18 February 2011

seharian kami 3DDP

assalamualaikum. Hai you all...

hah aku agak teruja time nih. hihi sebab apa?

Sebab aku baru dapat online. opsss selama ni tak tahu pun guna ID apa nak online. Guna ID lama, server kata dah expired. Hampeh. huhu rupanya guna no matrik & IC jer. lalalala

Kan semalam aku ada cerita pasal GIRLS 3DDP nak main futsal kan. YEAHHH really happening. Aku tak tahu aku ni penat bermain? Penat menendang bola? Penat berlari? Or just penat menjerit. heeeee
Well girls memang macam tu aku rasa.

1 kelas kami actually ada 18 girls. But then semalam, kami pecah 2 group. 6 <> 6. 2 orang tak main duduk tepi. 2 orang tak turun-turun. 2 orang lagi balik rumah. Aku team 1. Tapi kalah dengan team 2, 2-4. EH entah lah aku tak ingat. huhu... Tapi yang aku ingat memang kami kalah.
Alahhh aku tak ambik gambar semalam. Biasalah sibuk kejar bola kan. kah kah kah. Jadi apa yang sempat hanyalah sebelum permainan bermula.

Di saat Syida sibuk mengira untuk pecahkan ikut team. Cuba nyanyi sikit.
"Polis entry, one two jaga, polis mati tinggal rangka."

betul tak lirik aku Syida? huhuhu

OK malam pulak kami semua keluar makan. Tak semualah. 9 orang jer. Yang lain unidentified. Dah besar kan. Pandai-pandai lah nak makan. Tak kan asek nak kena TEXT jer. Parah lah gini.

Balik daripada menjamu selera kat flat sebelah kolej kami ni, yang tengah dengan acara 1Malaysia sempena TBC aku rasa. Kami singgah pulak tepi padang. Main segala benda alah yang ada kat situ. Aku pun naik hairan kenapa tak henti-henti lagi aktif kami ni. Lepas tu, aku siap pinjam tali SKIPPING pelajar IS lagi.

"Miss, may I borrow this?"

Dia tercengang. Sebab aku just tunjuk tapi pegang apa yang aku nak pinjam. Dalam hati 'Tak leh jadi nih.'
BI pun tak faham. Aku angkat tali skipping tuh, tunjuk kat dia.

"May I borrow this?"

"Oh yes you can. Sure sure."

Ini lah pentingnya English Edukesen. Tahu? keh keh keh

Hah apa lagi. Aktiviti pun bermula...

Lompat jangan tak lompat!!! ewahhh



ini pulak nak berpoco-poco
Dah penat dah berpeluh-peluh walhal baru lepas mandi tadi, naik lah semuanya. huhuhu
Hyperactive lah semalam. BEST! Rugiiiiinya siapa yang tak de.

Kami lalu di Foyer blok A, nampak lah budak-budak KKDK tengah sibuk untuk siapkan banner Festival Maulidur Rasul 1432H, untuk perarakan jam 7 pagi esok. Mereka gabungkan 3 kelab.  

KKDK | Karisma | FOTO

Ahli kontinjen nak minimun 35. Kalau menang nombor 1, dapat RM700. Baik gabung. Lepas tu buat gempak-gempak.
GOOD LUCK!

sibukkan?
Hello, I bukan datang meninjau jer tau. I tolong.
Tolong lah sikit daripada tak de. huhuhu...

Nak dekat jam 1pagi. We gotta go. Badan, kaki semua dah sakit sakit ni.

Pagi ni pulak aku baru lepas buat SIT-UP. ceh ceh ceh...

Tegang perut oiii. Adehhh

Quote : "Kawan tidak hanya datang kepada kita apabila susah, tidak juga pergi apabila dia senang. Tapi kawan adalah orang yang setia bersama di kala susah atau senang."

Apabila sebut tentang kawan, macam-macam perkara jadi masalah. Walaupun ada persilihan pendapat, walaupun ada terguris hati dan perasaan, you'll be my friends.
FOREVER & ever...

Tahap TIDAK SUKA aku, belum pernah sampai tahap BENCI.

2 comments:

suriram said...

i like this
:)

she will be love said...

terhyperaktive...skt badan aku