01 February 2011

ini cuti untuk kami

assalamualaikum. hai... dah lama kan tak update?! hihi...

ok lah untuk semua warga wilayah persekutuan tak kira lah anda di Labuan ke... di Kuala Lumpur ke... ataupun di Putrajaya... belum terlambat untuk aku mengucapkan... 

SELAMAT HARI WILAYAH!!!

hah... apa aktiviti korang semua hari ni??? ehem... ehem... khas untuk warga wilayah jer... heeeee...
tak kisahlah apa yang korang semua buat hari ni, asalkan tidak menyalahi undang-undang dan syarak. cececeh...
aku dengan muka yang memang tak malu... ish ish ish... ikut office mates akak aku, CIMB, pergi bermandi-manda di air terjun Chamang, Bentong. wahhh memang teruja at first. tapi sampai-sampai jer, air punyalah derasss gila. hilang nafsu berahi aku nak berendam.

tengok gambar memang nampak biasa... cuba p tengok sendiri... 



datang-datang jer aku makan. lepas tu, baca buku kat batu-batu sambil rendam-rendam kaki. sob sob... berpenat-penatan berjam-jam naik kereta, datang nak makan ayam barbeque jer.

kitorang konvoi 12 kereta wooo. bayangkan ikut kebiasaan lah kan, 12 kereta x 4orang = 48 orang kan.
tapi kitorang masing-masing orang kaya lagi berada dan suka mencemarkan alam sekitar. tiap kereta 2 orang jer. he he he...

lepas tu, sebelum balik rumah. singgah pulak Jusco setiawangsa. dapatlah scholl sepasang. hik hik... TQ my sis. dan teruja sangat nak pakai esok pergi kampus. ada function apa entah. aku di invite. siap call rumah lagi tuh. keh keh keh...

ayat tak leh blah. padahal event ni nak 100 student. memandangkan ramai yang dah balik bercuti, so pihak U panggil lah mana-mana student yang duduk area KL/Selangor. dah memang aku duduk area sini jer, dan memang tak plan nak balik kampung. aku pergi je lah kot...



2 comments:

syufaa said...

wooo! cam besh je beb! huaa3!

lily said...

aku xdipanggil pon...hehe..