23 April 2011

apa sudah jadi?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Salam 1 Malaysia.

Selamat hari Sabtu selamat hujung minggu...

Apa khabar semua hari ini? huhuhu...

Macam MHI lah pulak...

Rindu sungguh nak menconteng-conteng kat sini. Rindu nak baca blog korang semua. Akhirnya pada pagi 19 Jamadil'awal 1432 Hijrah ini, telah dibukakan hati dan dilapangkan dada untuk aku menulis blog. keh keh keh...

Apa cerita yer???

Biasalah, ini jam kebanyakan U tengah final exam untuk SEM 2 2010/2011 kan. So, bertitik tolak daripada situ jugak, aku malas nak berblog. Final sem uittt. Kalau ada satu subjek kantoi, habisss laaaa (cuba cakap perkataan ini dengan gedik sambil goyang-goyangkan badan & kepala). heeeee... Memang rasa nak study berhidup-hidupan.

Tapi pagi-pagi ni lagi dah bermonolog dalaman:

Cik TAN yang jahat: Jomlah balik kampung... Jomlah... Ikut angah. Ikut mak. Jomlah...
Cik SU yang dengki: Jangan! Jangan tak ikut! HAHAHA
Cik TI yang baik: Ehemmm. EH korang 2 ekor buat apa sini hah?
Cik TAN & SU yang jahat & dengki: Eh sibuklah. Kami nak ajak tuan kami ni balik kampung. Kami tengok tak senang beliau nak study kalau tak balik kampung.
Cik TI yang baik: NO WAY!!! Tuan aku nak study. Isnin ada paper lagi. Kalau beliau balik kampung, CONFIRM tak study.
Cik TAN yang jahat: Kenapa pulak? Boleh bawak nota apa balik kampung. Boleh baca dalam kereta ke. Kat rumah nanti pun boleh baca whatttt?!!!
Cik TI yang baik: Tak de maknanya. Dalam 3 tahun ni, setiap kali bawak buku ke, nota ke, balik rumah ke, balik kampung ke. Tak pernah beliau nak usik. Aku tak percaya dah tuan aku ni.

erkkk! Kutuk tuan sendiri nampak...

Cik TI: Dah berambus kome dari sini. CEPATTTTT!

aishhh apa lah aku ni. Rumah | Kampung | Rumah | Kampung | Rumah |

Tu jelah yang aku ingat. Tak pernah nak fikir effect nya kalau tak study. Bukannya lama lagi pun. Sabtu depan dah boleh balik. Ada gap seminggu lagi tuh. Apa lah nak jadi...?!




Untuk aku sendiri, baru nak mencari bayang-bayang kelegaan, sebab baru perform dengan first paper: 'Data Communication'. Ada 4 lagi menunggu. Sebab tu baru nak cari bayang-bayang. huhuhu... Kalau dah habis, baru nampak yang SOLID. Betul takkk?

Dengan berbekalkan pointer yang cukup-cukup mentedarah ni, rasa-rasanya layakkah diri ini dipilih untuk meneruskan pengajian di UTM Skudai. Baru baca paper Khamis lepas, NC aku sendiri yang omong, UTM nak lahirkan pelajar yang berkualiti, bukan nak lihat daripada segi kuantiti. Mentang-mentang lah dah dapat status Universiti Penyelidikan. Cittt!

Nak pilih pelajar 3.9 ke atas. Dalam kelas aku ada lah sorang Chinese. Kos elektrik yang lain adalah beberapa kerat. Dah tu, kami yang lain ni nak campak mana??? Antara senikata lagu: 'Kami anak kandung, UTM rimbun bernaung'. Lepas ni tukar lah jadi anak tiri pulak. huhuhu... Sedihnya mengenangkan nasib diri...

Jadi, untuk menghadapi masa-masa mendatang, aku rela bersedia untuk menerjah! ke alam pekerjaan.
CAKKK! hehehehe...



Bye... Ini saja buat masa sekarang...

STUDY STUDY... 

No comments: