10 February 2011

itu dia KKDK

Alhamdulillah. Selesai sudah Annual General Meeting'10 Kelab Kaunseling dan Kerjaya, yang telah ditukar kepada GRAND.

Berlangsung di Dewan Jumaah, UTM ic pada 9 Februari jam >8.00malam.

TAHNIAH kepada kepimpinan baru. semoga akan terus membawa kelab Ke Arah Kecemerlangan Bersama.

Aku harap kepimpinan baru akan menjadi lebih baik daripada kami. Please... Lebih baik... Lebih bagus daripada yang sebelum ini. Tak malu untuk aku mengaku selama bawah pimpinan kami, agak kurang baik dan tidak seharusnya dipuji melangit.

Jawatan aku secara rasmi diserahkan kepada Norida Zakaria. Cuma nama ditukar Setiausaha 2 -> Setiausaha Sulit.
Harapan supaya dia menjadi lebih baik daripada aku dengan gandingan Farhana Eusoff.

Good luck dear! You can do it!!!

Banyak perkara yang aku belajar selama lebih setahun berkecimpung dalam KKDK. Terima kasih kepada sesiapa yang tidak perlu disebutkan nama satu persatu, kerana memperkenalkan aku kepada kelab ini. sob sob...

kejadahnya ayat aku NERD nih

Whatever lah. Tapi satu yang aku sesalkan. Aku tak perform sehabis baik sebagai Majlis Tertinggi kelab sesi 10/11.

Kenapa aku tak bersemangat seperti aku sebagai Timbalan Exco dulu?

- konflik dalaman yang aku tak pernah dapat selesaikan hinggalah lepas segala-galanya malam tadi.
- tidak dapat sesuatu yang terlalu amat sangat aku harapkan.
- dan pelbagai lagi...

gila apa nak story kat you all... nak mampus??!!

HA HA HA HA

Oleh itu, pesan pada pimpinan yang baru. Don't be like me! ok
Nanti korang menyesal. Percayalah... hu hu hu...

- terima jawatan yang diberi dengan sebaik mungkin.
- betulkan niat dalam melaksanakan sesuatu kerja.
- harus pandai terima kenyataan.

ececece. nasihat orang pandai, tapi aku??!!

tu lah pasal. Aku tak nak korang jadi macam aku faham?!

4 comments:

she will be love said...

ooo mak ipah retire erk!!!

Sesopie said...

Semua retired dah.. =)

SINGALAUTMETRO said...

ini pun satu pengalaman berguna, belajar tentang bagaimana sulitnya menjalan dan menghidupkan sesebuah organsisasi. Banyak ranjau dan banyak paku...resam dunia

syufaa said...

ouhhh..tahniahhh la yek! :D