03 February 2011

next'11 - day 2

HAPPY CHINESE NEW YEAR!

ok sambung cerita semalam. actually cerita semalam pun tak habis lagi. huhu... tapi tak pe lah...

sabtu :
lepas breakfast, kami siap-siap untuk... untuk apa???

snorkeling lah. he he he... dah siap-siap semua. berjalan lah beramai-ramai ke pantai. lebih kurang 40 orang rasaya. RM10 seorang. ok lah kot. snorkel lagi. naik bot pergi balik. tak kisah lah. janji puas hati kan. lagi pun dah masuk dalam pakej. kitorang pergi 3H2M ni bayar RM70 jer. berbaloi memang berbaloi...

then, sampai tempat nak snorkeling. macam biasalah aku jaga barang. sob sob... tak kisah pun sebenarnya. aku tengok kawan-kawan seronok, aku pun jadi seronok! teringat time kat Lumut. aku jaga barang seorang diri. fuhhh. nak makan pun, kirim jer kat orang. memang sejak dah dapat peralatan pinjaman daripada HEM, barang-barang semua ibarat nyawa. huhuhu...




next activity > sepatutnya, aktiviti yang dirancang sekitar pekan Pangkor. tapi apakan daya, hujan sepanjang hari. so, aktiviti ditukar on the spot. semuanya dalam dewan. 

semua kumpulan dikehendaki membuat satu jawatankuasa kelab, iaitu MT dan Exco.
then, keempat-empat ketua kumpulan dipanggil untuk berbincang mengenai jawatankuasa kelab yang paling baik, mantap, kukuh dan segala yang bagus-bagus lah senang cerita.

after that, 4 ketua tersebut bentangkan kepada kami semua |peserta|AJK|Alumni| tentang jawatankuasa yang dirangka dan nyatakan tugas untuk setiap jawatan.


setelah selesai, sesi pencalonan Presiden diadakan. 6 peserta dipilih untuk menjadi calon Presiden. |Fitri|Syed|Shah|Haziq|Azizul|Ika| yang merupakan satu-satunya calon wanita.
kemudian  mereka semua membentangkan manifesto masing-masing. WOW!!! hebat. aku sendiri tak mampu buat macam tu. syabas!

then, dalam keputusan pilihan raya yang mengambil kira undi semua yang ada dalam dewan, Muhammad Khairul Fitri bin Sarimin berjaya memenangi jawatan Presiden sebanyak 25 undi. tahniah. aku harap, dia menang bukan sebagai presiden pada waktu kem hari tu, tapi sepanjang sesi pemerintahan 2011/12. I hope I hope.

untuk itu, mereka ditugaskan mengendalikan majlis pada malam tersebut untuk membentangkan secara terperinci skop tugas masing-masing dalam jawatankuasa kelab.



hah... di situ lah bermulanya KONFLIK. syafiq si miow miow telah hilang. diculikkah? melarikan diri kah? menyembunyikan diri kah?

itu aku sendiri tak tahu plan macam mana. sebab bila start jer konflik, kitorang bagai tiada perasaan. snap snap picture. walhal peserta semua dah tak tentu arah sebab Alumni pakat keluar ramai-ramai dari dewan.


dah bosan sangat... aku, syida, sofie, saira & dibah pergi berjalan kat tepi pantai sambil tengok-tengok barang. ngeh ngeh ngeh...


ok. fine semua dah settle. dah kena brain wash bagai. nangeh bagai nak rak. dengan aku sekali meraung entah kenapa. SYIDA punya pasal! dia start nangeh bila dengar lagu 'Warisan'. aku ni memang tak leh tengok orang. memang menjadi sekali. hu hu hu...



ok. dah lah tu cerita hari sabtu...

to be continue...

1 comment:

she will be love said...

mne der..aq saje jer...
nk isi masa lpg