment