15 August 2012

Bukan nya aku jahil agama

Salam sekalian umat manusia...

Syukur Alhamdulillah aku masih mampu menyedut oksigen dengan tenang, aman dan tenteram. Aku masih berupaya untuk menaip tentang secebis kisah hidup aku masa lampau.

Sejak baligh lagi aku susah sangat nak solat. Family aku pun bukan lah daripada yang kuat sangat agama. Tak tegaskan pada anak2 tentang solat dan ibadat2 yang lain apatah lagi tentang kehidupan Islam sebenar. Tidak malu untuk aku mengaku bahawa aku start solat dengan sebenar2 solat adalah pada umur 14 tahun. Lewat 2 tahun daripada usia baligh aku.

Terima kasih kawan2. Bukan aku tak nak berthank you dengan keluarga, tapi aku rasa pengaruh kawan amatlah berkesan dalam diri aku. Kenapa kawan?? Ermmm begini kisah nya...

Time form 2, aku dan beberapa kawan yang lain, join group cak lempong. Tahun 2004. So, latihan diadakan pada setiap petang Rabu dan adalah beberapa hari yang lain. Bila kena stay kat sekolah sampai petang, kena lah solat Zuhur kat sekolah kan. Mula2 memang lah aku solat sebab ikut kawan2 yang lain. Apa pulak kata diorang nanti bila aku tak solat memanjang. Ada show kat luar ke, yang langkau waktu solat, mesti ramai2 pergi cari surau or masjid untuk bersolat. Nak tak nak, follow lah jugak. Tapi daripada situ lah, sikit2 aku cuba praktiskan kat rumah. Dulu2 kalau berjalan, dah penat2, mula lah lupa pasal solat. Tapi lama2 dah terbiasa untuk solat di mana2.

Terima kasih juga pada kakak, yang sudi berkongsi artikel2 tentang agama. Tentang kehidupan sebagai seorang Islam. Tentang menjadi kawan sejati. Kisah anak2 soleh dan solehah. Perihal kaya dan miskin. Dan berterusan tentang hubungan dengan Pencipta.

Kemudian, aku sendiri mengambil inisiatif untuk berubah ke arah yang lebih baik. Walaupun sekarang memang tak berapa nak baik. Aku akan terus cuba. InsyaALLAH. Perubahan perlukan kekuatan. Harus istiqamah. Aku tak nak ber lebih2, takut tersasar pulak nanti.

Thanks my bro, yang sejak akhir2 ni tegur aku dengan berhemah tentang pakaian. Ikutkan maksud nama 'iffah' adalah pengekang hawa nafsu. Jadi, akan ku lawan nafsu untuk membeli seluar jeans untuk dipakai pada hari raya ni. hehehe... Iyer memang banyak seluar jeans yang aku dah beli sebelum ni. Aku sayang seluar2 yang aku ada. Bukan aku nak tak nak pakai lagi jeans, tapi aku akan cuba untuk kurangkan pakai jeans yang ketat2 sendat2 tu semua. Kalau beli jeans lagi, aku akan cari yang straight cut jer. Ni semua nafsu. Nafsu. Nafsu. HUH! SYAITAN!!!

Terima kasih kawan2.
Thanks to my beloved family.
Terima kasih juga kepada penulis2 di ruangan iluvislam.com & gentarasa.

No comments: