Assalamualaikum... Holaaa to all...
OK untuk pengetahuan semua, Sabtu lepas aku & my family went to Kuala Terengganu. Yihaaa!
Sponsored by my brother. Thank YOU!
Kami pergi berempat. Akak & angah tinggal jaga rumah. huuuuu.
So, Sabtu pagi, akak aku hantar pergi KLIA. Sampai-sampai terus check in. Then breakfast.
10 minit sebelum waktu penerbangan, sepatutnya penumpang dah ready dalam balai berlepas. Tapi kami, sedap lagi mengunyah Nasi Lemak dua belas ringgit. MAHAL!
Rasanya biasa jer. Sedap lagi nasi lemak kat mak cik blonde luar kolej aku. keh keh keh
At first jalan laju. Kalau masuk Olimpik dapatlah pingat kot. Tapi, tengah berlari-lari anak gitu, ada orang call abang aku,
"Ini Encik Mohd K***** ke? Kalau encik tak sampai dalam masa 6 minit, kami tutup pintu."
HUWAAA kami semua lari lah lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Gate A7 kat hujung pulak tu. adeh!!! Mengah kot baru lepas makan...
Alhamdulillah sempat. Dah ada orang tunggu kami, tak perlu scan tiket bagai, terus masuk flight. Duduk jer, tutup pintu, flight jalan.
Of course lah semua dalam tu tengok kami. Alaaa macam kalau kita masuk panggung kalau lambat, semua orang pandang macam nak telan. grrrrrr
Penerbangan mengambil masa selama 55minit dari KL ke KT.
Sampai KT, kawan abang aku ambil. Bagi kereta sewa, Cik BIBA warna hitam. RM90 for one day lebih sikit.
Tak kan lah pukul 10 pagi tu nak pergi kenduri kahwin kan. So, kami pergi lah ke Bad Stone Beach. HAHAHA
Ini abah aku yang bagi nama. Cuba korang teka?!
Kat situ, kami makan COLEK. Macam-macam lah benda yang korang boleh makan macam, murtabak ayam ke, bebola ketam ke udang ke, keropok lekor.
Then, barulah pergi rumah orang kenduri kat Tok Jembal. Kawan abang aku yang kahwin. Kenduri simple jer. Sebab ni sebelah lelaki. Sebelah perempuan kat Kuala Kangsar hari tu, 2 minggu lepas.
Pelik sikit lah, kat sini makan berasingan lelaki & perempuan. huhuhu
Makan kat luar kemah, bertatang pinggannya. Abah aku pulak makan kat garaj, berdiri.
Lagi satu yang pelik, pengantin perempuan duduk dalam rumah jer. Yang lelaki kat luar layan tetamu. Pengantin perempuan duduk dalam rumah, pakai lawa-lawa, duduk sebelah mak mertua, orang masuk salam-salam, dapat duit. hehehehe... STYLE ooo...
Bila mak aku dah salam, bagi duit, ambil gambar sikit, byeee... Nak check in hotel pulak.
Hotel Mid Town.
Balik berehat, tidur, mandi.
Petang pulak pergi MYDIN. Kawan abang aku kata, situ lah tempat paling besar untuk shopping. OK fine!
Kat KL tak pernah pulak bising nak pergi mydin. huhuhu
Tak de benda sangat. Tak leh kalahkan KL la. wahahahaha. *jangan marah*
Lagi lagi lagi...
Malam tu, kawan abang aku yang lain pulak, ajak makan kat Pantai KELULUT. Macam kat Muara or Bagan Lalang lah. Seafood.
Mula-mula dengar Kelulut kan. Hah?! Kelukut? Kelutut? Lukut? Tapi Lukut kat Port Diskson. huhuhu. Macam-macam keluar.
Lepas tu, sebelum balik hotel, pergi WATERFRONT pulak. Tak buat apa pun. Ambil gambar sikit, then BLAHHH ke hotel.
Tidur lah aku dengan aman... ZZZZZzzzzzZZZZZzzzzz
Early in the morning, breakfast kat hotel. Biasalah standard hotel. Tak pedas. huuuuu. Tak selera nak tambah.
Then, pergi Pasar PAYANG. ehem ehem. Jalan kaki jer tau. Exercise pagi-pagi lepas makan. Tapi disebabkan memang lah dekat, tak berpeluh pun. huhuhu. But then, sempat lagi abah aku tahan teksi. cisss pemalas! Lepas tu, kami semua bantah. hahahaha. Kesian abah aku.
dah mandi tau! tapi malas nak iron tudung. merah & kelabu. so nice. hahaha |
Jalan kat pasar Payang, belilah keropok, t-shirt, baju batik, tudung. Tapi kat sini memang banyak baju batik. Kalau tudung, aku rasa lagi happening kat Kelantan. Memang semua kedai aku pergi, baju batik jer penuh. Tengok-tengok lagi, ada lah kat hujung sudut kedai, display tudung sikit. ermmm
Dah penat menghabiskan duit, pulanglah kami ke hotel dengan menaiki BECA. ewahhh naik beca. For the first time beb! huhuhu
Kami pun siap-siap kemas barang, ready to check it out. huhu... Sebab lepas ni, nak pergi beli keropok lagi. Aiyooo mak aku macam nak buat bisnes.
Kalau korang pergi KT, cari kedai keropok lekor 008, kat Marang. Memang sedap. Berdepan dengan Hotel Aruni.
On the way pergi airport, singgah pulak kat NOOR ARFA batik. Aku pun belilah keychain & pelekat kat peti ais tu. 1 pelekat RM9. Cekik darah!
Aduh penat lah menaip ni.
Dipendekkan cerita, sampai airport terus check in, masuk balai berlepas, masuk flight, then fly awayyyyy. yuhuuu...
Tapi sebelum mendarat, nampak tak aku berlegar-legar kat atas dalam 20minit aku rasa. heeeee.
Pilot bilang cuaca enggak baik. pas tu kena Q sebelum landing. Sabar jelah. Memang aku dah siap mengucap dan ready untuk apa-apa kemungkinan.
Alhamdulillah selamat. Kalau tak, tak de lah aku update blog sekarang ni. hehehehe
Itu sahaja cerita dari Terengganu.
5 comments:
nk kopok lekor..hehe
mne kepok lekornye pah!!
wohooo.. makan angin ke terengganu. ;) nnt dtg raye rumah atuk sy ea..
Wahh syoknya gi Tganu.
Tak pernah merasa lagi. -_-'
Jeles ni.
Mr. Swift Currently Posted : Apabila Ayam Dah Mula Bercakap Dan Pelik Pasal Manusia...
xgi mesjid kristal????
*org ganu*
Post a Comment