13 February 2011

I'll follow you

Assalamualaikum. Hai semua. Peace! hehehe
Hari ini aku sangat gumbira. Sebab dah balik rumah. Rumah yooo. Siapa tak suka balik rumah habaq mai kat aku.

Heh memang ada sebab musabab kenapa aku teruja sangat sebab dapat balik rumah malam tadi. Walhal tiap minggu aku balik rumah, biasa jer. Aku geram dengan sedara aku kat Bukit Beruntung ni.
Oh lupa nak bagi tau. Jumaat malam Sabtu, lepas makan kat Bagan Lalang, kami satu kereta menuju ke BB.

Sedara aku ni(lelaki), dah ngantuk. So, dengan baik hati aku offer lah untuk drive. Dari BG ke Dengkil. Then, dia drive sampai USJ jer ok. Then aku drive lagi sampai BB.
Masuk-masuk tol BB, adalah signboard Genting Highlands. Lepas tu dia duk belakang tetiba bangun, dengan suara yang memang macam haram. Sound-sound pulak.

"Eh ko ni nak pergi GH ni. Ko masuk tol mane nih?"

Rasa macam nak PANGGG jer muka.

Aku dah cakap awal-awal, aku tak tahu jalan kat BB. Memang aku terus-terusan bertanya lah. Sampai simpang aku tanya. Ada simpang lagi aku tanya. Dalam kereta memang dia sorang jelah yang tau jalan. Yang 3 lagi, tau sikit-sikit. Lepas tu bagi salah arahan. Dah salah jalan, marah lagi. eee poyo lah. Menyampah tau tak. Ingat aku tak penat ke. Dah 2 pagi time tuh. Semua orang nak tidur. Mengenangkan kau memang kalau dah ngantuk, memang kena tidur.

Ok lah. Lantak sama kau. Lu punya hidup.

-end-

Kadang-kadang susah nak puaskan hati semua orang.
eee penatlah nak jaga hati orang. Hati kita sendiri huru hara.
Allah suruh kita sayang kat diri sendiri dulu.
Kalau tak wujud dalam hidup aku pun tak pe kot. Tak de effectnya.
Aku tak mintak pun.
Bayangkan macam mana nak terima sesuatu perkara/orang yang kita dah cakap awal-awal kita tak nak.
Macam mana aku telan semua tuh. Nampak aku selalu tergelak terbahak-bahak macam tak de masalah.
Macam mana nak kena pandai terima kenyataan. Sakit tau tak.

Kadang-kadang, pasal solat orang ambil ringan jer. Sedar tak sedar, bagi siapa yang sedar lah. Ada kelainan bila kita tinggal kan solat. Itu pun kalau sedar. Kalau tak sedar, ermmm no comment. Antara kita dengan Allah. Bila satu hari tuh hidup macam huru hara, tak payah nak salahkan orang lain dah.

Muhasabah diri sendiri. Subuh tadi bangun tak? Eh Isyak tadi lupa lah. Tertidur, penat sangat.
Dan sekarang, puas aku nak betulkan diri agar dapat bangun Subuh cepat sikit. Asyik Subuh gajah. hehehe. Paus pun pernah. Adoiii. Patutlah hati selalu tak tenteram.

Oleh itu, dengan tekad nya, aku mengambil keputusan, huhuhu, untuk puaskan hati sendiri dulu.

Kau nak cakap apa, cakap lah.

Ada aku kesahhh?!!!

2 comments:

Sesopie said...

Susah nak puaskan ati semua orang...Betul

sarah said...

mak ak pon selalu cakap,kesian kat diri dulu baru orang lain.

sabar pah,sabar!
aku suka tgk ko pakai baju belang.