25 October 2010

my life

salam sejahtera salam perpaduan salam 1 malaysia...
uish! macam MPM pulak. huhuhu

oklah. dah lame mengepost entry yang entah ape-ape kan, kali ni aku nak citer-citer sikit pasal aku. daripada kocik hingge lah dah bosar godang ni hah. orang kate dah bulih na kawen ni. hihihi. gatai.. gatai..
mungkin ade segelintir insan sekeliling tak tau pasal aku. mungkin lah. kalau dah tau tuuu, alhamdulillah. terima kasih lah kerana sudi ambik tau pasal ifah yer. cerita nye bermulaaa... teng.. teng.. teng..

aku lahir pada 14 september 1990 di hospital samuel KL. korang tak tau? jangan tanye aku.
"mak, mane hospital tempat ipah lahir tu?"
"entah lah. mak tak ingat." adeh!

dalam mase dua bulan, time berpantang. aku duduk lah dengan family aku kat bukit aman. dan-dan jer time aku lahir, makcu aku dapat keje. time abang & akak aku lahir, tak pulak keje makcu aku ni. haish! spoil betullah. aha! for your information, kami dilahirkan dekat-dekat. 1985-1986-1987---1990. 
"mak, kenape ipah jarak tige tahun?" ish mane boleh macam ni. kalau ipah lahir 1988, mesti sekarang tak yah buat projek mikro-p.. mak niii... huhuhu.
tak baik.. tak baik.. jangan marah mak. sayang mak!!! muahxxx. heeeee...

jadi, setelah mak kene keje balik. aku pun kene lah hantar balik kampung. duduk dengan atok, ibu saudare & sepupu aku. abah aku tak percaye orang indon untuk take care of me. so, hukhuk... bye KL. bye mak abah kaklong angah eri... i'll be missing you all.

ok, anda boleh bayangkan macam mane hidup berjauhan dengan family. tapi nasib baik lah, family aku ni jenis suke balik kampung. tak de lah jauh kan. dalam sejam setengah dari KL ke N9. jadi, aku pun rase lah kewujudan mak abah & siblings.
walaupun mule-mule, macam segan silu malu-malu kucing gitu dengan family, lame-lame ok jugak. mestilah! air dicincang tak kan putus kan. aku rapat dengan adik beradik aku pun start form 2 rase nye. sebab time tu, aku telah diberi mandat... hehe. kepercayaan lah. untuk datang dan balik sendiri ke KL. naik bas jer... memang boleh kate tiap minggu jugak lah aku datang KL. ermmm. dah lame-lame baru lah ngam. susah ooo nak rapat dengan family ni. rase macam ade gap tau bile dah lame berjauhan. hohoho ayat skema tak leh blah.

ok next. dah habis SPM, dapat plkn pulak. habis PLKN baru lah aku duk lame sikit kat rumah PJ. sebab ambik lesen kereta. habis-habis tu pulak, dapat belajar kat UTM kl ni hah. lagi lah aku duduk kat PJ lame-lame. lagi lah kami sefamily bertambah rapat. alhamdulillah. termakbul jugak doa hamba Allah sorang ni.
dah banyak sangat aku menangis sebab family. huh! memang banyak. terlalu banyak. sejak otak pandai berfikir. semenjak pandai menilai keadaan sekeliling. sejak diri boleh mentafsir 'siapakah aku?'

aku tak boleh lupe kan pengorbanan ibu (ibu saudare yang jage tuh) dan kak yah (sepupu). terima kasih anda berdua. tanpa mereka, mungkin aku tak berada dalam KSJ ni. mungkin tengah menjahit membantu ibu siapkan tempahan baju. hehehe.
time sekolah rendah aku buat itu ini sendiri. kalau sampai sekolah, segala jenis borang yang kena isi. mesti lawa-lawa jer tulisan. yelah... mak bapak isi kan... sampai borang aku... ish siape yang isi kan ni?? tulisan burokkk! hahaha. mane ade cikgu cakap macam tu lah. memang lah burok. budak kecik isi borang. alahaiii...

entahlah. happy je lah dengan hidup ni. tu semua. DUGAAN!

dah 2 minggu tak balik kampung ni. aish. rindu bangat sama orang kampung.

No comments: